Jika Memang Dia

By HoNey512

178K 10.6K 497

Book 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti sat... More

贡🍃1
贡🍃2
贡🍃3
贡🍃4
贡🍂5
贡🍂6
贡🍃7
贡🍃8
贡🍃9
贡🍂10
贡🍂11
贡🍃12
贡🍃13
贡🍃14
贡🍂15
贡🍂16
贡🍃18
贡🍂19
贡🍂20
贡🍂21
贡🍃22
贡🍂23
贡🍃24
贡🍃25
贡🍂26
贡🍂27
贡🍃28
贡🍃29
贡🍃30
贡🍂31
贡🍂32
贡🍂33
贡🍂34
Part🍃 35
贡🍃36
贡🌹37
贡🍂38
贡🍃39
贡🌹40
贡🌹41
贡🌹42
贡🌹43
贡🌹44
贡🍃45
贡🍃46
贡🍃47
贡🍃48
贡🍃49
🌹SiNoPsiS 2🍃
贡🍃50
贡🍃51
贡🍃52
贡🍃53
贡🍃54
贡🍃55
贡🍃56
贡🍃57
贡🍃58
贡🍃59
贡🍃60
贡🍃61
贡🍃62
贡🍃63
❄🍃E¡Dzܷ🍂❄
🌹New Story🌹

贡🍂17

2.6K 130 2
By HoNey512

I never wanted something more than I want her....

        ___________________________

Tengku Eray meraup wajahnya dengan kasar.Perempuan di kiri dan kanannya yang sibuk menggodanya langsung tidak dihiraukan.Muzik yang rancak dimainkan dalam kelab malam tersebut sedikipun tidak menaikkan semangatnya malam ini.Fikirannya asyik teringat pertengkarannya dengan Helen tengahari tadi.

         "Kau okey tak,bro?".Tanya Akim yang berada di sofa berhampiran dengan Tengku Eray.Pelik apabila perangai Tengku Eray tidak seperti kebiasaannya.Gelisah semacam.

          Tengku Eray tidak menjawap.

           "Mika...you look so handsome tonight".Bisik perempuan disebelah kanannya lalu lehernya dirangkul erat.

           "Mika...".Perempuan disebelah kirinya memaut lembut sebelah lenganya pula.

             "Mika...".

            "Mika.....".

            "Apa?!!".Tengking Tengku Eray sambil bangun daripada sofa dengan kasar."Kaurang boleh blah tak?!!.Rimas kau tahu tak?!!".

             Akim dan semua yang berada di situ tersentak mendengar tengkingan Tengku Eray.Tanpa membuang masa, perempuan-perempuan yang berada di situ terus melarikan diri, meninggalkan Tengku Eray dan Akim berdua.

          Akim melangkah mendekati Tengku Eray."Kau okey tak ni?.Lain macam aje aku tengok kau hari ni?".Tegur Akim prihatin.

           Tengku Eray menarik nafas panjang.Cuba menenangkan dirinya.Wajah sahabatnya dipandang."Aku okey....aku cuma..never mind..aku okey".

           "Betul?"Akim meminta kepastian.

            Tengku Eray mengangguk.

           "Aku rasa aku balik dulu lah.Aku tak ada mood nak stay dekat sini hari ni.Kau stay ajelah.Aku pergi dulu".Balas Tengku Eray lalu segera beredar dari situ tanpa menunggu balasan daripada sahabatnya.

        ____________________________

Tengku Eray bergegas menuju ke biliknya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Pintu bilik ditolak kasar daripada luar.Pandangannya diliarkan ke segenap ruang.Kosong!.Bilik air turur diperiksa tetapi kelibat orang yang dicari tidak juga kelihatan.

       Tengku Eray keluar semula dari biliknya dan mendapatkan Tengku Saleha yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

        "Mummy nampak Lina tak?".Soal Tengku Eray tanpa berselindung.

            Tengku Saleha mengerutkan dahinya."Lina tak ada dengan Eray ke?.Mummy rasa Lina tak balik lagi sejak pagi tadi.Kenapa?.Eray bergaduh dengan Lina ke?".Tanya mummynya bertalu-talu.

          "Tak".Bohong Tengku Eray pantas.

            "Dah tu apa masalahnya?.Eray jangan risau sangatlah.Paling tak pun Lina pergi rumah parent dia.Nanti-nanti balik lah tu".Tengku Saleha cuba menenangkan hati anak lelakinya.Pandanganya difokuskan pada kaca televisyen.Drama yang ditayangkan berjaya menarik perhatiaannya.

          Tengku Eray diam.Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang berada di situ.

         Tengku Saleha mengerling anak lelakinya yang berperangai tidak seperti kebiasaannya."Jangan risaulah Eray.Kejap lagi balik lah tu".

          _________________________

Datin Helda tersentak apabila gelas yang berada ditangannya tiba-tiba sahaja terlepas dan jatuh menyembah lantai.Habis berderai kaca di atas lantai.Niatnya untuk meminum air terus terbantut.

          Dato Farid yang mendengar bunyi itu segera mendapatkan isterinya yang berada di dapur.

            "Kenapa ni?".Soal Dato Farid cemas.

                Datin Helda memandang suaminya dengan hati yang gelisah."Bang...saya tak sedap hatilah.Saya rasa macam sesuatu terjadi pada Helen".Jelasnya dengan gelisah.

            "Apa awak ni.Tak baik cakap macam tu.Helen takkan apa-apa.Awak sepatutnya doakan dia perkara yang baik-baik".Bantah Dato Farid tidak setuju.

          "Tapi Helen dekat sana tu sorang-sorang.Tak ada sesiapa yang jaga dia.Kalau terjadi apa-apa pada dia, Helen nak minta tolong siapa?".

           "Dah...dah..tak ada apa-apa akan jadi pada Helen.Awak jangan nak fikir yang bukan-bukan.Awak keluar dulu.Saya nak bersihkan kaca ni".Dato Farid menarik isterinya ke ruang tamu lalu dia masuk kembali ke dapur.

         Datin Helda mengeluh panjang.Harapannya cuma satu.Berharap Helen baik-baik sahaja di sana.Hanya Helen yang dia punya.

         ________________________

Helen duduk bersandar pada dinding dengan wajah yang pucat.Ini adalah hari kedua dia di sini.Langsung tidak menjamah makanan ataupun minuman.Tubuhnya lemah.Langsung tidak berdaya untuk membuat apa-apa.

          Nampaknya, penyamarannya sebagai Helina berjaya.Dia pasti apa yang terjadi padanya saat ini ada kaitan dengan Helina.

         Helen mengeluh panjang.Kelopak matanya kembali tertutup dengan perlahan-lahan.

           Tolong.....sesiapa pun..tolong keluarkan dia dari sini.Berada dalam bilik yang gelap terlalu payah baginya.

        __________________________

Akim yang sedang asyik menari dengan seorang perempuan terhenti apabila melihat kelibat Tengku Eray yang mengambil tempat di sofa, tidak jauh daripada tempatnya berdiri.Tanpa membuang masa, kakinya terus diatur ke arah sahabatnya itu.

         "Kau okey tak ni?".Soal Akim pelik.Ini hari kedua Tengku Eray kelihatan tidak seperti kebiasaannya.

          Tengku Eray mendongak.

          "Aku ada problem sikit.It doesn't matter".Jawapnya acuh tak acuh.

            "Chill lah.Masalah apa sangatlah yang kau ada.Sekarang ni kau adalah Mika...tak payah fikir apa-apa.Just enjoy".Balas Akim sambil mencapai satu tin beer yang berada di atas meja  berhadapan dengan Tengku Eray.

            Tin tersebut dibuka lalu disuakan pada Tengku Eray.Huluran itu Tengku Eray sambut.Tin itu dibawa ke mulut.

             "Masalah apa yang kau ada sampai buat kau pelik macam ni?".Tanya Akim sambil mencapai satu lagi tin beer.

              Tengku Eray mengengam tin ditangannya kuat.Tidak jadi mahu meneguk air tersebut.Tin ditangannya diletakkan di atas meja.

               "Kenapa?".Soal Akim hairan.

              "Aku ada hal nak settle.Kau stay lah sini".Tengku Eray terus bangun dari sofa dan melangkah menuju ke arah pintu keluar.Laungan daripada Akim sedikitpun tidak dihiraukan.Telefon bimbitnya dikeluarkan.Nombor Shahz didail sebelum telefon ditekapkan pada telinga.

          "Find Helen for immediately".

        ________________________

"Saya dah buat apa yang Tengku suruh.Berdasarkan maklumat yang saya dapat ,kali terakhir cik Helen dilihat adalah di parking kereta dan saya rasa Tengku patut tengok ni".Jelas Shahz sambil berjalan menuju ke bilik keselamatan bersama dengan Tengku Eray.

           Pintu bilik keselamatan dibuka.Shahz mempersilakan Tengku Eray masuk ke dalam sebelum dia melangkah masuk ke dalam.Beberapa orang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik itu segera berdiri tanda hormat.

           Tengku Eray menghampiri satu skrin yang memaparkan rakaman cctv dua hari yang lalu.Wajah Tengku Eray berubah tegang apabila melihat rakaman seorang lelaki menculik Helen.

          "Tengku nak saya cari lelaki tu ke?".Shahz bersuara.

           "Tak payah.Kau ikut aku.Aku tahu dekat mana lelaki tak guna ni berada.Aku cuma perlu cari dia untuk dapatkan Helen balik".Ujar Tengku Eray sambil memandang tatu pada lengan lelaki yang menculik Helen.

        ___________________________

Sebuah kelab malam yang bingit dengan muzik dan suara pengunjung-pengujung kelab malam itu bertukar senyap apabila Tengku Eray melangkah masuk ke dalam sambil diikuti oleh Shahz dibelakangnya.Dibelakang Shahz pula terdapat hampir sepuluh orang lelaki berpakaian hitam.

        Tengku Eray membetulkan cap dikepalanya sebelum mencapai kayu golf ditangan Shahz.Tanpa amaran kayu golf ditangannya dihayunkan pada dinding kaca yang berada berhampirannya.Berderai kaca bertaburan di atas lantai.

           Pengunjung perempuan yang berada disitu menjerit akibat terkejut.Tiada seorang pun yang berani bergerak.

            Tengku Eray menendang meja dan kerusi yang berada berdekatan.Gelas-gelas yang berada di atas bar dipukul dengan kayu golf ditangannya tanpa serba-salah.Belum cukup dengan itu, Shahz dan budak-budak suruhannya mula menghancurkan segala harta benda yang berada di situ.

          "Apa ni Mika?".Seorang lelaki berumur 30-an tiba-tiba muncul bersama beberapa orang lelaki dibelakangnya."Datang-datang mengamuk.Kita boleh bincang elok-elok.Apa yang kau nak?" .

         Tengku Eray mencampakkan kayu golf ditangannya ke lantai dengan kasar.Kakinya melangkah ke arah lelaki yang menegurnya.Beberapa keping gambar dikeluarkan daripada jaket merah yang dipakainya lalu dicampak pada lelaki itu.

         "Ini budak kau kan, John?".Soal Tengku Eray kasar.

         Lelaki yang dipanggil John itu meneliti gambar-gambar yang dicampak padanya.

           "Jawaplah!!.Kau nak aku tutup kelab malam kau ni ke?.Kau tahu kan aku akan buat apa yang aku cakap".Ugut Tengku Eray.

           "Betul.Dia budak aku tapi apa yang dia dah buat?".

            "Dia dah culik perempuan aku.I want her back.So...kalau dalam masa 5 minit budak kau ni tak ada depan mata aku, kau boleh ucapkan selamat tinggal pada tempat kau ni".

         ________________________

Tengku Eray menolak seorang lelaki yang baru sahaja tiba di kelab malam sebaik sahaja mendapat panggilan daripada John.Lelaki yang menculik Helen.Tanpa membuang masa, Tengku Eray mendekati lelaki itu.Lelaki itu disemban ke dalam meja yang berdekatan dengan kuat.Kolar baju lelaki itu dicengkam.

           "Where's Helina?.Apa yang kau dah buat dekat dia?.Siapa yang suruh kau buat macam tu pada dia,hah?!!".Bentak Tengku Eray bengang.Pandangan orang yang melihatnya tidak dihiraukan.

              "Aku tak tahu siapa yang upah aku, dia cuma call aku untuk culik perempuan tu.Aku tak tahu pulak yang perempuan tu perempuan kau.Kalau aku tahu aku takkan terima job tu".Ujar lelaki itu ketakutan.

         Tengku Eray tersenyum sinis.Satu tumbukkan dilayangkan ke wajah lelaki itu sehingga lelaki itu jatuh menyembah lantai.

        "Kau memang tak guna!.Mana kau sembunyikan dia?.Aku nak dia.Mana dia?!!".Tengkingnya lantang."Tell me where is she?!!".

        ________________________

Helen yang sedang duduk bersandar pada dinding membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila mendengar bunyi detuman pada pintu yang berada dihadapannya.Dengan keadaan yang lemah, Helen berdiri.Jantungnya mula berdetak laju.Mungkin penculiknya sudah kembali.

       Helen meliarkan pandangan kesekelilingnya.Cuba mencari 'senjata' untuk mempertahankan dirinya.Dalam sesuana yang gelap itu mata Helen terpaku pada serpihan kaca yang berada di atas lantai, tidak jauh daripada kakinya.Tanpa berfikir lebih lama, serpihan kaca itu diambil.

          Detuman pada pintu semakin lama semakin kuat sehinggalah pintu itu terbuka akibat dirempuh daripada luar.

      Helen tersentak apabila melihat seseorang melangkah masuk ke dalam.Tengku Eray.

        "Helen?.Kau okey tak?".Tanya Tengku Eray sambil menapak menghampiri Helen dengan tergesa-gesa.

          Helen pantas berganjak beberapa langkah ke belakang.

           Langkah Tengku Eray terhenti.

           "What you doing?".Tengku Eray bersuara dengan hairan apabila melihat Helen menjauhkan diri daripadanya.

            "Apa yang you buat dekat sini?.Macam mana you tahu I ada dekat sini?.You yang suruh orang culik I kan?".

            "Excuse me?.Me what?".Tengku Eray menapak mendekati Helen dengan wajah tidak percaya."Kalau aku yang culik kau...kau ingat aku akan datang sini ke untuk cari kau?.Jangan jadi bodoh lah".

          "Jangan dekat!!".Jerit Helen tiba-tiba.Cuba menghalang Tengku Eray daripada terus mendekatinya.

            "No.Why should I?".Tengku Eray tidak menghiraukan kata-kata Helen.

             "Stay away!!".Helen meletakkan kaca yang diambilnya tadi dipergelangan tangannya.

               Sekali lagi langkah Tengku Eray terhenti.Kedua-duanya pantas dianggkat ke atas tanda menyerah.

           "I don't trust you.I'm not stupid.Mungkin you yang bunuh Helina!.Mungkin you yang kurung I dekat sini.Mungkin you berpura-pura untuk selamatkan I sebab you nak bunuh I kan?!!".Bentak Helen.

           "Nice speech but i'm not gonna kill you".

            "I don't trust you!!..You yang bunuh Helina..You dah bunuh Helina.Tak mustahil you akan bunuh...".Helen terkedu apabila kaca ditangannya ditepis oleh Tengku Eray hingga terjatuh ke atas lantai.Entah bila Tengku Eray berdiri dihadapannya.

         "You're too noisy".Ujar Tengku Eray.Baju yang dipakai oleh Helen ditarik menyebabkan Helen terdorong padanya.

            Helen terkaku.Namun, hanya buat seketika.Tubuh Tengku Eray yang begitu hampir dengannya ditolak kuat.Serpihan kaca yang terjatuh diambil kembali lalu diacukan pada Tengku Eray.

         "Go away!!".Helen memejamkan matanya apabila Tengku Eray semakin mendekat.

            Senyap.

          Helen membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Terkejut dirinya apabila melihat lengan Tengku Eray yang berdarah akibat terkena kaca ditangannya.Menitis darah Tengku Eray di atas lantai.

          "I....i...don't mean...".

          "You gonna pay for this".Tengku Eray memandang Helen tajam.Tegang habis wajahnya saat ini.Belum pernah sesiapa berani mencederakannya sebelum ini.

            

      ______________________

Comment & vote my storry if you like it...sye nk thu ape pndapat readers tentang storry ni😁😁
             

            

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 1.1K 47
[Kpop FF with main EXO Baekhyun] [Malay language] ━━━━━━━━━━━━━ Ready to be in 'Mind Blowing' phase ? Where your mind, your brain, your adrenaline in...
453K 47.9K 64
"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri...
68.4K 1.9K 30
Bertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja...
407K 42.1K 57
"yeom, kamu jangan pernah bagi jungkook makan benda manis." "kenapa pun mak ?" "sebab nanti kamu takkan tahan dengan perangai hyper manja dia." tapi...