抖阴社区

PS: 02

25 3 0
                                    

DENGAN pantas aku menulis setiap butir bicara yang pensyarah sedang bincangkan. Sesekali aku mengerling pensyarah wanita yang petah menyebarkan ilmunya. Sambil dia menerangkan ilmunya, dia menunjukkan contoh di slide yang sedang ditayangnya. Aku mengurut bahagian tengah mata yang menyengat rasanya. Tanpa sedar aku mengeluh kecil.

Semenjak tiada kaca mata ini, aku jadi agak ketinggalan dalam setiap kelas. Pernah dengar tak orang kata, kalau rabun ini auto jadi pekak. Itu lah apa jadi pada aku. Jadi dua tiga hari tanpa kaca mata ini, aku terpaksa mengulang semula pelajaran dalam kuliah di rumah pula. Perit rasanya. Nak-nak pula aku bukan sejenis manusia yang rajin nak mengulang kaji pelajaran pada waktu malam selagi belum ujian.

Aku bercadang nak pergi tempah kaca mata hujung minggu ini. Itu pun berlagu rasanya nak pergi. Kena fikir tentang bajet nak ke sana. Aku bukan ada kereta pun meskipun sudah masuk tahun kedua aku di sini. Ke mana-mana perlu menaiki bas tambang dan kereta sewa. Nak nak pula kawasan pekan dan bandar memang jauh dari kolej. Susah nak jumpa kedai kaca mata kalau bukan di shopping mall.

Aku sememangnya jarang keluar dari kolej kediaman selain pergi kampus.

Bunyi nyaring petikan viola berirama lagu fairytale, Alexander Rybak menyentakku. Bukan aku sahaja. Malah seisi kelas termasuk pensyarah sekali. Dr. Hazira sudah memandang aku macam nak makan. Kelam-kabut aku keluarkan telefon kemudian menolak panggilan tersebut. Tak lupa juga aku menukar kepada mod getaran.

Aku boleh rasa seluruh wajah aku hangat macam dipanggang. Malu! Tak pernah-pernah aku menjadi tumpuan masa tengah kelas.

Siapa pula pergi telefon aku masa tengah kelas ini?! Aku mahu terajang bontot dia nanti!

"Kan saya sudah pesan, setiap kali kelas saya pastikan telefon bimbit berada dalam mood vibrate ataupun lagi bagus silent terus. Saya memang pantang masa saya tengah bercakap dekat depan, ada yang main telefon di belakang." Kata Dr. Hazira kepada seisi pelajarnya. Tepat lagi pada aku. Aku menunduk wajah malu.

"Tak kisahlah awak single sendu yang tak ada siapa nak call awak ke, tolong hormati peraturan saya." Sempat Dr. Hazira berseloroh. Masing-masing yang terasa diri single mulalah pegang dada seperti terkena tembakan di situ.

"Baiklah, kita sambung pelajaran kita."

Aku sudah menunduk mahu menyambung menulis nota tetapi getaran dalam poket aku kuat terasa. Sekaligus buatkan aku tak jadi hendak menulis. Senyap-senyap aku keluarkan telefon dan memeriksa log panggilan. Nombor yang tidak dikenali. Beberapa jeda kemudian, getaran berhenti.

Siapa pula ini?




HABIS sahaja kelas, aku orang terakhir yang keluar meninggalkan dewan kuliah. Sedang aku memeriksa beg tote di lengan, aku terasa seperti diperhatikan. Aku terus mengangkat wajah. Dee rupanya.

Dee. Lelaki yang mematahkan kaca mata aku tempoh hari. Aku tahu namanya pun daripada nota lekit yang dia beri. Ada nombor telefonnya dan sebaris nama pendeknya di situ. Sudah semestinya aku tak menghubungi dia. Tak sangka janjinya betul. Dia yang mencari aku.

Aku langsung menghenti langkah dua tapak hadapannya yang sedang bersandar di tiang. Dee santai dengan kemeja kotak-kotak hitam dan t-shirt putih di dalamnya serta seluar jeans kelabu di kaki. Tak lupa juga beg silang berwarna putih krim di tubuhnya. Aku mengangkat pandangan pada wajahnya. Tak sangka dia sedang merenung aku juga. Aku mengalihkan pandangan bila sudah kantoi merenungnya.

"Hai, Nuri!" Sapanya ceria. Aku hanya mengangkat kening. Langsung bertanya tujuannya berada di sini.

"Jom pergi bandar." Ajaknya. Dee sudah tegakkan tubuhnya. Sebelah tangan menyeluk saku jeansnya.

Perfect Strings Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang