抖阴社区

BAB 35

212 23 1
                                        

Nayla sibuk menumpukan perhatian pada skrin televisyen. Tangan tak henti mencapai keropok di dalam plastik lalu disumbat ke dalam mulut tanpa mengalihkan mata. Tengah tengok orang bergaduh ni, tak boleh terlepas pandang. Mana tahu tiba-tiba perempuan tu kena lempang ke.

Notifikasi dari telefonnya dibiarkan. Ala sekali sekala jadi late replier tak apa. Buat apa jadi fast replier lepas tu orang balas lambat juga. Buat sakit hati je kadang-kadang tu.

Televisyen dihentikan apabila menyedari nama Aniq yang terpampang di skrin telefon. Sayang Aniq, sayang lagi drama. Laju saja dia membuka dengan jari manis. Ibu jari dan jari telunjuk dijilat licin lalu dilap pada seluar. Pengotor punya Nayla. 3 video yang dihantar itu di download dengan penuh sabar. Tak adalah lama mana pun. Tak sampai 15 saat dah habis download. Message di bawah video dibacanya.

Tak sedap tapi boleh simpan buat pekasam.

Tak apa, kejap lagi kita kutuk tak sedap. Dia berjalan laju masuk ke dalam bilik dan earphone dicapai. Dengar cenggitu je tak ada feel. Earphone ni dari telinga turun ke hati ha gitu.

"Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu, dalam hidupmu"

Bibir merahnya spontan ternaik. Suara Aniq dengan lagu sendu, sangat sesuai. Tolonglah, waktu kecil dia makan apa sampai sedap macam ni?

"Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku"

"Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya"

Matanya tiba-tiba saja bertakung di tubir mata. Entah kenapa, dia rasa sebak. Mungkin nada Aniq yang rendah membuatkan dia berasa sendu.

"Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja"

Habis saja petikan gitar, whatsapp berhenti memainkan videonya. Dia menyeret jari ke tepi, ingin mendengar video yang kedua. Baru saja gitar yang berbunyi tetapi sudah membuatkan dia cair begitu saja. Air mata palsu dilapnya. Terharu dengar suara emas Aniq.

Hanya suku yang didengari, kemudian dia kembali ke ruangan chat. Nak dengar semua nanti Aniq kena bluetick terus sebab dia asyik ulang-ulang dengar.

Dah kenapa menyanyi lagu sendu malam-malam ni. Nak kutuk kata tak sedap pun, tak dapat menafikan suara anda sangat sedap.
Pastikan saya je dengar awak nyanyi! Tak ada perempuan lain yang dengar. Kalau tak saya siku siku awak.

Panjang dia taip sebelum butang send ditekan. Bluetick. Lama pula tu dibiarkan messagenya berlalu sedangkan masih lagi online.

Tak janji.

Wow dah pandai ya kamu. Celup dalam sungai penuh buaya baru tahu. Baru saja ingin menyerang, satu lagi message naik.

Saya nak nyanyi dekat budak yang iras muka awak akan datang. Nanti dia panggil awak umi.

Telefonnya terus saja dibalikkan. Wajah yang mula merah ditekup pada katil. Apa ni, main serang aje. Tak aci betul. Sekali makan, berapa kilo gula dia ambil ni? Bagi satu je tapi manis dia, Ya Allah menusuk ke jantung.

Badannya digolek membuatkan mukanya berada di bawah bilah kipas yang sedang mengejar satu sama lain. Bibir dikemam erat tidak mahu senyum, namun gagal. Dia malah makin lebar sehingga tersengih bak orang gila.

Bayangkan dia sudah selamat diijabkabulkan dengan Aniq. Hari-hari dia diisi dengan gelak tawa mereka. Rumah diisi dengan suara mereka berdua. Berdua saja sudah riuh, apatah lagi bertiga, berempat dan seterusnya.

Dia Untukku (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang