¶¶ÒõÉçÇø

Gemuk Durjana

By marisinc

350K 15.5K 803

aku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
PArt 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
PART 43
Part 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65
Part 66
Part 67
Part 68
Part 69
Part 70
Part 71
Part 72

Part 42

3.8K 180 1
By marisinc

"Aku fikir hubungan kami sudah makin elok. Sudah ada senda gurau. Sudah ada komunikasi yang baik. Aku rasa semuanya sudah kembali pulih. Tak ada perselisihan faham lagi.Tapi aku rasa, aku je rasa macam tu. Hakikatnya hubungan kami hambar." Ceritaku pada Darwish.

Pada siapa lagi aku nak luahkan isi hatiku? Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin, Darwish ni lah tempat aku luahkan apa yang terbuku dihati.

"Kau fikir banyak sangat kot, Nisa. Cuba beri masa dan ruang untuk hubungan korang mekar kembali. Aku yakin, korang boleh bersama kembali seperti dulu. Even better." Nasihat Darwish. Aku angguk. Bersetuju dengan cadangan dia. Nasihat dia tu. ada betul juga.

Time kill the pain.

"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam diluar pintu kaca. Darwish terus menekan butang untuk membuka pintu kaca tersebut.

"Waalaikumsalam. Masuklah." Jemput Darwish.

Darwish membawa mereka ke ruang untuk tetamu a.k.a pelanggan mereka. Tempat dimana Farina dan Iwan rajin melepak bila kami disini. Sementara Darwish sedang melanggan pelanggannya, aku kembali semula ke dalam studio. Hari ni Farina dan Danish tak datang. Ada tetamu dirumah mereka. Saudara sebelah Farina.

"Kau nak buat tak, Nisa?" Tanya Khairul. Aku pandang ya seketika. Apa mimpi budak ni nak suruh aku buat gambar fotoshot? Memang bukan bidang aku lah gamaknya.

"Nak tak?" Soalnya sekali lagi. Aku geleng. Aku tak suka ambil gambar fotoshot. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Arahan yang tepat dan banyak lagi elemen

"Nisa. Meh jap." Panggil Darwish di pintu. Aku ikutnya ke ruangan tetamu itu.

"Inilah Nisa, uncle, Cik Ibu." Perkenal Darwish pada tetamunya tadi.

"Nisa, ini Uncle Azril dan Cik Ibu Nita." Perkenal Darwish padaku pula.

Aku bersalaman dengan Cik Ibu Nita. Kagum aku dengan penampilan wanita dihadapanku. Sopan dan bergaya. Wajahnya cuma dicalitkan pemerah bibir yang menggunakan warna tone yang sangat lembut sehingga tidak nampak seperti ada pemerah bibir. Nampak anggun dan berkarisma. Yang paling penting, dia nampak muda. Macam baya Abang Long Hasnul. Suaminya juga begitu.

"Nisa. Cantik gambar ni semua. Darwish kata gambar ni semua hasil tangan Nisa. Jadi yang ni, Nisa? Dengan husband?" Tanya Cik Ibu Nita.

"Cik Ibu nampak muda sangat. Macam kakak-kakak saja. Tak nampak macam makcik-makcik pun. Uncle pun sama." Komenku tanpa menjawab soalannya.

Dia dan suaminya ketawa. Dia rapat dengan suaminya. Dipeluk erat pinggan suaminya dan dibalas erat suaminya. Mereka nampak gembira dan bahagia. Mungkin ini rahsia keremajaan mereka.

"Jangan puji kami macam tu. Nisa tak puji pun, kami tetap nak guna service Nisa." Kata Uncle Azril. Dia mengucup dahi isterinya. Sungguh, aku rasa nak ambil gambar moment itu. Aku rasa sangat teruja.

"Tapi jujur ni. Nisa nampak Cik Ibu dengan Uncle macam abang long Nisa. Lewat 30-an." Kataku memuji ciptaan Allah dihadapanku.

Darwish berdehem.

"Sebaya macam Darwish." Sambungku. Mereka gelak. Uncle Azril siap geleng-geleng kepala dia.

"Kami dah 48 lah, Nisa. Kami dah ada cucu dah. Walaupun cucu saudara tapi tetap cucu merangkap anak susuan." Kata Cik Ibu Nita.

"Cucu dan anak kandung lahir sama tahun." Sambung Uncle Azril. Aku kerut dahi. Pelik pula ni.

"Kami dapat anak lambat, Nisa. Dah umur 32 baru dapat anak kandung. Sebelum tu kami rapat dengan anak-anak saudara kami saja. Dah macam anak sendiri dah gayanya. Lepas tu, kami dapat anak susuan. Itu pun sebab buat rawatan hormone untuk bagi kelaur susu untuk breastfeed. Dah lepas 10 tahun kahwin, barulah dapat anak sendiri. Masa tu juga anak saudara yang rapat deengan kami tu disahkan mengandung. Tu jadikan anak susuan sekali. Senang nanti mereka semua. Semua ada hubungan darah. Kan?" Terang Cik Ibu Nita.

Aku dan Darwish angguk kepala. Mulut kami dibulatkan menyebut O. Sekali lagi aku tengok Uncle Azril mencium dahi isterinya. Ditambah dengan ciuman dipipi.

"Uncle Azril memang macam ni dari muda lagi. Tak malu dengan orang." Seloroh Cik Ibu Nita. Kami ketawa. Memang tak malu pun tapi sweet sangat.

Kalaulah Iwan macam ni.

'Nisa, jangan bandingkan suami kau dengan suami orang lain. Lain orang lain perangainya.' Pesanku pada diri sendiri.

"Macam ni Nisa, tadi kami dah bincang dengan Darwish pasal gambar untuk pengantin dan video. Lepas tu, kami ingat nak juga ada gambar yang macam ni. Gambar tetamu. Gambar saudara mara sedang berkumpul macam ni. Senang kata kami nak gambar semua. Bukan fokus pada pengantin saja tapi Cik Ibu nak gambar untuk semua. Keseluruhan majlis." Kata Cik Ibu Nita.

"Darwish boleh buat." Aku yakinkan Cik Ibu Nita akan keupayaan Darwish.

"Tak sama, Nisa. Uncle nak Nisa untuk fokus pada tetamu dan team sarung pada pengantin." Kata UncleAzril pula.

Aku angguk.

"Berapa Nisa nak ambil untuk kerja Nisa pula. darwish kata harga Nisa dia tak tahu." Tanya Uncle Azril.

Aku tercenggang.

"Every work have theor own payment, Nisa." Kata Cik Ibu Nita.

"Boleh saja buat secara sukarela." Jawabku.

"Nope. Cik Ibu nak bayar untuk hasil kerja Nisa. Cik Ibu nak Nisa ada dirumah kami dari hari Khamis sampai Ahad. Itu pun kalau suami Nisa setuju. Sebab tu Cik Ibu nak ada pembayaran untuk kerja Nisa supaya suami Nisa tahu yang ini kerja bukan hobi." Kata Cik Ibu Nita.

"Nanti saya tanya suami saya dukulah Cik Ibu. Lepas tu baru saya contact Cik Ibu." Putusku. Mereka angguk.

"Bila majlisnya?" Tanyaku pula bila suasa sepi antara kami.

"2 minggu lagi." Jawab Darwish.

"Suntuknya. Ada pula korang masa." Hairan aku. Selalunya diorang ni penuh je.

"Ada client cancel last minute. Anak dorang accident dan koma." Jawab Darwish.

"Innalillahiwainnailahirojiun." Sambut Uncle Azril dan Cik Ibu Nita.

"Belum meninggallah, kan Darwish?" Kataku. Darwish angguk menjawab soalanku tadi.

"Nisa, nabi s.a.w menganjurkan ucapan itu bila kita terima musibah atau dengar perkara-perkara duka. Maksud ucapan itu, kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Sihat itu datang darinya dan sihat itu kembali kepada-Nya. Bahagia itu dari-Nya dan kepada-Nya bahagia itu kembali. Hidup ni Nisa, kena bergantung sepenuhnya pada Allah. Tak bergerak walau sezarah pun sesuatu itu melainkan dengan izin-Nya. Tapi kena ingat juga Allah kata Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. So, bila jadi sesuatu kita kena doa minta Allah jadikannya lebih baik. Sebelum jadi pun kita doa agar Allah kekalkan. Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dan..." Tak habis cakap, Cik Ibu Nita dah cium bibir Uncle Azril.

Ya Allah. Selambanya.

"Maaflah anak-anak. Uncle Azril ni kalau dah mula buka tazkirah maghrib dia, susah nak berhenti. Ini je cara nak bagi dia berhenti." Kata Cik iBu Nita tersenyum malu selepas melepaskan bibir suaminya. Uncle Azril mencium ubun isterinya.

Ya Allah. Sungguh aku rasa senang melihat mereka. Sentiasa gembira. Bibir mereka sentiasa senyum. Allah, aku bukan nak Iwan dan aku jadi seperti mereka. Cukup sekadar kami rasa memiliki satu sama lain. Air mataku tiba-tiba rasa nak gugur pula.

"Nisa, Darwish. Bahagia tu kita rasa dengan hati. Walaupun persekitaran kita tak membahagiakan tapi kalau kita pilih untuk bahagia, hati kita akan rasa bahagia itu." Pesan Uncle Azril sebelum mereka berlalu.

"Darwish, aku rasa aku nak balik dulu." Kataku dan bergegas keluar dari studio Farina.

Continue Reading

You'll Also Like

4K 114 6
Cerita ini berkaitan dengan aku....and yes cerita ni 95% real and lagi 5% tu kemungkinan aku reka ataupon cerita yang aku dah lupa Cerita ini berkai...
453K 28.7K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat be...
62.4K 1K 21
Ini kisah aku dan dia iaitu SOFEA Kami budak asrama yang tak pernah kenal each other pun tapi satu hari....... Dia buka mata aku dan aku...
455 30 12
Tak tau nak buat sinopsis macam mana...sinopsis sebelum tak sesuai dengan jalan cerita.. Terdapat cerita sebenar dalam hidup aku..and adalah di tamba...