When you smile it doesn't mean you happy and just because you not cry, it doesn't mean you're not sad...
_____________________
"Kau buat apa, Mika?".Sapa Akim sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Tengku Eray. Pintu dibelakangnya ditutup sebelum menghampiri Tengku Eray yang sedang duduk di sofa sambil memandang telefon bimbit ditangannya.
"Kau boleh tak jangan panggil aku Mika dekat sini".Ujar Tengku Eray sambil menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
"Bukan ada orang dengar pun".Akim melabuhkan punggung di sofa, berhadapan dengan Tengku Eray." Malam ni macam biasa. Club.Aku ada kenal seorang perempuan.Dia nak jumpa dengan kau. Perempuan dekat sana mana boleh kalau tak nampak muka kau. Kau on tak malam ni".
"Tengoklah dulu.Aku busy".Jawap Tengku Eray acuh tak acuh.
"Kau busy buat apa?. Asyik dengan handphone kau aje.Kau ada perempuan baru ke?".Soal Akim curiga.
"Haah".
Akim mencebik." Lelaki macam kau takkan lah jatuh cinta. Dah lah, aku datang sini nak ajak kau lunch.Jom lah!".Ajak Akim sambil bangun daripada sofa.
Tengku Eray tidak menjawap. Namun, bangun juga daripada sofa. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket seluarnya lalu segera keluar dari pejabatnya.
"Tunggulah!". Laung Akim. Langkah Tengku Eray dikejar.
"Kau ni kan tak boleh ke jalan sekali dengan aku".Bebel Akim sebaik sahaja dia dan Tengku Eray berdiri dihadapan lif.
Tengku Eray tidak membalas. Pintu kecemasan yang berada berhampiran dipandang. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah mendekati pintu itu. Tanpa membuang masa, pintu tersebut dibuka dan Tengku Eray melangkah ke dalam.
"Kau nak pergi mana tu?!".Laung Akim geram. Tengku Eray diikuti daripada belakang.
______________________
Helen menyandarkan tubuhnya ke dinding dengan nafas yang tidak teratur. Kepalanya yang terluka dipegang.Seluruh tubuhnya terasa sakit.Kelopak matanya dipejam buat seketika sebelum dibuka kembali.Langsung tiada tenaga untuk berbuat apa-apa.
"Helen?".
Helen menoleh ke arah pintu apabila mendengar namanya dipanggil. Eray.
Tengku Eray yang bergegas mendapatkannya hanya dipandang. "Shit!!. Apa yang dah jadi?". Tanya Tengku Eray sebaik sahaja mendapatkan Helen.
Helen tersenyum nipis. Dengan sedaya upaya Helen mendekati Tengku Eray dihadapanny. Leher Tengku Eray dipaut lalu Helen merebahkan kepalanya dibahu Tengku Eray."I'm tired".Helen bersuara dengan lemah sebelum menutup kelopak matanya.
"Kenapa ni, Mika?. Apa yang dah jadi dekat dia?. Kenapa kau panggil dia Helen?". Soal Akim bingung melihat apa yang terjadi dihadapannya.
Tengku Eray tidak menjawap. Tubuh Helen yang tidak sedarkan diri dicempung."Kau ikut aku".Ujar Tengku Eray lalu segera keluar dari situ.
Akim menurut. Tengku Eray pantas diikuti daripada belakang.
___________________
'Kau tak patut kembali'
Helen membuka kelopak matanya dengan nafas yang tercungap-cungap. Pandangannya diliarkan ke segenap ruang sebelum menarik nafas lega. Hospital. Helen bangum daripada perbaringan. Tubuhnya disandarkan pada belakang katil. Serentak dengan itu, matanya menangkap kelibat Tengku Eray yang duduk di atas pemegang sofa sambil memandangnya tajam.
"Hai..".Sapa Helen. Senyuman diukir.
Senyap.
"Er...thank you".Helen terus bersuara apabila melihat Tengku Eray yang hanya diam memandangnya.
"Awak tak ada perkara nak cakap ke?".
"Should I say something?". Tengku Eray berdiri dan berjalan mendekati Helen yang berada di atas katil.
"Apa maksud a..awak?". Tanya Helen sedikit gementar apabila Tengku Eray membongkakkan sedikit tububnya lalu kedua tangannya diletakkan pada belakang katil.Mengunci Helen diantaranya.
Helen memejanmkan kelopak matanya rapat apabila Tengku Eray tiba-tiba menumbuk belakang katil kuat dengan sebelah tangannya.
" I told you before.. don't smile when you hurt. Is it really hard to do, huh?".
Helen diam. Tidak berani bersuara.
"Siapa yang buat kau macam ni?".
"Apa yang dia nak?"
"Apa yang dia cakap?".
Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh Tengku Eray.Helen mengengam tangannya erat.
"Saya jatuh".Bohong Helen. Tidak mahu memberitahu Tengku Eray. Orang yang buat dia macam ni mungkin pembunuh Helina. Tengku Eray tak ada kena-mengena dalam hal ini.
Tengku Eray mengetap giginya kuat. Tubuhnya dijauhkan daripada Helen sedikit. Rambutnya diraup kasar ke belakang sebelum mendekati Helen kembali. "Perlu ke aku tengok cctv, Helen?".
"Eray.....".
"Do what you want. I don't care".Ucap Tengku Eray lalu segera keluar dari dari situ.
Helen hanya mampu memandang Tengku Eray yang semakin menjauh. Terhenjut bahunya apabila pintu wad dihempas kuat.Keluhan berat dilepaskan.
_______________________
Helen hanya diam apabila kepalanya dibalut oleh seorang jururawat. Tidak berani mahu bergerak. Nanti yang sakit dia jugak. "Macam mana? Okay?". Soal jururawat itu sebaik sahaja selesai membalut kepalanya.
Helen mengangguk dengan senyuman."Okay".
"Kalau macam tu saya keluar dulu lah. Cik berehatlah".Pamit jururawat itu. Barang-barang yang digunakan untuk membalut kepala Helen dikemaskan sebelum keluar.
Helen menyandarkan tubuhnya ke belakang katil. Telefon bimbit yang berada ditangannya digengam erat. Patut ke dia call Eray?. Nafas panjang ditarik. Jarinya menaip nombor Tengku Eray diskrin.Telefon ditekapkan pada telinga."Hello". Helen memulakan bicara.
Diam.
"Eray...".
"Mika....".
"Eray Mi....".
"Apa?". Kedengaran suara dihujung talian.
Bibir mengukir senyuman."Saya lapar".
"So?. Kau ingat kau call aku boleh kenyang ke?".
"Awak datanglah sini. Bawa makanan. Saya bosan. Tak ada sesiapa dekat sini. Takkan saya nak bercakap dengan dinding pulak".
"Apa salahnya?. Kau dengan dinding tak ada beza".
Helen mengetap bibir.Bengang!.
"Awak nak datang tak?".
Kedengaran Tengku Eray merengus geram di hujung talian sebelum talian diputuskan.
Helen memandang telefon bimbitnya dengan wajah tidak percaya. Wahh...Dia ni..
Baru sahaja nombor Tengku Eray mahu didail semula, pintu wadnya tiba-tiba dibuka daripada luar. Tengku Esyraf, Tengku Eddy dan Alysa melangkah masuk ke dalam dengan senyuman di wajah masing-masing.
"Abang Eray cakap akak masuk hospital. Macam mana akak boleh jatuh?". Alysa bersuara sambil menarik kerusi yang berada di tepi katil. Punggungnya dilabuhkan di situ.
Helen tersenyum. "Akak yang cuai". Pandangannya dialihkan pada Tengku Esyraf dan Tengku Eddy." Abang Es dengan abang Ed tak kerja ke hari ni?".
"Kami berdua datang sekejap aje. Kena masuk kerja balik nanti". Jawap Tengku Eddy.
"So cepat-cepatlah sembuh".Tengku Esyraf menggosok-gosok kepala Helen.
"Kau ni,Es. Sakitlah kepala dia tu". Larang Tengku Eddy.
"Tak apa". Jawap Helen.Tengku Esyraf dipandang. Dia ni memang mesra ke dengan Helina?.
"Sorry".
"Nanti Abang Eray marah, lysa tak tahu". Sampuk Alysa pula.
"Lysa balik sendiri nanti". Tengku Esyraf menggugut.
"Abang Es...lysa datang dengan kereta sendiri tau. Memanglah Lysa balik sendiri".
Tengku Esyraf diam.
Helen ketawa kecil.
"Dah..dah jom balik. Dah lambat ni. Tadi suruh datang awal-awal sibuk nak pergi makan". Tengku Eddy bersuara."Lina, kitaorang balik dulu lah".
"Okay. Sorry menyusahkan semua".
"Tak apa akak. Lysa tak ada apa-apa nak buat. Lysa teman akak dekat sini". Sampuk Alysa.
"Kalau macam tu kitaorang pergi dulu lah". Pamit Tengku Eddy sebelum menarik Tengku Esyraf keluar bersamanya.
Helen mengalihkan pandangannya pada Alysa." Lysa boleh tolong akak tak?". Soal Helen penuh harapan.
Alysa mengerutkan dahi.
"Tolong apa?".
________________________
"Nak yang ni..yang ni..yang ni..yang ni jugak...ni..ni...oh yang ni!...make it two".Alysa terlopong apabila melihat Helen sedang memilih makanan. Bukan dia sahaja, pelayan yang berdiri di sebelah Helen juga terlopong.
"That's all". Ucap Helen lalu menghulurkan semula menu pada pelayan dengan senyuman.
Pelayan itu menyambut huluran Helen sebelum pergi dari situ.
"Akak...akak serius ke nak makan banyak macam tu?".
"Kenapa? Itu pun akak rasa sikit".
"Sikit. Wahh...akak kuat makan tapi still kurus. Hebatlah akak".Ujar Alysa kagum.
Helen tersengih.
10 minit kemudian, makanan sudah terhidang di atas meja. "Terima kasih". Ujar Helen pada pelayan sebelum menikmati makanan yang terhidang.
Alysa ketawa kecil sebelum menyertai Helen. "Sedap kan kak?".
Helen mengangguk dengan mulut yang penuh.
"Akak..phone..phone".Alysa menunjuk ke arah telefon bimbit Helen yang berada di atas meja.
Helen menyedut minimun dihadapannya sebelum mencapai telefon bimbit. Nama Tengku Eray terpapang diskrin.
"Hello". Helen melekapkan telefon pada telinga. Sebelah tangannya sibuk menyuap makanan ke dalam mulut.
"Where are you?!!". Tengking suara dihujung talian.
Tanpa membuang masa, panggilan itu Helen tutup dengan wajah tidak bersalah. Suapan diteruskan seperti tiada apa-apa berlaku.
Alysa memandang Helen dengan wajah tidak percaya."Wahh..akak memang terbaiklah".
Helen yang mahu membalas terhenti apabila Telefon bimbitnya berdering lagi. Dengan malas panggilan itu dijawap.
"I swear Helen if you do that...".
"Sorry". Potong Helen. Makanan disumbat lagi ke dalan mulutnya.
"Kau pergi mana?. Kau datang balik dekat hospital sekarang".
"Tak nak".
"Helen....".
"Tak nak".
"Aku ada dekat hospital ni. Kau datang balik".
"Hah baguslah tu.Alang-alang awak dah ada dekat sana trylah bercakap dengan dinding tu. Mana tahu dia balas apa yang awak cakap". Sindir Helen selamba.
"Helen datang sini!". Tengku Eray menekan suaranya.
"Tak nak. Cakap awak bodoh dulu baru saya balik". Ugut Helen. Suap ayam dihadapannya disuap ke dalam mulut.
Tengku Eray merengus geram.
Helen sudah tersengih.
"Aku bodoh, puas?".
"Tak. Cakap muka awak macam penyelak pintu".
"Kau...".
"Satu....". Helen mula mengira.
"Dua....".
"Ti....".
"Okay..okay!. Muka aku macam penyelak pintu".
"Okay. Saya balik sekarang".Helen memutuskan talian. Kemudian, menghamburkan ketawa. Aktivitinya segera disambung.
"Bukan akak cakap nak balik sekarang ke?".Alysa bersuara.
"Tak apa. Tak payah cepat-cepat. Biar abang Eray tunggu dekat sana".
____________________
Helen yang mahu membuka pintu wad tersentak apabila pintu tersebut terlebih dahulu dibuka daripada dalam. Helen ditarik masuk ke dalam. Pintu wad, Tengku Eray hempas kasar.
"Kau....".
"Wahhhh....awak beli makanan?". Tidak berkelip mata Helen memandang makanan yang berada di atas meja. Tersusun elok. Banyak pulak tu. Tanpa menghiraukan Tengku Eray, Helen berjalan mendekati makanan tersebut.
"Aku tengah marah ni kan?".Ucap Tengku Eray sambil menghampiri Helen yang sudah duduk di birai katil bersama makanan ditangannya.
Helen tidak melayan. Sudu diambil lalu bekas makanan dibuka.Spaghetti.
Tengku Eray mengeluh. Punggungnya dilabuhkan disebelah Helen.Belakang lehernya digosok perlahan."Pasal ulangtahun syarikat nanti. Aku cuma perlu date dengan orang yang tawarkan harga paling tinggi sehari aje kan?".
Helen mengalihkan pandangannya pada Tengku Eray." Awak setuju ke?". Tanya Helen tidak percaya.
"Just this time. No more. Aku tak nak buat...". Kata-kata Tengku Eray terhenti apabila Helen menyumbat makanan ke dalam mulutnya.
Helen tersenyum. "Thank you".Ujarnya sambil memandang Tengku Eray lama.
Tengku Eray terkedu.Baru sahaja bibirnya mahu mengukir senyuman, kata-kata Helen mematikannya.
"Oh ya..saya guna kad kredit awak masa keluar makan tadi".
__________________________
Sorry for late update..saya bnyak kerja trpaksa utamakan..do vote+comment.😁😁..please stay support me .