Pulang-pulang sahaja dari sekolah , dia dikejutkan dengan pasangan suami isteri yang sudah duduk menunggunya di ruang tamu
Angel mengeluh pelan tatkala tuan jung menghampiri dia dengan sebuah senyuman
"Kamu dah balik ? Macam mana dengan sekolah ? Semua okey ?"
Angel mengangguk lemah , lalu dia mengikuti jejak tuan jung ke ruang tamu . Tuan jung menolak pelan angel supaya duduk berhadapan dengan tetamu tersebut
"Dah besar kamu angelina . Makin lawa"
Sedikit pun angel tidak tersenyum mendengar pujian dari si tetamunya itu . Dia hanya memandang kosong ke arah karpet putih di kakinya itu
"Ada apa hajat tuan dan puan kim datang ke mari ?" Tanpa selok belok angel bertanya dan bertentang mata ke arah dua pasangan suami isteri yang masih tersenyum memandangnya
"Maafla kalau kami menggangu kamu . Aunty tahu kamu penat sebab baru balik dari sekolah right ? Kalau kamu penat , kami akan dat-"
"Just straight to the point puan kim"
"Angelina jung . Behave"
Berdecit pelan angel mendengar suara tegas bapanya itu . Dia berpeluk tubuh dan memandang puan kim sebelum tersenyum nipis tatkala memandang riak wajah puan kim berubah kelat
"Maafkan saya puan kim . Saya ada problem dekat sekolah sampaikan terbawa-bawa dekat rumah . Maafkan saya lagi puan kim , tuan kim"
Puan kim menggeleng pelan dan tersenyum nipis . Di hampiri angel dan duduk bersebelahnnya . Bahu angel diusap pelan
"It's okey , aunty faham . Kalau kamu penat , kamh pergi la naik bilik rehat . Takpa , aunty akan datang hari lain . Lagipun , aunty tanak serabutkan otak kamu . Pergi rehat ya ?"
Angel tersenyum lembut menatap padangan seorang ibu yang diberi oleh puan kim . Dia mengangguk pelan dan bangun dari duduknya
"Duduk angelina . Puan kim , tak payah nak manjakan sangat dia ni . Nanti naik lemak pula . Saya nak kita bincang juga hal ni hari ni"
Kelat air liur angel menelan . Baru sahaja puan kim ingin berbalas kata dengan tuan jung , pantas angel menahan dan duduk kembali . Dia menggengam tangannya erat . Menahan tangisan
"Is okey aunty . Takpa , angel okey . Teruskan apa yang aunty nak bincangkan tu"
Sedikit serba salah puan kim melihat raup wajah keruh angel . Dia mengeluh pelan sebelum memandang tuan kim meminta pendapat . Apabila tuan kim menggaguk pelan , dia juga turut mengangguk pelan . Dia memandang angelina dan memegang tangan angel erat
"Kami nak kamu kahwin dengan yongseung angel"
Tersentak angel . Dia memandang puan kim sebelum menggeleng kasar . Pantas dia bangun , disebak rambutnya ke belakang apabila merasakan beribu batu menimpa di bahunya
"Maaf puan kim , tuan kim . Angel tak boleh . Angel masih muda . Angel tanak kahwin kena atur . Ni zaman moden puan kim , takda istilah kahwin paksa . Tolonglah , angel tanak papa . Please bagi angel hidup dengan bebas"
Sedikit merayu angel menatap pasangan suami isteri itu dan bapanya
"Nak tanak , angel kena terima . Ni wasiat ibu yang suruh angel berkhawin dengan yongseung"
"Angel tanak ! Angel cakap angel tanakla papa !"
Berlari pantas angel mendaki tangga sebelum dihempas kuat pintu biliknya . Teresak-esak dia menangis apabila satu persatu masalah datang menimpa dirinya
"Angel"
Sedikit pun angel tidak berpaling menghadap tuan jung . Matanya hanya terfokus terhadap gambar mendiang ibunya sebelum memejamkan mata rapat menahan amarah . Bunyi pintu ditutup membuatkan dia mencelikkan semula matanya
"Angel dengar sini sayang..-"
Di dongakkan dagu angel supaya menatap dirinya . Tajam mata tuan jung melihat mata berair angel . Sedikit pun tidak berasa kasihan akan tangisan anaknya itu
"..- aku nak kau kahwin dengan yongseung kalau kau tanak senasib dengan ibu kau . Kau nak ke aku buat kau macam ibu kau ?! Jawab angel ! Tak payah nak berdrama air mata dengan aku !"
Menggeletar badan angel sebelum menggeleng laju . Tangisan yang semakin kuat membuatkan tuan jung tersenyum menyeringai . Dia mengusap pelan rambut anaknya itu dan mencium sekilas umbun-umbun angel
"Bagus , macam ni la anak papa . Sekarang ni , pergi bersihkan wajah cantik kamu ni dan turun beritahu tuan dan puan kim bahawa kamu setuju dengan lamaran diorang . Faham ?"

ANDA SEDANG MEMBACA
[ √ ] ? Bad Savage | Yongseung
Action[ Missing someone isn't about how long it has been since you'e seen them or the amount of time since you'e talked . It's about that very moments when you're doing something and wishing they were right there with you ]