抖阴社区

08

23 2 0
                                    

Macam-macam aku cari tentang benang merah ni yang aku nampak sejak aku sedar ritu. Ada orang panggil, 'The red string of fate', sesuatu macam takdir? Maybe?

Aku selalu fikir ni kisah dongeng, kisah lapuk lama yang tak siapa kisah, kecuali Mun. Tapi dah kena kat batang hidung sendiri ni, kenalah juga percaya.

"Lys," bahu aku terhincut sedikit sebelum aku berpaling ke belakang, Mun sedang berdiri di belakang sambil memegang bahu aku. Kepalanya didekatkan sedikit, melihat skrin phone aku. Dia tersengih, sama macam yang aku sangka.

Dia bergerak ke sebelah aku dan duduk, "Red string ni? Ingat tak caya," dia tergelak selepas itu. Aku hanya mampu tersengih.

"Tak adalah percaya sangat, tapi macam menarik gak benda ni. Tu yang saja cari pasal ni," aku cuba mencari alasan walaupun alasan tu sumpah tak munasabah.

"Kalau pasal benda ni, tak payah search. Aku ada, aku tahu semua benda ni, tanya je aku," dia menahan kepalanya di sebelah aku sambil berbaring.

Wajahnya aku pandang seketika sebelum mematikan phone.

"Kau kata benang merah tu sambung dua orang yang dah memang jodoh, kan?" dia mengangguk.

"But, what if, ada couple ni, sweet semacam, care each other, show affections and macam-macam, but, benang yang terikat kat diorang tak bersambung?"

Soalan aku buat dia sunyi seketika. Aku nampak dia pandang wajah aku dengan satu pandangan yang berat. Dia macam terkesan dengan soalan tu, mungkin?

"Easy, tu maksudnya, diorang berdua tak ditakdirkan bersama, nanti diorang akan berpisah juga and jumpa orang baru, yang mungkin satu lagi persinggahan atau the true one," jawabnya selepas beberapa ketika.

Takditakdirkan bersama eh? Jadi, apa yang aku fikir selama ni betullah. Tapi macammana aku nak beritahu dia? 

The Miracle of Red StringTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang