抖阴社区

Story cover for TAKDIR | NOVEL [C] by rsya_rose
TAKDIR | NOVEL [C]
  • Reads 58,607
  • Votes 2,694
  • Parts 54
  • Reads 58,607
  • Votes 2,694
  • Parts 54
Complete, First published Sep 13, 2022
"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI.

"Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SITI SARAH .

Kiriman emel oleh pensyarah muda berkelulusan Mesir yang mengandungi lamaran terhadapnya bagaikan mimpi bagi seorang Sarah. Apatah lagi lelaki itu mempunyai ciri-ciri bakal Zauj idaman segenap wanita.

Sarah yang baru menapak ke tahun kedua pengajiannya di IIUM menyerahkan segalanya kepada Allah dan ibu bapanya. Mereka akhirnya diikat dalam satu akad.

Sarah yang pemalu. Sarah yang masih bertatih dalam proses hijrah. Sarah yang sukar meluahkan isi hati. Sarah yang sering menyendiri dalam jatuhnya.

Dr. Taufiq yang berakhlak dan baik hati. Dr. Taufiq yang tak pernah bosan membimbing Sarah. Dr. Taufiq yang menjadi penghapus air mata Sarah. Dr. Taufiq yang tak pernah penat menjadi bahu tempat Sarah bersandar.

Kisah cinta mereka mula mendatangkan putik-putik kasih dan sayang kerana Allah.

"Mana Allah masa saya perlukan DIA? Kenapa saya dapat semua ni? Mana pertolongan Allah di kala saya hampir mati bertarung sendiri?" - SITI SARAH

"Takdir Allah yang paling cantik. Allah kan Maha Baik. Jangan berputus asa selagi saya ada dengan awak, Humaira." -DR MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI
All Rights Reserved
Sign up to add TAKDIR | NOVEL [C] to your library and receive updates
or
#78malaysia
You may also like
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
63 parts Complete
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
44 parts Complete
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
33 parts Complete
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
Ma Ch茅rie - My Dear One by tyracaramel
9 parts Ongoing
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toksik di dalam keluarganya sendiri. Rasa nak lari. Rasa nak bunuh diri! Haidar Iskandar hampir berputus asa. Namun, pertemuan semula antara Haidar Iskandar dengan Arabella Isabel memberi cahaya baru dalam hidup mereka. Peluang baru untuk mereka teruskan kehidupan bersama. Melayari bahtera baharu yang dibina lebih kukuh berbanding sebelum ini. "Ara, please. Marry me again!" - Haidar Iskandar "Apa jaminan awak yang saya akan selamat dari kakak awak?" - Ara "Saya sanggup bunuh kakak saya sendiri kalau perlu. Itu yang sepatutnya saya buat dari dulu. Saya gagal lindung awak, Ara. But this time.. Please let me protect you." - Haidar Kasih Haidar dipertaruh. Tujuan Arabella mengahwini Haidar kali ini bukan demi cinta semata, malah demi keadilan untuk ibubapanya yang harus diperjuangkan. Rumahtangga yang bakal dibina, Haidar Iskandar sanggup merisikokan nyawanya sendiri walaupun dikhianati. Tetap utuh melawan dunia yang melarang hubungan mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri. "Kalau itu hukuman Ara untuk abang, Ara hukumlah abang. Cuma, Ara jangan minta abang lepaskan Ara. Sakit, sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan Ara.." - Haidar Iskandar "Bunuh saya kalau perlu, Haidar. Itu yang mereka nak selama ni. Kill me, Haidar!" - Arabella Isabel Demi cinta dan keadilan, Arabella sanggup menerima segala cemuhan, hinaan dan penderaan dari keluarga mentuanya. Persoalannya, sampai bila Arabella bakal bertahan? Adakah rumahtangga mereka bakal runtuh seperti sebelumnya? "Kau sentuh isteri aku sekali lagi, aku memang tak akan lepaskan kau. Aku bersumpah!" - Haidar Iskandar "Mungkin ini takdir kita." - Arabella Isabel
Merinduimu Bukan Sederhana by karyaseni2u
16 parts Complete
[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali. "Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya "Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir Hakimi Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan. "Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi "Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie Tsuraya Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir Hakimi Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?
Takdir Yang Kembali | Editing by nerinenoir
14 parts Ongoing
Dua tahun selepas lafaz yang memisahkan mereka sebagai suami isteri, Sayf dan Nufa bertemu semula di kota Alexandria. Bukan secara kebetulan tetapi kerana takdir yang belum selesai ditulis. "Abang tahu abang tak sempurna tapi kalau Allah masih beri abang peluang untuk belajar mencintai dengan cara yang diredai-Nya, abang nak." -Sayf Arsalan "Kalau kita betul-betul sayang, jangan dikurung dalam sangkar. Lepaskan. Biar dia terbang bebas. Kalau dia pulang, itu rezeki kita. Tapi kalau dia tak kembali... mungkin itu ujian." -Nufa Elnaura Di saat mereka mula merangkai kembali serpihan harapan, ujian datang bertalu. Satu musibah mengubah seluruh hidup Nufa. Namun, Sayf memilih untuk tetap menunggu, meski harus menahan pedih yang tak terucap. "Abang takkan pergi, Nufa. Kalau ini takdir kita, abang rela terluka... asalkan bukan kerana menyerah." - Sayf Arsalan "Kehadiran saya dalam hidup abang hanya menyusahkan. Dan sekarang... saya bukan perempuan yang sempurna pun. Apa lagi yang tinggal?" - Nufa Elnaura Dalam masa yang sama, ibu Sayf tetap dengan pendiriannya. Bagi Puan Mariam, cinta Sayf kepada Nufa adalah kelemahan dan kelemahan itu mesti diputuskan, walau dengan mempertaruhkan hubungan darah demi membunuh satu cinta. "Kalau Sayf tetap pilih dia, pergilah. Tapi jangan harap mama akan restu. Jangan harap mama akan pandang Sayf lagi." - Puan Mariam "Mama tahu Sayf cintakan Nufa sejak dulu dan sekarang. Mama juga tahu Sayf sayangkan mama... sampai sanggup butakan mata, tulikan telinga waktu mama hina perempuan yang Sayf cinta." - Sayf Arsalan Sayf kini terperangkap antara dua cinta. Seorang ibu yang melahirkannya dengan nyawa dan seorang wanita yang mengajarnya erti kehilangan dan ketabahan. Mampukah Sayf melangkah semula ke dalam cinta yang pernah mereka kuburkan bersama? Atau takdir itu hanya mempertemukan mereka untuk mengajarkan erti redha dan perpisahan?
Dia Untuk Aku by karyaseni2u
15 parts Complete
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees "Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq "Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees "Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - Taufiq Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq "Saya bukan perempuan baik..." - Johanees Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.
You may also like
Slide 1 of 9
TERNYATA HANYA KAMU(C) cover
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] cover
Terkecuali : Mikael cover
Adakah Masih Ada Kita (Completed) cover
Ma Ch茅rie - My Dear One cover
Cinta Dari Iblis cover
Merinduimu Bukan Sederhana cover
Takdir Yang Kembali | Editing cover
Dia Untuk Aku cover

TERNYATA HANYA KAMU(C)

51 parts Complete

Perkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak seindah yang disangka. Apa yang terjadi apabila rasa cinta mula pudar yang hanya ada rasa sesal dalam sesuatu hubungan. Kerana kesibukkan HARRAZ EMIR hampir melupakan tanggungjawabnya kepada sang isteri TIA ARALYN. TIA ARALYN menanti untuk dilepaskan oleh HARRAZ EMIR namun ada satu takdir yang menarik mereka kembali bersama mengharungi satu takdir yang kembali menyatukan mereka. Membawa diri jauh dari sang suami...TIA ARALYN cuba melupakan HARRAZ EMIR namun ada saja takdir yang mendekatkan dirinya dengan suaminya itu.. "Aku lepas semua pergi,Bukan kerna aku benci..Tapi kerna ku terlalu mencintai"_TIA ARALYN. "Ternyata hanya kamu tempat untuk hatiku.."_HARRAZ EMIR. Start:-25/9/2022 End:-22/3/2023 -bukan penulis yang bagus-