Ezane menekan skrin telefon bimbitnya. Sudah beberapa kali nombor itu cuba ditelefon namun tidak berjawab. Rambutnya diraup ke belakang. Lantas kaki Ezane melangkah laju ke bilik tidur di sebelah biliknya. Tanpa diketuk, pintu bilik itu dikuak luas. Eh? Kosong?
Kini, nombor Kid pula yang menjadi mangsa untuk ditelefon. Bunyi deringan kedengaran buat beberapa ketika. Ezane menarik nafas lega saat panggilannya berjawab. Belum sempat dia berkata apa-apa kepada Kid, terdengar terlebih dahulu bunyi gelak tawa seorang gadis di hujung talian. Ezane terlalu kenal tawa itu milik siapa.
"Iyeah?" terdengar suara Kid menyapa di hujung talian, akhirnya.
"Nina with you?"
"Ya. Nak hantar dia balik rumah ni. Kenapa?"
"Kenapa Adrin tak bagitau Aidan dulu?" bantah Ezane, agak berang. Ezane mendengus.
"Lah. Dah Nina yang suruh tolong hantarkan dia, Adrin hantar ajelah. Nak tunggu Aidan, memang lambat lah lagi. Kesian dia tunggu."
"I want to talk to her," ujar Ezane keras. Terdengar bunyi telefon bimbit bertukar tangan.
"Speaking," kali ini terdengar suara Ania yang agak ceria di hujung talian.
"Kenapa tak tunggu saya balik?"
Terdengar Ania mendengus. "You had your time with Yaya. Why do you need me?" ujar gadis itu. Belum sempat pun Ezane hendak menjawab, talian tiba-tiba senyap. Skrin telefon dilihat. Gelap. Ania sudahpun memutuskan panggilan tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.
~~
Ania menyandang sling tote bag koleksi terbaru Burberry ke bahu yang dilapisi pin-striped blazer Granoff berwarna senada dengan pleated skirt Chamberlain Institute, dipadankan dengan kemeja lengan pendek berwarna putih Paul Smith. Rambutnya sekadar diikat satu pada hari itu.
Pintu BMW Z4 ditutup, dan butang kunci ditekan sebelum kakinya yang disarung snake skin ballerina flats Tod's, dilangkahkan menuju ke bangunan utama Chamberlain Institute. Sesekali tumbler biru Starbucks yang berisi vanilla latte dihirup perlahan. Ania menarik nafasnya dengan dalam, cuba untuk menaikkan semangatnya untuk menempuh kelas pertama pagi itu.
Oh, Maths. Fuck you, Maths. On a friggin Monday morning. Fuck you.
Ania leka membelek telefon bimbitnya seraya berjalan menuju ke kelas. Ada pesanan ringkas dari Natalea mengatakan yang dia akan menunggu Ania di dalam kelas, tidak perlu ke loker. Namun tidak ada pesanan ringkas atau panggilan dari Ezane.
Langkah Ania terhenti tatkala tubuhnya dihalang dari masuk ke kelas oleh lengan yang dilapisi kemeja lengan panjang berwarna biru gelap Salvatore Ferragamo. Terasa menusuk haruman Armani Code Men ke rongga hidung Ania.
Jelingan tajam dihadiahkan kepada pemilik lengan yang bernama Adwin Aleef itu. Ditolak lengan itu ke bawah, agar dia bisa melangkah masuk ke dalam kelas. Namun pantas Adwin Aleef menghalang Ania dari melangkah sekali lagi menggunakan tubuhnya, dengan berdiri tepat di hadapan gadis itu. Ania mengangkat wajahnya agar matanya dapat melihat tepat ke anak mata Adwin Aleef, direnung tajam.
Adwin Aleef tersenyum lebar, langsung tidak terkesan dengan renungan tajam Ania yang mampu menggegarkan jantung mana-mana lelaki lain. Tetapi tidak Adwin Aleef. Dia sudah terlalu terbiasa dengan Ania. "Had a nice Friday night?" tanya Adwin Aleef dengan nada yang mengusik.
"Oh, shut up, Alee," balas Ania terasa agak janggal. Adegan malam Jumaat lalu bermain di mindanya. Masih seperti segar dalam ingatan, walaupun agak samar.
'Alee, you better shut up or I'll kill you,' gumam Ania di dalam hati.
"Hey, I'm not mad at all. Not even criticising you one bit. I puji ni tau! You still got it, Nina," ujar Adwin Aleef, berbisik ke telinga Ania yang dihiasi diamond studs Cartier. Adwin Aleef dapat menghidu haruman Armani Mania yang dikenakan Ania. Sempat Adwin Aleef mengerling sekilas ke arah jam tangan Jaeger-Lecoulter, dia masih punya beberapa minit lagi sebelum kelas bermula.

ANDA SEDANG MEMBACA
CIKLET: Jadi Milikku
RomanceAku sedang menanti dirimu untuk memeluk diriku bila kau merasakan kau perlukan diriku. Aku mahu menjadi destinasimu bila kau tidak tahu arah tujumu. Aku rasakan seperti kau terlalu hampir denganku, tetapi aku masih belum menjumpaimu, belum tahu na...