¶¶ŅõÉēĒų

SHE IS MRS.ADDYAN (C)

By kim_asyr

36.6K 1.2K 106

į„«į­”Karya kedua- Kim Asyr Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?"... More

āœµā… Prolog
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 1
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 2
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 3
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 4
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 5
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 6
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 7
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 8
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 9
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 11
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 12
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 13
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 14
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 15
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 16
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 17
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 18
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 19
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 20
āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 21
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 22
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 23
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 24
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 25
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 26
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 27
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 28
SHE IS MRS. ADDYAN 29
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 30
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 31
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 32
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 33
āœµā… SHE IS MRS. ADDYAN 34
SHE IS MRS. ADDYAN 35
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 36
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 37
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 38
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 39
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 40
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 41
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 42
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 43
āœµāƒ SHE IS MRS. ADDYAN 44
~SPECIAL CHAPTER~ 01
~SPECIAL CHAPTER~ 02

āœµā… SHE IS MRS.ADDYAN 10

812 31 5
By kim_asyr

SUDAH dekat seminggu dia tinggal sorang-sorang dekat rumah. Nak keluar pergi jalan-jalan, takde member kat sebelah.

Azzahra ikut Tengku Aaryan pergi Jepun. Dia dengan Tengku Aaryan tak delah rapat mana, dia nak tegur lelaki itu pun takut sebab muka dia yang macam bapak singa. Dia cakap je, Azzahra sendiri yang gelarkan lelaki tu bapak singa.

"Aishh. Boringlah takde member nak ajak borak. Apalah agaknya Zahra buat kat sana kan?"

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah bergema. Matanya mengintai dari dalam rumah. Sapa pulak yang datang ni?

Tudung sarung yang sentiasa ada di ruang tamu di ambil dan terus menyarung kat kepalanya. Keluar sahaja dari rumah, terus kaki melangkah pergi depan pagar.

"Assalamualaikum. Cik Aisya kan?"

"Waalaikumussalam. Iye saya. Ada apa ye?"

"Ini penghantaran makanan cik yang cik order tadi."

Berkerut dahi dia. Bila masa pula aku order makanan online ni? Setahun aku, aku tak pegang telefon pun dari tadi.

"Ehm boleh saya tau siapa yang order makanan ni? Sebab saya rasa saya tak order makanan online tadi. Mungkin encik salah antar alamat rumah lain kot?" ujar Aisya dengan senyuman kekoknya.

"Betul. Saya antar makanan ni ikut alamat yang tertera dekat sini. Nama tertulis kat sini Tengku Addyan Zareef. Tapi ada nama lain juga tertulis kat sini, namanya Aisya. Dia kata makanan ni suruh bagi kat cik. Betulkan cik ni cik Aisya?" tanya rider tu untuk kepastian.

Aisya kemam bibir. Ha sudah, sapa pulak Tengku Addyan Zareef tu? Kenalan dia semua mana ada nama depan Tengku Tengku ni.

"Ehm... Betullah saya Aisya. Tak pelah kalau gitu. Meh sini makanan tu. Terima kasih ye sebab tolong antarkan makanan ni walaupun saya tak tahu sapa yang orderkan tuk saya." Aisya gariskan senyuman bagi menutup rasa gelisahnya.

"Sama-sama. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."

Masuk sahaja rumah, makanan yang berplastik tu di letakkan di atas meja. Plastik makanan tu terus di buka. Amboi bukan main besar kotak segi tiga ni. Tengok kotak pun dia dah tau yang ni pizza.

Sedang sebuk telek pizza tu, telefonnya berdering minta di angkat. Telefonnya yang berada atas meja TV itu terus diambil. 'Your prince charming handsome'

"Siapa pulak yang call aku dengan nama gini? And sejak bila pulak lah aku save nombor ni? Nak angkat ke tak? Ahhh angkat jelah"

Ikon digesel ke kanan dan terus skrin telefon itu di lekap ke telinganya.

"Hello my princess Hana!" tak bagi salam lagi terus dia disergah oleh pemilik suara orang di sana. Dengar nama panggilan tu pun dia sudah cukup kenal sapa yang call dia.

"Assalamualaikum. Ada apa call aku ni? Camna kau boleh dapat nombor aku hah?" dia menyinis lelaki itu di permulaan ayat. Hah.

Dapat dia dengar yang lelaki itu sedang gelak kecil. Tah apa yang kelakar pun dia tak tau. Gila gamaknya lelaki ni.

"Sorry. Waalaikumussalam. Kau lupa ke aku yang beli telefon baru tu tuk kau. Aku beli sekali ngan nombor tuk kau, lepastu aku senyap-senyap save nombor aku dalam tu. Camna? Sedapkan nama yang aku save kat dalam fon kau? Cair tak  cair tak?" usik Tengku Addyan dengan senyuman nakal.

Dia baru sahaja lepas habis jumpa pesakit tadi. Buka saja fon dia dapat notifikasi yang makanan dia order tadi sudah selamat sampai ke tangan pemilik.

"Puihh! Poyo betul kau ni. P. E. R. A. S. A. N. Perasan. Lepasni abis call ni aku nak terus buang nama ni. Tukar kepada 'lelaki buaya'. Barulah sedap mata memandang." ujar Aisya sambil mengetap giginya kuat.

Sesekali pizza di atas meja itu dikerling sekejap. Menggoda betul bau pizza yang menusuk dalam rongga hidung dia. Nafasnya yang tidak teratur itu dapat dihidu dari orang di sana.

"Kalau lapar sangat makanlah pizza tu. Aku tau kau tengah lapar. Kan? Pasal nama tu, kau tak payah lah tukar. Dah helok dah nombor aku save gitu." celah Tengku Addyan menyentakkan Aisya.

Wait? Macam mana mamat tu tau aku tengah aku tengah tahan tengok pizza ni? And macam mana mamat tu tau aku tengah lapar?

"Wait? Kau ke Tengku Addyan Zareef yang antar pizza ni kat aku tadi? Macam mana kau tau alamat rumah aku? Please... Aku nak jawapan jujur dari mulut kau ok?" suara Aisya sudah mula berubah. Dari malas nak berbicara dengan lelaki itu terus berubah tegas.

Tengku Addyan senyum sinis mendengar suara marah gadis itu.

"Well, I'm Tengku Addyan Zareef. Sapa je tak kenal aku yang hensem, kacak lagikan bergaya ni." kening di angkat beberapa kali.

Walaupun Aisya tak nampak kelakuan dia sekarang, dia dapat bayangkan yang muka putih gadis itu akan bertukar warna merah menahan amarah.

1...

2...

3...

"Kau ni!!! Memang buat aku naik angin lah. Kalau kau ada depan mata aku sekarang ni, memang sah..."

"Sah apa tu princess? Sah kau nak ajak aku kawin ye? Kalau sah tu, aku sah awal-awal. Jom kawin"

Dengan laju dia memotong ayat Aisya tadi. Kedengaran jelas pula perkataan 'sah' kat telinga dia tadi.

Aisya mengepal erat tangannya membentuk penumbuk. Tahap kesabaran dia sudah tahap limit dah ni. Tunggu masa nak meletus aja.

"KAU NI! DASAR LELAKI BUAYA!" panggilan terus dimatikan oleh Aisya. Telefonnya juga terus di campakkan di atas sofa.

Jari-jemarinya diregangkan, kakinya juga dihentak perlahan beberapa kali. Cuba untuk mengawal emosi. Boleh gila dia jadinya melayan peragai pyico mamat tu.

Tengku Addyan mengorak senyuman gembira. Yes! Plan dia berjaya untuk mengusik gadis tu. Dapat juga dia dengar suara marah-marah gadis itu. Rindu.

Kerjanya yang jauh dan sebuk dekat hospital ni membantutkan dia untuk berjumpa dengan gadis tu. Maklumlah, dia masih kerja di hospitalnya di Johor ni. Yang Aisya sudah sambung belajar dekat KL sana.

Cinta jarak jauh. Mungkin dia je kot yang menaruh perasaan dekat gadis tu. Tak pelah kalau mereka berjauhan, dia kan ada mata-mata yang sentiasa memerhati aktiviti gadis itu. Gadis tu nak lari jauh mana pun dia tau.

"HAH balik pun. Ingat nak duduk Jepun lama lagi. Sakan kau memborong kat sana? Tuk aku takde ke? " sinis Aisya mengenakan Azzahra. Kecik besar kecik besar sahaja dia tengok budak tu. Dengan tilam yang sudah dipenuhi dengan barang-barang berjenama.

Azzahra memutarkan bebola matanya. Ni lah peragai kawan baiknya yang satu ni, suka membebel dekat dia.

"Kau ni, mestilah aku balik. Takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang lagi. Aku tau kau bosan takde aku kan? Aku rindu kau. Nak hug please..." pinta Azzahra dengan suara merelet meminta dipeluk.

Kening sebelah diangkat. Amboi... Nak bermanja lah tu.

"Hug pala kau lah. Aku pun rindu kau."

Mereka berdua terus berpelukkan. Drama melepaskan rindu mereka sudah mula dengan juraian air mata.

"Aku tau. Hah... Nah. Aku belikan juga tau hadiah tuk kau. And kau kena berterima kasih juga dekat Aaryan sebab dia yang bayar semua barang ni." ujar Azzahra selepas mereka meleraikan pelukan mereka tadi.

"Seriuslah Aaryan belanja?"

"Ye. Aku dah larang tapi dia degil. Dia kata " duit ni akan jadi duit kau juga nanti". Hah tulah ayat dia." bila teringat ayat tu dia rasa macam nak gomol- gomol sahaha muka lelaki itu.

3 buah beg berjenama itu terus diserahkan kepada Aisya. Barang bertukar tangan. Aisya apa lagi, tangannya terus meliar-liar mengambil sesuatu dalam beg berjenama itu.

Ada baju, kraf tangan dan beg tangan berjenama 'Dior'. Bersinar-sinar mata dia melihat barang-barang berjenama itu.

"Wahh. Cantik-cantik semuanya. Thank you my baby sebab belikan barang berjenama ni tuk aku. Kirim Thank you juga tau dekat Aaryan sebab belanja barang berjenama ni. Bukan calang-calang orang ye lelaki itu." ucap Aisya dengan penuh teruja.

Semua barang itu diperiksa olehnya. Gila tak suka orang belanja Dior kat dia. Lepasni boleh lah dia show off kat U.

"Sama-sama Chintah. Ni aku ada sesuatu nak bagitau kau."

"Ehm... Apa dia? Cam serius je?"

Sebulan kemudian...

TISU  di ambil untuk kesat air matanya. Sedih dia harini lain macam. Sebelum sedih sebab kena berjauh dengan boyfriend tapi kali ni sedih dia betul-betul membawa emosi yang mendalam.

"Hiks... Hiks..."

"Ya Allah kau ni. Buruk lah muka kau tu kalau asyik menangis aja. Aku yang nak kawin kai pula beria keluar air mata. Patutnya aku tau yang menangis." pujuk Azzahra sambil mengusap belakang badan Aisya dengan lembut.

Bila tangisan Aisya semakin reda mereka terus berpelukkan. Dan kalini, mereka berdua pula yang menangis.

"Ya rabbi ya karim. Yang kamu berdua menangis ni kenapa? Buruk tau tak muka tu nanti? Helok-helok tadi dah make-up cantik-cantik, ni boleh nangis pulak dohh. Sudah-sudah berhenti menangis. Penganti lelaki dah sampe." celah Puan Farah yang baru muncul dalam bilik ni. Di belakangnya ada Tengku Aireen.

"Yelah kak. Jangan nangis-nangis lagi. Buruk muka tu nanti." pujuk Tengku Aireen lembut.

Mereka berdua gelak kecil bila kena usik sebegitu. Haishh... Tak pasal-pasal kena cop muka tak cantik pula nanti.

Tiba sahaja bakal ibu mertua Azzahra, dia terus berdiri di sebelah Tengku Aireen. Upacara menyarung cincin pada jari manis Azzahra.

Aisya dan Tengku Aireen tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mereka. Atas bawah, depan belakang, semua mereka ambik. Hehehe.

Aisya keluar rumah terlebih dahulu selepas upacara menyarung cincin selesai. Sambil berjalan keluar, sambil tu tangan dan matanya duk fokus menghadap telefon.

Sebuk main balas-balas chat dengan boyfriend. Sesekali dia tersenyum sorang-sorang. Tanpa dia sedar, ada mata yang memerhati dia dari jauh, lama-kelamaan, dia dapat rasakan yang dirinya sedang diperhati.

Angkat sahaja muka terus matanya membulat. Tak percaya dengan manusia yang berada di depannya.

"Aqil!"

"Assalamualaikum. Surprise tak?"

Aisya sudah tidak tau ingin menayangkan reaksi apa. Nak nangis ada, nak gembira ada, nak melompat riang pun ada bila boyfriend ada depan mata.

"Waalaikumussalam. Awak... Kenapa nak datang tak call saya? Pandai ekk dia buat surprise sekarang ni." kata Aisya yang sudah buat muka cemberut itu.

Alahai, kalau mereka berdua sudah sah, dah lama dia cubit hidung mancung tu. Comel.

"Saja je buat suprise tuk dia. Kalau bagi tau nanti tak jadilah suprisenya. My love dah makan belum?" tanya Aqil. Langsung tak lepas memandang wajah cantik itu.

"Belum. Awak dah makan ke?"

"Belum juga. Sebelum gerak datang sini, saya langsung tak isi perut. Jom pergi makan?" ajak Aqil dengan suara lembutnya.

Aisya tersenyum manis dan terus mengikut langkah Aqil untuk mengambil makanan.

Tengku Addyan yang dari jauh hanya perhatikan Aisya tadi menahan amarah melihat kemesaraan dua orang manusia itu. Tangan dikepal membentuk penumbuk. Kalau depan dia ni ada puching bag, dah lama dia tumbuk puching bag tu sampai berlubang.

Dua manusia itu duduk beberapa selang meja dari tempat dia duduk sekarang ni. Bibir dan giginya di kemam kuat.

"Bro. Tu bukan perempuan bermata biru tu ke? Sapa mamat tu? Bukan main rapat, berborak sakan lagi diorang tu. Siap bergelak ketawa lagi." sergah Amir yang dari tadi juga hanya perhati suasana majlis ni.

"Manalah aku tau. Kau ingat aku kenal mamat tu ke apa." balas Tengku Addyan dingin.

Amir terus senyap di tempatnya. Tak berani lagi nak menyoal lelaki itu. Bapak dino tengah marah, nanti dah mengamuk satu Malaysia ni boleh dengar jeritan lelaki itu.

Gadis itu langsung tak perasan akan kehadiran dia di sini. Takpe, kau tetap akan jadi milik aku juga nanti. Ehh-ehh dia ni, langsung tak perasan kita kat belakang ehh. Tak pe. Kau bersuka rialah dengan mamat lelaki itu.

"Aku akan pastikan dalam hati kau hanya ada nama aku sorang sahaja."









Happy Reading Reader's 😘 . Jgn lupa vote & reviw this Chapter. Bye. Assalamualaikum semua.good night...

Continue Reading

You'll Also Like

2.7K 201 24
į„«į­” Karya ke-4 - Kim Asyr Tengku Harraz Farhan || Elmeira Evelynn Pertemuan sejak di bangku sekolah lagi mereka berdua sudah saling kenal-mengenali...
69.1K 1.4K 52
Tengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin...
76 18 8
Mengisahkan tentang konflik diantara 2 remaja dipertemukan takdir dengan cara yang kurang baik. Pertemuan itu tak sengaja mencipta peperangan antara...
335K 8K 65
Perbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori inda...