Sarah mencantas dahan-dahan pokok bunga kertas yang ditanamnya. Baru dua minggu tidak diladeni, sudah nampak tak terurus taman mininya itu. Nasib baik dia dapat cuti sehari. Jika tidak entah apa jadi pada pada taman mininya itu. Hendak harapkan Taufiq, lelaki itu sibuk dengan kertas kerja dan kajiannya.
"Assalamualaikum." Fokus Sarah teralih. Seorang wanita yang nampak muda dalam lingkungan dua puluhan berdiri di hadapan pagar rumah Sarah. Serta-merta senyum manis Sarah terukir buat wanita itu.
"Waalaikumussalam." Sarah menjawab salam yang dihulurkan. Dia kini menghadap wanita tersebut.
"Ini Maryam Hana ke?" Pintu pagar divuka sambil Sarah bertanya.
"Iya saya. Maaf saya lambat sikit harini. Anak tak sihat. Patutnya lepas Subuh tadi saya sampai dah." Wanita yang mesra dipanggil Maryam melalui perbualan atas talian mereka semalam menunduk beberapa kali.
"Eh tak apa. Ya Allah, anak macam mana? Sihat dah?" Sarah bertanya. Tidak enak pula sekiranya pembantu rumah barunya itu terpaksa meninggalkan anaknya yang sakit demi kerja.
"Alhamdulillah elok sikit tadi saya hantar pada jiran. Jiran saya memang jaga budak. Maaf ye Puan." Maaf meluncur lagi dari dua ulas bibirnya.
"Ya Allah tak apa lah. Anak awak sakit kan. Lain kali bawa je anak tu sekali. Rumah saya pun bukan ada budak. Kalau ada budak sorang tak runtuh lagi in shaa Allah." Sarah menggamit wanita itu masuk bersamanya. Maryam hanya menurut.
"Lagi satu, tak payah panggil saya Puan. Panggil kak je. Saya sebenarnya tak expect awak semuda ni. Before this Kak Zaitun yang jadi housekeeper saya." Maryam masih tekun mendengar.
"Baik Kak Sarah." Sarah tersenyum. Maryam nampak segan-segan lagi dengan dia.
"Awak tahu dah ke jobscope awak?" Sarah bertanya. Semalam dia hanya sempat bertanya khabar saja dengan wanita ini; maklumlah Kak Zaitun pun berhenti tiba-tiba. Maryam ni pun Kak Zaitun cadangkan. Anak saudaranya katanya.
"Kak Sarah jangan risau, Mak Cik Zaitun dah bagitahu saya semua benda. Apa yang Kak Sarah suka, suami Kak Sarah tak suka. Rutin macam mana. Pantang larang." Maryam menjawab dengan yakin.
"Baguslah kalau macam tu. Awak jangan anggap saya majikan awak tau. Anggap je saya ni macam kakak atau kawan awak. Boleh?" Sarah memberi arahan dengan jelas. Dia tak mahu Maryam berasa tidak selesa walaupun wanita itu hanya housekeeper.
"Baik kak. Saya mula kerja ye?" Sarah mengangguk. Dia membiarkan Maryam ke dapur.
Sarah menapak mendaki tangga naik ke bilik. Tangan dibawa mencapai rak buku fiksyen yang terdapat di satu sudut bilik utama sebelum balkoni dia tuju. Dia duduk di kerusi meja kopi.
Sejak dia memulakan tempoh latihan sebagai pakar, Taufiq memang mengupah housekeeper yang akan datang ke rumah setiap tiga kali seminggu. Memandangkan Taufiq dan Sarah masing-masing sibuk, mereka tak mahu pula rumah tunggang-langgang. Lagipun Taufiq mampu. Tak perlu Sarah minta; Taufiq awal-awal tegaskan yang itu tanggungjawab dia sebagai suami. Sarah hanya buat kalau Sarah ihsan.
Sarah bersyukur dikurniakan suami seperti Taufiq. Sangat memahami dan bertimbang rasa. Tak perlu setiap hari dengar nada romantis pun dia dapat tahu yang Taufiq masih sayangkan dia selepas sepuluh tahun mereka berumah tangga. Taufiq bukannya jenis yang sayangkan isteri buta-buta saja. Kalau Sarah ada salah di mana-mana, Taufiq akan betulkan dengan berhemah.
Ketenangan suasana diragut deringan telefon bimbit Sarah. Sebagai refleks, Sarah meninggalkan penanda pada muka surat terakhir bacaannya sebelum menyeluk poket seluar yang dipakainya.
Senyum terlakar di bibir memandang nama suaminya terpapar di skrin telefon.
"Assalamualaikum cinta hati pengarang jantung dan pemilik syurga Sarah." Sarah laju-laju sapa Taufiq sebelum sempat dia dengar salam dari hujung sana.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...