Ania berbaring di atas sofa di dalam biliknya sambil membelek-belek majalah Malaysian Tatler edisi terbaru. Namun, helaian majalah itu hanya dipandang kosong, mindanya menerawang, lihat berfikir tentang makan malam dia bersama Ezane semalam. Ania sendiri sebenarnya tidak pasti jika dia telah membuat keputusan yang betul, atau dia cuma tergesa-gesa kerana desakan Ezane yang enggan berputus asa mahupun memberinya ruang untuk bernafas.
Naluri Ania seperti mengatakan yang keputusannya itu kurang tepat. Ania sebenarnya masih tidak pasti agenda Ezane sebenar. Adakah lelaki itu benar-benar sudah berubah? Bukannya Ania tidak tahu, modus operandi Ezane sebelum ini. Sebelum bersama Ania dahulu, kalau Ezane mahu mengelak dari didesak perempuan yang baru ditinggalnya, pantas sahaja dia mengajak perempuan seterusnya untuk menjadi girlfriendnya.
A revolving door of girls was what he operated. Seorang melangkah keluar, seorang lagi masuk. Like clockwork.
Jadi, adakah Ezane mahu kembali bersama Ania kerana perasaannya yang luhur seperti yang dia katakan, atau kerana dia nak memulangkan paku keras kepada Ania? Atau semua ini ada kena mengena dengan Erwinn?
Terasa meremang bulu roma Ania tatkala teringat nama Erwinn. Ugh, just no.
Ania melepaskan nafasnya, berat. Majalah diletakkan di atas meja sisi. Jam tangan Rolex yang dihadiahkan Tuan Malique Farrel dikerling sekilas. Baru sahaja menginjak ke pukul 10.30 pagi, di hari Sabtu. Awal pagi sudah dia bangun, menuju ke gym yang ada di rumah. Selesai cardio workout, Ania melakukan sedikit senaman Yoga sebelum terjun ke dalam kolam renang. Fikirnya semua itu boleh mengalihkan mindanya dari Ezane, namun Ania tetap gagal melakukan sedemikian.
Ketukan di pintu bilik mematikan lamunan Ania. "Nina, brunch is ready. Cepat sikit. Kita ada tetamu," terdengar suara Puan Zarine di luar pintu.
"Okey!" jawab Ania lantas menuju ke dalam walk-in closet miliknya, membelek dirinya di dalam cermin besar. Tubuh yang mengenakan shorts Alexander Wang dan tshirt Brunello Cuccinelli dirasakan cukup sesuai. Rambutnya yang berombak dibiarkan lepas bebas.
Ania melangkah menuju ke ruang deck patio belakang, cuping telinganya menangkap suara gelak tawa di ruangan itu di kejauhan. Langkah Ania termati saat kakinya menginjak ke ruang patio. Mata Ania tidak lepas dari memandang sekujur tubuh yang kasual mengenakan jeans Calvin Klein dan tshirt putih Ralph Lauren. Terlihat wajah Ezane yang sedang tersenyum lebar ke arahnya, dengan sekeping bagel di dalam tangan. Mata Ezane merenung ke arahnya.
"Hmm...Nina. There you are. Come, sit. Lama dah Ezane tunggu," ujar Tuan Malique Farrel.
Ania mengetap bibir. Kakinya melangkah longlai menuju ke meja di patio yang penuh dengan seleksi makanan dan minuman. Ezane bangkit dari tempat duduknya untuk menarik kerusi di sebelahnya untuk Ania, mengisyaratkan yang Ania harus duduk di situ. Ania tersenyum kelat. Nak tak nak, Ania perlu berlakon di hadapan kedua orang tuanya.
Ania duduk, tangannya mencapai segelas jus. Baru sahaja dia hendak meneguk jus, Ania terkejut tatkala merasa tangan Ezane diletakkan di atas pahanya di bawah meja. Diusap lembut paha Ania. Ania menoleh ke sisi, menghadiahkan satu renungan tajam kepada Ezane. Ezane sekadar membalas renungan Ania dengan seulas senyuman nakalnya.
"What are you trying to do?" desis Ania tatkala menyedari Tuan Malique Farrel dan Puan Zarine sedang leka dengan perbualan mereka sendiri. Tangan Ezane yang masih di paha, dicubit.
Tidak sempat Ezane memberi reaksi kepada cubitan Ania itu, Tuan Malique Farrel terlebih dahulu mencelah. "Macam mana study sekarang, Ezane? Everything going smoothly?" tanya Tuan Malique Farrel.
"Macam biasalah, Uncle. Ada subjects yang senang, ada yang susah. Lepas habis semester ni, ada internship. But as of now, everything is alright," jawab Ezane selamba. Sempat pula dia menghadiahkan satu jelingan ke arah Ania. Ania pura-pura tidak nampak.

ANDA SEDANG MEMBACA
CIKLET: Jadi Milikku
RomanceAku sedang menanti dirimu untuk memeluk diriku bila kau merasakan kau perlukan diriku. Aku mahu menjadi destinasimu bila kau tidak tahu arah tujumu. Aku rasakan seperti kau terlalu hampir denganku, tetapi aku masih belum menjumpaimu, belum tahu na...