_____
Girls need attention.
_____
Taman yang ramai orang dipilih oleh Nayla untuk duduk melepak dengan Insyeerah dan Sarah. Yang berboraknya cuma Insyeerah dan Sarah saja. Nayla sibuk termenung, pandang sekelilingnya. Sedikit pun tak dengar apa yang mereka borakkan apatah lagi bercakap.
Nayla nampak je macam termenung, tapi otaknya penuh berfikir, tambah lagi dengan sakit hati. Mana orang tak sakit hati. Dalam kereta dia orang berborak sakan, dia dekat belakang macam tak wujud je. Ada pun, Aniq yang duk jeling-jeling dari cermin. Pandang jelah belakang terus. Nak menyorok-nyorok pula. Nampak snagat cover depan Batrisya.
Itu satu hal. Benda lain yang dia sedar, panggilan tu. Orang lain semua panggil Bat, Kak Bat, Batrisya. Aniq je yang panggil Risya. Lagi sakit hati. Eh aku dengan kau pun tak ada panggilan khas, kau panggil dia nama yang orang lain tak panggil. Geram ni geram.
"Kau fikir apa, Nayla? Tengok gaya macam berat je masalah yang kau fikir," Insyeerah cuba menarik Nayla dari terus berfikir.
Nayla apa lagi. Kalau dah kawan baik tanya, mana dia nak menyorok lagi. Nanti kena kejar dengan tiang elektrik baru tahu.
"Aku adalah kenal seorang perempuan ni. Dia-"
"Dia suka dekat tunang kau ke?" laju Sarah menyoal. Nayla mengangguk laju kemudian menggeleng. Mana satu ni. Betul ke tak.
"Nak kata dia suka, Aniq pun layan dia dengan cara yang sama. Perempuan tu aku tak kisah sangat, Aniq tu. Aku adalah dengar dia orang borak hari tu. Sejak tu, aku rasa lain. Aku... Entahla. Tak tahu nak cakap macam mana,"
"Dia berubah?"
"Sikit? Dia okay je, cuma aku rasa dipinggirkan. Rasa macam perempuan tu lagi penting dari aku walaupun memang betul dia lagi penting," Nayla meneguk air mineral di tangannya. Penat cakap banyak.
"Maksud kau? Aku tak fahamlah. Cuba cerita satu-satu," berkerut dahi Insyeerah ingin memahami cerita Nayla. Kejap itu kejap ini siapa je faham.
"Kalau tak faham tak apalah. Aku malas nak cerita sebenarnya. Tak ada mood," lutut dinaikkan dan dipeluk. Memandang sekeliling seperti tadi. Ini bukan termenung, memang betul-betul memerhati.
Memandangkan hari ini adalah hari minggu, jadi tak mustahil taman penuh dengan manusia. Ada yang keluar dengan keluarga, ada juga yang berdua dengan pasangan. Malah kawan-kawan seperti mereka pun ada.
Mereka datang untuk meluangkan masa bersama di samping mengeratkan hubungan. Buang segala masalah, yang ada ketika ini hanyalah kegembiraan.
Tapi dia, datang taman ke tak datang, sama saja. Masih lagi memikirkan masalah. Dah hampir 4 hari dia minta bersendirian. Aniq nampak macam tak kisah je. Mesti tengah bergembira. Yelah, langsung tak cari dia. Nampak sangat dia memang betul-betul tak penting. Batrisya tu je yang penting.
"Macam manalah aku boleh jatuh cinta dekat kau,"
Ah! Ayat tu. Benci betul dia dengar. Memang dia orang ni betul-betul adik-beradik angkat ke? Kenapa ayat macam ex girlfriend ex boyfriend ni. Nak berjatuh cinta bagai.
Membuatkan dia yang sakit hati bertambah sakit hati bila ingat bahawa ayat yang didengarinya itu adalah dari mulut Tengku Aniq Hayqal sendiri.
Perlukah untuk dia tak percaya? Aniq sendiri yang datang merisik dia, Aniq juga yang kata bahawa dia akan tunggu Nayla, ke mana semua tu? Kenapa perlu sebut ayat 'jatuh cinta' itu kepada orang lain?

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Untukku (C)
RomanceYou drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadi...