25 parts Complete Dalam dunia yang gelap, kadangkala cahaya paling terang datang dari tempat yang paling tak dijangka.
Aurora Elvina, gadis ceria yang hidup tanpa beban, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana satu pertemuan di kedai buku lama. Seorang lelaki asing-memiliki raut wajah kacukan Amerika dan Korea, aura penuh bahaya, dan kata-kata yang menggoda-muncul dalam hidupnya tanpa nama, hanya dengan satu senyuman penuh misteri.
Zayn Lee, lelaki yang tidak pernah meminta untuk diselamatkan, terperangkap antara masa silam yang penuh gelap dan masa depan yang tidak pasti. Dia tidak mahu Aurora terjebak dalam dunianya. Tapi semakin dia cuba menjauh, semakin dia terikat. Aurora membangkitkan sisi dirinya yang sudah lama mati.
"Why me?"
Suara Aurora bergetar-antara ingin tahu dan rasa takut yang dia sendiri tak pasti dari mana datangnya.
Zayn mendekat, pandangan matanya tajam di sebalik bayang cahaya malam.
"Because you smiled at me... like I wasn't broken."
Aurora tergelak kecil, cuba sembunyikan debar di dada. "You sound like a walking red flag."
Zayn mengukir senyuman sinis.
"Good. Then stay away."
Dia diam seketika-suara yang keluar selepas itu perlahan tapi penuh makna.
"But if you come closer... I won't let you go."
Namun cinta yang lahir dari bayang-bayang sering membawa luka. Bila kepercayaan mula teruji, bila bahaya mula menghampiri, dan bila obsesi mula memakan jiwa-mampukah dua jiwa bertentangan ini terus berpaut?
"Midnight Ride" ialah sebuah kisah cinta gelap yang menyayat, mengikat dan membakar perlahan-lahan-di mana cinta bukan sekadar manis, tetapi juga menggigit.