抖阴社区

15

15 2 0
                                    

"Oi, tak nak bangun ke?" wajahnya aku tepuk-tepuk.

Macam tak ada hasil, aku mengangkat tangan aku dari wajahnya. Baru mahu berpaling, tangan aku terasa dipegang. Ah, cliche lagi.

Wajahnya aku pandang. Dia cuba membuka mata perlahan. Celik je biji mata, sengihan terbit di bibirnya.

"Sedap tidur?" soal aku. Dia hanya tertawa.

"Aku tahulah kau tak pengsan pun. Hari first masuk sini pun kau tak pengsan pun kan? Dasar," tangannya aku tepuk sekaligus melepaskan genggamannya.

"Sorrylah. Saja malas-malas. Penatlah kerja je. Nak juga rehat, manja-manja dengan kau," dia tertawa usai menghabiskan kata-katanya.

Aku sekadar mencebik. Buah di atas meja sebelah katil aku capai.

"Tapi, kau stay sini 5 hari, tak sakit, tak apa, mesti kau bribe doktor sini kan?" segera dia bangun dan duduk. Wajah aku dipandang lama.

"Macam mana tahu?" wajahnya serious. Namun, hanya seketika, "Taklah, ni hospital private. Family Hyota punya. The guy yang selalu datang sini and guide kau waktu first day tu," aku hanya mengangguk faham. Kaya juga orang jepun tu.

"Patutlah senang lenang baring tidur atas atas katil hospital," sepotong buah epal aku hulur pada dia.

"So esok?" soal aku.

"Esok balik, ada-" tak sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, ketukan di pintu buat aku dan dia memandang pintu bilik wad.

Hyota.

"Hi, ah, you already woke up and," dia terpandang wajah aku dan hanya tersengih,"I'm sorry for lying to you. Afreen the one who told me to-" Afreen mencampak buah epal yang tak habis dimakannya pada Hyota sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.

Makin pelik diorang berdua ni. Sudahnya semua benda jadi tergantung. Apa ni?

The Miracle of Red StringTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang