抖阴社区

Dalam Luka Ada Kamu

By TyaAzzahra_

13.8K 1K 60

Mungkin aku dan kau tidak menyatu tapi kisah kita menjadi saksi kita pernah bersatu. - Haura Malaiqa, seorang... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37 (Flashback)
Bab 38 (Flashback)
Bab 39 (Flashback)
Bab 40 (Flashback)
Bab 41
Bab 42

Bab 14

341 22 0
By TyaAzzahra_

"Good morning, sayang," sapa Tengku Rayyan sebaik saja Haura mencelik mata. Bibirnya mendarat lama ke arah dahi Haura.

"Did I tire you out too much?" soal Tengku Rayyan dalam nada usikan.

Haura hanya tersenyum tersipu malu. Memerah pipinya bila Tengku Rayyan mengingatkan dia hal semalam. Sangka Haura bolehlah dia tidur lena malam itu, tapi dia terlupa pula dia dengan satu kandang dengan binatang buas.

"Dah pukul berapa dah ni?" soal Haura dengan suara seraknya. Satu tangan menggosok mata, menghilangkan rasa mamai.

"Dah masuk waktu subuh."

"Hah?!" Membuntang besar biji mata Haura. Lekas-lekas dia bangun dan selimut yang hampir nak melorot dari dadanya terus ditarik.

"Eh, eh! Kau janganlah tarik selimut ni. Aku dahlah tak pakai apa-apa. Nanti kau juga yang menjerit macam nampak hantu." Tengku Rayyan menahan selimut dari ditarik terus oleh Haura.

"Unless you're ready to handle what's under here, I suggest you leave it alone," tokok Tengku Rayyan sambil menjongket kening.

"Then kita nak buat apa ni? Saya nak mandi..."

Tengku Rayyan berdecit bekali-kali dengan jari telunjuknya digoyangkan.

"Kita mandi." Tengku Rayyan betulkan ayat Haura. Selimut diselak dan sekaligus membuatkan Haura menjerit kecil dan segera membalik tubuhnya.

Tengku Rayyan tersengih kecil. Dia tipu je tak pakai apa-apa. Dia pakai seluar pendeknya. Dia saja nak menyakat Haura. Tengok pipi Haura berubah merah itu buatkan Tengku Rayyan geram sangat. Lagi merah pipi Haura, lagi Tengku Rayyan suka.

"Jom."

Haura menjerit bila tubuhnya terapung ke atas. Mata memandang Tengku Rayyan yang tengah mengendongnya macam budak kecil.

"Jangan jerit-jerit, sayang. Kau tak puas lagi ke menjerit semalam?"

"Tengku!" marah Haura. Dia dahlah malu, Tengku Rayyan pula tak habis-habis menyakat dia. Untung tangan dia bersembunyi disebalik selimut, kalau tak sudah dipukulnya badan Tengku Rayyan sampai lebam.

"Kita mandi sama-sama. Jimat air, jimat masa."

"Tak nak!" Haura memprotes.

"Kau tak nak, aku nak." Lebar lagi senyuman Tengku Rayyan. Perlahan tubuh itu di bawa masuk ke kamar mandi. Rontaan Haura dibiarkan saja macam angin yang lalu.



"Lambat!" sungut Tengku Zaim. Lebih sejam dia menanti dua pasangan itu turun ke bawah.

Haura tersenyum ke arah Tengku Zaim. Rasa menyusahkan pula sebab kena libatkan Tengku Zaim.

"Haura, awak tahu tak suami awak ni ugut saya tengah malam," adu Tengku Zaim. Monyok mukanya memandang Tengku Rayyan.

Haura menjeling Tengku Rayyan.

"Maaflah, Tengku Zaim."

"Eh? Saya tak salahkan awak. Saya salahkan ni... ni..." Tengku Zaim menuding jari ke arah Tengku Rayyan dengan sebal.

Haura tertawa kecil. Kalau tak gaduh bila bertembung dua Tengku tu memang tak sah. Haura rasa lega Tengku Zaim tahu hubungannya bersama Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan menolak lembut tubuh Haura agar menghadapnya.

"Nanti bila dah sampai rumah jangan lupa call aku," pesan Tengku Rayyan.

Tengku Zaim yang menyaksikan itu membuat muka loya. Sudahlah mereka berada di luar hotel. Hari cerah pula tu. Sudahnya Tengku Zaim memutar bebola matanya ke atas dengan meluat.

Haura mengangguk kepala.

"Kalau jantan ni buat tak elok dekat kau, kau call aku terus." Tengku Rayyan menjeling Tengku Zaim.

"Apa Tengku ni? Tak baik tau kata macam tu dekat Tengku Zaim," bebel Haura.

Tengku Zaim menjelir lidah ke arah Tengku Rayyan. Puas hatinya Haura membela dia. Ingat dia ni jahat sangat ke sampai nak buat benda tak elok dekat isteri orang? Dia pun ada kekasih juga.

"Okay. Elok-elok balik nanti." Tengku Rayyan mengucup lama dahi Haura. Bila dah berjauhan rasa rindu pula. Semalam dia tak puas peluk Haura. Kalau boleh Tengku Rayyan tak nak balik, tapi memandangkan dia ada kerja nak kena buat, mereka terpaksa pulang.

"Mhm." Haura mengangguk kepala lagi.

"Bro, hati-hati bawa kereta tu." Tengku Rayyan memandang Tengku Zaim kembali. Kali ini dia serius.

Tengku Zaim hanya menghayun dagu.

"Kita jumpa malam ni. I love you." Tengku Rayyan memandang Haura semula. Diusap lembut kepala Haura yang tertutup dengan tudung bawal.

"I love you too," bisik Haura. Malu bila didengari Tengku Zaim.

Tengku Zaim dan Haura bergerak masuk ke dalam kereta milik Tengku Zaim. Tengku Rayyan pula hanya berdiri di situ sambil melambai tangan ke arah Haura. Hilang saja kelibat kereta Tengku Zaim, terlepas keluhan berat dari bibir Tengku Rayyan. Baru sebentar tadi dia peluk Haura, dia rasa rindu pula.

Sementara itu, Haura pula hanya diam di tempat duduknya. Sayu hatinya hendak melepaskan Tengku Rayyan tadi, tapi dia tak mahu dianggap isteri yang manja dan clingy.

"Panjang sangat muncung tu."

Haura memandang Tengku Zaim.

"Sampai bila kamu berdua nak sorok hubungan ni?"

Haura menunduk memandang jari-jemarinya. Dari nada Tengku Zaim, pasti sepupu suaminya itu tak setuju dengan hubungan mereka.

"Haura, saya bukannya tak suka dengan perkahwinan kamu berdua ni, tapi lebih elok perkahwinan ini diberitahu pada keluarga Ray." Tengku Zaim bersuara lagi. Matanya tak lari dari memandang jalan raya di depan.

"Saya..." Haura menggigit bibir bawahnya.

"Awak takut Auntie Amanda dan Uncle Raffi tak boleh terima awak?" tebak Tengku Zaim.

Haura mengangguk kecil. Tengku Zaim menangkap perbuatan Haura itu dari hujung mata.

"Lagi kamu berdua sorok hubungan ni, lagi susah Auntie Amanda dan Uncle Raffi nak terima. Dah dua tahun, Haura. Awak tak kesian dengan Ray ke?"

Haura hanya diam. Sedikit sebanyak terasa dengan bicara Tengku Zaim. Memang apa yang Tengku Zaim katakan itu ada benarnya, tapi setelah tahu penerimaan Tengku Amanda terhadap kekasih Tengku Rayfa tempoh hari membuatkan Haura hilang keyakinan.

"Saya pun tak nak sorok hal ni, tapi saya takut." Air mata mula bertakung di tubir mata dan sekelip mata saja air jernih itu jatuh membasahi pipi Haura. Dia pun mahu hubungan normal bersama Tengku Rayyan. Dia nak berjumpa dengan Tengku Rayyan tanpa ada rasa takut orang sekeliling berkata.

Tengku Zaim melirik mata di sebelahnya. Rasa menyesal pula bertanya hal itu. Pasti soalan itu mengores hati Haura. Kalaulah kejadian ini sampai ke telinga Tengku Rayyan, pasti Tengku Zaim sudah hancur dilunyai oleh Tengku Rayyan sebab dah buat Haura menangis.

"Saya minta maaf, Haura. Saya tak berniat pun nak buat awak menangis." Semakin menebal rasa bersalah di hati Tengku Zaim bila kedengaran bunyi esakan di sebelahnya.

Tiba-tiba saja kereta Tengku Zaim dirempuh dari belakang. Mujur saja Tengku Zaim sempat menekan break. Haura yang terkejut itu tak sempat menjerit, tapi tangannya pantas memaut tali pinggang keledar. Dadanya naik turun dengan nafas terengah-engah kasar.

Tengku Zaim mengerang kecil. Lehernya terasa lenguh dengan pergerakan secara mengejut itu.

"Haura, are you okay?"

Haura hanya diam.

Tengku Zaim mencarut dengan nada kecil. Kepala menoleh ke belakang. Terus dia keluar dari perut keretanya. Kaki melangkah mendekati bontot keretanya yang sudah renyuk dilanggar oleh kereta Toyota Mark 2 berwarna putih.

Tengku Zaim berdesis melihat bontot kereta kesayangannya itu remuk. Lantas kaki mendekati empunya kereta Toyota Mark 2. Tangan mengetuk jendela sebelum beberapa saat pintu kereta tersebut terbuka.

Melihat gerangan itu, Tengku Zaim meneguk liur. Orangnya tinggi dan berkulit putih. Tengku Zaim menyangka lelaki itu bukannya orang Malaysia. Dahi lelaki itu mempunyai luka kecil dengan darah pekat mengalir. Mungkin kesan hentakan sewaktu kemalangan tadi.

"Es tut mir Leid."

Betul tekaan Tengku Zaim.

"Siehst du nicht die Zukunft? Wenn etwas passiert wäre, wer wäre verantwortlich?" soal Tengku Zaim. Mujur dia faham bahasa German.

Lelaki tadi menggosok belakang tengkuknya. Kulit putihnya tadi sudah berubah merah.

"Es tut mir leid. Ich werde Ihnen den Schaden an Ihrem Auto ersetzen."

Tengku Zaim mengeluh kecil dan ketika itulah Haura keluar dari kereta Tengku Zaim dengan kaki yang tidak stabil. Cepat-cepat Tengku Zaim memaut pinggang Haura sebelum tubuh kecil itu tumbang ke jalan raya.

"Tengku tak apa-apa ke?"

Tengku Zaim hanya mengangguk perlahan. Lehernya mula terasa nak patah bila dia menggerakkan kepalanya.

"Es ist okay." Tengku Zaim memandang jejak tadi semula. Dia tak marah sebab kereta kesayangannya itu rosak, tapi dia marah sebab tadi Tengku Rayyan pesan pada dia untuk berhati-hati memandu dan tambahan pula dia membawa Haura tadi. Mujur saja tidak ada apa-apa yang terjadi.

Tengku Zaim membawa Haura masuk semula ke dalam keretanya. Dia tak perlukan duit daripada jejak itu. Dia cuma perlu mencari alasan kepada Tengku Rayyan nanti.

"Ich habe sie gefunden," bisik lelaki itu bersama senyuman seringai. Dia sengaja sebenarnya melanggar kereta di depannya itu dek kerana ingin memastikan orang yang dicari adalah orang yang sama.

"Haura Malaiqa," bisiknya lagi. Kemalangan kecil itu sangat berbaloi baginya. Kaki kembali menjejak masuk ke dalam keretanya. Dia tak sabar memberitahu berita itu pada keluarganya.

Continue Reading

You'll Also Like

85 18 8
Mengisahkan tentang konflik diantara 2 remaja dipertemukan takdir dengan cara yang kurang baik. Pertemuan itu tak sengaja mencipta peperangan antara...
1.4M 45.8K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...
175K 4.6K 35
Siapa sangka gadis cantik molek bernama ALYA HUMAIRA dicurangi oleh tunangnya sendiri. Akan tetapi tunangnya itu tidak mahu melepaskan ALYA HUMAIRA...
1.5K 91 16
Mikaeyla, dia dikenali sebagai seorang gadis "hodoh" dari keluarga pertengahan, namun begitu dia bukanlah apa yang dilihat. Mencela mukanya dengan me...