抖阴社区

CIKLET: Jadi Milikku, Tiga

223 3 0
                                        

FaceSpace.com

ANIA NATASHA FARREL

Age: 17

Relationship status: Single

Education: Chamberlain Institute (present)

Location: Kuching, Malaysia


Ania menghalakan mouse pointer ke link profile Ezane. Matanya tidak berkelip merenung gambar terbaru Ezane yang kini sudah botak. Semakin bertambah pula kacak jejaka itu. Entah mengapa jantungnya bergetar hebat. Ezane kelihatan seksi dalam gambar itu, dengan senyumannya yang sinis dan sepasang anak mata hitam yang bersinar, berlatarkan pemandangan waktu malam kota Amsterdam. 

Jatuh hati? Mungkin. 

Ania mengeluh. Dia sudah bersedia dengan jawapan untuk Ezane, tapi Ania belum bersedia untuk memberitahu Ezane. Setiap kali dia hendak memberitahu Ezane, perasaannya berbolak-balik. 

Jam di dinding dilihat sekilas. Pukul sembilan malam. DIa mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Ezane, berharap yang jejaka itu masih menggunakan nombor yang sama. Agak lama Ania menunggu di talian, baru sahaja dia hendak berputus asa, panggilan dijawab. Terdengar suara Ezane tergelak di hujung talian. Ania menghempaskan tubuhnya di atas sofa, bibirnya digigit. 

"Busy ke?" tanya Ania. Di ruang matanya, Ania cuba membayangkan Ezane di saat ini. Pasti sedang melepak bersama rakannya, seperti malam-malam yang lain. Ke mana agaknya Ezane malam ini ya?

"Tak adalah. Just lepak-lepak je. Kenapa?"

Sepi. 

"Nina?" panggil Ezane lembut, setelah beberapa ketika gadis di hujung talian membisu. 

"Zane, ingat tak about the question you asked me a few weeks ago?" ujar Ania. Tekaknya terasa kering. Gugup! Suara Ania bergetar, jantungnya berdetak laju. Ania memejam matanya rapat. 

Tolonglah, janganlah aku syok sendiri!

"Oh, yang offer jadi girlfriend tu? It's okay. Take your time. Saya boleh tunggu," balas Ezane kedengaran agak selamba. Mata Ania membulat. Eh, biar betul dia ni selamba betul?

"No. Saya nak bagitau jawapan saya."

"So, apa jawapan awak?" Ish, selamba kataknya???

Ania menarik nafasnya dalam. "Yes," ujarnya.

Di hujung talian, Ezane tersenyum lebar. Gadis itu sudah jatuh ke tangannya! "Okay, saya balik karang, saya call awak semula. Boleh? I got to go. Bye."

"Bye."

~~

Sudah sebulan dia bergelar girlfriend kepada Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran. Yearp. That is his full name. Quite a mouthful. 

Namun, dalam masa sebulan itu, Ania dan Ezane masih belum pernah bersua muka. Ania cuma boleh membayangkan rupa Ezane di hadapan matanya. Mereka juga jarang berhubung. Seolah-olah tiada apa di antara mereka. Selalunya, Ania akan mendapat wake up call dari Ezane. Selepas itu, Ezane akan menghilang buat beberapa jam sehinggalah tamat sesi persekolahan Ania pada pukul 3.30 petang. 

Situasi sebegitu amat asing untuk Ania. Sebelum ini dia akan ditemani mesej dari semua ex-boyfriendsnya. Tidak boleh dinafikan, adakalanya Ania berasa sunyi apabila saat-saat yang Ania ingin berkongsi dengan Ezane tidak dapat dikongsi bersama. Dengan keadaan sebegitu, Ania tidak punya peluang untuk mengenali Ezane dengan lebih. Dia cuma tahu nama, tarikh lahir Ezane. Itu sahaja. Selebihnya, apa yang dia tahu tentang Ezane adalah seperti mereka rakan sahaja, tidak lebih dari itu. Tiada yang intim. 

CIKLET: Jadi MilikkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang