Kedua belah kening Aniq dijongketkan beberapa kali. Nayla meletakkan kembali rantai itu ke dalam kotak dengan sengihan. Kotak di kerusi batu sebelah diambil dan diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan kotak tersebut ditolak sehingga sampai di depan Aniq.
Tangan kembali diseret ke diri sendiri dengan bibir yang dikemam. Jari tangan di bawah meja dimainkan.
"Maaflah, saya tak kaya macam awak. Tak mampu yang beli barang mahal-mahal. Itu pun saya beli sendiri barang yang diperlukan, lepastu saya buat sendiri," Nayla menunduk bermain jari.
4 hari 4 malam dia nak buat semua tu. Cari barang, potong-potong kertas, tulis, nak gulung lagi, masuk dalam botol lagi. Belum kira yang dia dah tulis tiba-tiba koyak dan nak cek satu-persatu kertas yang ada. Nasib baik Adli baik nak tolong dia potong dan cek. Adalah juga sekali dua dia kena gelak dengan Adli sebab ayat cringe yang amat. Tak, banyak kali sebenarnya.
"Ini awak minta maaf? Saya rasa inilah yang paling bermakna berbanding dengan hadiah saya," Aniq tersenyum lebar melihat botol lutsinar yang dipenuhi dengan gulungan kertas kecil berwarna-warni. Nampak riak gembira di wajahnya. Nayla yang melihat itu turut tersenyum. Terasa gembira apabila hasil kerjanya dihargai.
"I think I'm gonna like it. Wait, no. I'm gonna love it," Aniq yang masih dengan senyuman memandang ke arah Nayla.
"Baguslah kalau awak suka,"
"Tapi kenapa sehari satu je? Banyak kot kertas awak buat. Mahu setahun baru saya habis semua," Aniq membelek botol kaca yang tingginya serupa botol Tupperware 310ml dan sedikit lebar. Ini bukan setahun ni, 2 tahun rasanya.
"Banyak awak punya setahun. Saya buat tak sampai 200 pun rasanya. Lagipun sehari satu lah bagus. Kalau awak tengah stress, awak ambil satu lepas tu baca. Kan tenang hati tu,"
Mengada je kau ni Nayla. Sejak bila jadi cringe ni? Kembalikan Nayla Qistina yang dulu. Yang sekarang ni macam tak bijak pun ada juga.
"Makasih mbak... Akanku baca baik-baik," ujar Aniq dengan slang indon nya.
"Boleh ambil sekarang ke?" Nayla mengangguk. Aniq membelek botol seolah mencari targetnya.
"Reasons why i love you. Tak naklah, tak best,"
"Macam best je kuning ni. To cheer your day,"
Nayla menahan diri dari tergelak. Apa bendalah yang diomelkan oleh Aniq ni. Nak pilih pun susah ke. Baru hari pertama, hari-hari akan datang nanti tak tahulah.
"Ambil birulah,"
"Biru, means.... Proof that i love you,"
" 'My memory loves you. It asks about you all the time'. Aww comelnya," Aniq memandang Nayla dengan senyuman. Terasa panas pipi Nayla menerima pujian tersebut. Aku memang comel lah, baru tahu ke.
"Tak payahla baca kuat-kuat. Saya tahu apa yang saya tulis," haih sebelum ni penat senyum, kali ni penat pipi merah pula. Akan datang penat apa pula.
Aniq kembali menyimpan semula botol kaca tadi. Kotak-kotak dimasukkan ke dalam beg kertas.
"Saya bukan nak spoil your mood ke apa, tapi kenapa dulu awak tak report polis hal Ammar tu? Dia membahayakan, tahu tak. Tambah-tambah sekarang ni dia muncul balik lepas bertahun benda tu berlaku. Saya risau tahu," Aniq mula menjadi serius. Dia berpusing betul-betul menghadap Nayla.
"Bukan tak nak, cuma saya malu. Malu kalau ada yang tahu Ammar tu macam tu. Ya, maruah saya tercalar teruk. Semua kawan sekolah saya tahu saya kena rogol, tapi mereka fikir pembuatnya orang luar. Saya tak naklah nama saya rosak, kemudian saya rosakkan lagi nama orang yang buat saya,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Untukku (C)
RomanceYou drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadi...