Terpisat-pisat angel membuka mata . Dia memandang sekeliling sebelum mengeluh pelan
"Angel , kau dah sedar ?"
Angel berpaling ke tepi melihat keeho yang masih mamai . Dia menguap kecil membuatkan angel berdecit pelan
"Macam mana aku boleh masuk hospital ? Bukan semalam aku dekat rumah yong-.. Eh wait , tak silap aku hero aku semalam orang lain . Apahal kau pulak yang ada dekat sini ?"
Terkebil-kebil keeho memandang angel yang menyerangnya dengan soalan bertalu-talu . Dia mencebik apabila baru sahaja bangun dari tidur terpaksa menjawab soalan fizik dari angel
"Apa kau merepek ni angel ? Dah 3 bulan kau tak sedarkan diri kau tahu tak ? Lepas aku tinggalkan kau dengan si mamat muka mintak taik kucing aku tu terus kau jadi macam ni"
Berkerut dahi angel memandang keeho dengan muka seriesnya . Dia menggeleng pelan sebelum mengetap bibir .
Mustahil dia baru bangun dari lenanya yang panjang selama 3 bulan , sendangkan dah seminggu dia terpaksa menjalani cabaran .
"Kau okey angel ? Ada sakit mana-mana tak dekat kepala tu ? Mana la tahu lepas kena ketuk dengan kayu jadi buta ter- .. Eh takda la mana ada . Ala lek la , ish menci ar cenni"
Keeho mencebik manja inginkan perhatian angel . Tetapi semua itu perbuatan sia-sia tatkala angel menyelak lengan bajunya dan mengusap parut yang dibuat oleh sungyoon
"Kau series ke ni keeho ? Takkanla baru sekarang aku sedar ? Ke kau tengah berlakon ni ?"
Tajam angel menatap wajah tenang keeho . Dia berdecit pelan tatkala keeho dengan sengaja mengangkat bahu tidak mahu ambil endah tentang yang dibicara oleh angel
"Kalau kau tak percaya , cuba tanya doktor jangjun . Yerla , aku ni kan tahu main-main je dengan kau . Hm takpa la , aku gerak dulu . Nak masuk kerja"
Muka kosong keeho , angel tatap dengan penuh tekun . Dia mengeluh pelan sebelum menangkap pergelangan tangan keeho supaya duduk kembali di tempatnya
"Aku akan percaya kau kalau kau tunjukkan bukti dekat aku . Setakat doktor , tak mustahil kau akan bayar dia untuk memperbodohkan aku bukan ? So i need a prove from you yoon keeho"
Keeho tersenyum nipis sebelum mengambil surat hospital di atas wad angel dan memberi kepadanya
Membulat mata angel membaca isi surat tersebut , dia menelan air liur kelat tatkala apa yang dibicara oleh keeho adalah benar sama sekali . Dia memejamkan mata apabila perkara yang terjadi terhadapnya adalah mimpi semata-mata
Takpala , asalkan moments seundal dan yongseung tu memang takda dekat dunia realiti ni .
"Kalau kau masih tak percaya dengan surat yang aku bagi tu . Kau boleh tengok dekat CCTV dalam bilik ni kalau kau nak"
"Kenapa bukan tahun depan je aku sedar ?"

ANDA SEDANG MEMBACA
[ √ ] ? Bad Savage | Yongseung
Action[ Missing someone isn't about how long it has been since you'e seen them or the amount of time since you'e talked . It's about that very moments when you're doing something and wishing they were right there with you ]