抖阴社区

PS: 06

26 3 0
                                    

BILA aku tiba di meja itu semula, Dee sudah sedar daripada lenanya. Dia nampak kelam kabut memusing kepala ke kiri dan ke kanan. Bila kepalanya menghadap ke arah aku, boleh aku nampak bibirnya menghela nafas lega. Aku segera mengatur langkah ke arahnya.

"Awak pergi mana? Saya ingatkan kita lepak tadi cuma mimpi saya je. Bila bangun je puff! Awak tiba-tiba hilang. Dengan begnya tak ada." Omel Dee. Mamai sangat dia ini. Matanya dipisat-pisat dengan tangan.

"Saya pergi tandas tadi. Bawa sekali beg sebab ada barang penting. Awak itu dah lah tidur mati. Buatnya orang sentap beg saya, awak bukan perasan."

Dee menggaru leher belakangnya dan tayang wajah tidak bersalah.

"Kenapa tak kejut saya?"

"Awak tidur mati. Berdengkur macam tak ingat dunia. Saya tak nak kacau." Bahagian berdengkur itu aku tipu je.

"Eh ya kah?"

"Saya gurau je lah." Tak dapat aku sembunyikan wajah terhibur, akhirnya bibir tetap melengkung ke bawah.

"Awak ini... Asyik kenakan saya sahaja. Malulah saya kalau saya betul-betul berdengkur. Kalau depan kawan saya tak apa lah. Nak menguap sebesar lautan pun saya tak kisah. Ini depan awak, jatuh lah maruah saya."

Aku berkerut kening. Tak faham dengan katanya. Apa bezanya kalau berdengkur dengan aku pun? Bukan aku menghukum pun. Aku pun kalau sudah penat sangat, berdengkur tak ingat dunia.

"Ada beza ke? Saya bukan kisah pun. Lagipun orang kalau dah penat mana nak sedar diri. Saya faham."

"Ala. Tetap saya malu juga. Nanti jatuhlah saham saya. Dah hilang macho depan awak."

Aku geleng kepala. Apa-apa sahaja Dee oii.

"Lepas ini awak ada plan apa-apa ke?" Dee menyoal. Mulutnya yang menguap pantas dikatup dengan belakang tapak tangan. Sepasang matanya nampak berkaca dek menguap seluas alam tadi.

"Tak ada pun. Macam nak balik rumah."

"Kita pergi makan nak?" Dee terus mengajakku.

"Boleh juga."











"KITA piknik tak dirancang je ini." Kata Dee.

Semuanya bermula apabila semua kedai makan berdekatan kampus semuanya penuh dan sesak. Akhirnya Dee ambil keputusan memandu Myvi putihnya menghala ke pantai. Macam biasa, sebagai penumpang yang bertatasusila, aku bersetuju sahaja.

Dee menghamparkan tikar atas tanah. Tikar yang dia kata memang dia sediakan dalam but kereta. Aku pula memgambil tugas menyusun makanan-makanan yang sempat kami beli di bahagian gerai-gerai jualan yang terdapat di sekitar kawasan pantai.

Setelah selesai, Dee orang pertama yang merasmikan. Punggung sudah diselesakan atas tikar. Bahagian sebelahnya yang kosong dia tepuk-tepuk kemudian menjemput aku duduk. Aku menanggalkan kasut kemudian melabuhkan punggung di sebelahnya. Tangan tangkas membuka bungkusan makanan. Lapar.

Aku mula menjamah seketul kepak ayam madu yang masih hangat sementara Dee pula menjamah bebola ikan yang dicucuk pada lidi. Sambil makan, Dee menunduk sambil membaca novel Pawana Cinta di tangannya. Sempat pula dia bawa keluar novel itu.

"Minat betul dengan cerita itu. Kalau ada anugerah peminat Cik Adiwarna terpaling minat, saya rasa boleh dah nobatkan awak." Selorohku.

Dee mengangkat wajahnya membalas tatapanku seraya dia mengukir senyuman senget.

"Dengan rela hati saya terima. Saya menang peminat Cik Adiwarna pun. Minat saya pada dia, boleh dikira semua media sosial dia saya follow. Facebook, Instagram, Twitter, 抖阴社区, Tiktok.. kalau dia ada Snapchat saya sanggup add friend dia. Cuma itulah, tak ada rezeki lagi nak jumpa username Snapchat dia. Tapi sayanglah... Ikut semua akaun dia pun masih tak tahu wajah sebenarnya. Perahsia betul." Dee merungut.

Aku tayang senyum kecil menutup rasa debar. Ini ke perasaan bila berjumpa peminat yang fanatik ini. Nasib baik aku tak melayan komen pengikut aku di media sosial untuk buat face reveal. Aku rasa kalau Dee tahu akulah Cik Adiwarna, agaknya dia sudah bentang karpet merah untuk aku.

"Kenalah berahsia. Kalau semua orang tahu siapa dia yang sebenarnya, nanti habislah haters dia semua cari dia dan kecam beramai-ramai."

"Tak apa. Nanti saya akan lindungi dia." Dee berseloroh tapi aku pula yang terasa sesuatu dalam hati. Aku berdehem kecil mengatur rentak di dada yang tiba-tiba menjadi kencang. Apa hal pula ini?

"K-kalau satu hari nanti awak dapat jumpa dia, awak nak buat apa?"

"Saya..." Dee mengetuk jarinya di dagu berkali-kali kemudian dia menyambung. "Pertama sekali mestilah saya nak minta tandatangan dan gambar selfie satu ke dua keping. Eh tak tak, nak banyak-banyak lah biar penuh satu galeri pun tak apa. Selepas itu, saya nak cium, peluk, masuk dalam karung lepas itu simpan letak dalam rumah."

Aku sudah menayang wajah ngeri sambil menjeling ke wajah Dee yang tersengih-sengih dengan perkara yang baru dia bagitahu tadi.

"Idea yang bagus." Sempat pula memuji diri.

"Serius lah?"

Dee sudah hambur ketawa.

"Saya melawak je lah. Saya tak adalah obses mana sampai nak aniaya anak orang. Paling hardcore pun ajak bergambar sahaja."

Tanpa sedar, aku menghela nafas lega. Dee pula yang menjungkit keningnya hairan.

"Awak kenapa? Macam awak pula Cik Adiwarna itu."

Aku sudah terkaku beberapa saat. Senyum kekok aku tarik menutup resah dalam hati. Kepala aku geleng laju menafikan.

"Bukan. Saya cuma lega lah awak tak ada niat jahat macam itu untuk orang tak bersalah macam Cik Adiwarna itu."

"Ohh. Haha!"

Aku menghirup air minuman pula. Seketika perbualan kami terhenti bila telefon Dee berbunyi. Dee menjawab panggilannya. Sambil Dee menekap telefon di cangkerang telinganya, aku merenung casing telefonnya yang unik. Casing jernih yang ada lukisan cat air di belakangnya. Sekali lihat, pasti Dee sendiri yang mereka rekaan itu. Tak pernah-pernah aku melihat rekaan macam itu.

Dee yang selesai menjawab panggilan menyambung makan semula.

"Cantiknya casing telefon awak." Pujiku.

"Hah? Apa?" Dee mendongak semula.

Aku menunjuk pada casing telefonnya.

"Oh. Ini saya buat sendiri."

Kan dah kata.

"Awak nak juga ke? Saya boleh buatkan. Free of charge!"

Aku tak dapat menahan senyuman teruja. Pantas kepala mengangguk setuju. Barang percuma, siapa sahaja yang tak suka.

"Awak nak design macam mana?"

"Nak gambar langit malam yang banyak bintang lepas itu ada bulan. Pandai-pandailah awak custom macam mana pun. Saya tak kisah."

"Okey. Nanti dah siap, saya bagi awak."

"Terima kasih."

"Kasih diterima."





SEBAIK sahaja tiba di kolej, aku sengaja menyuruh Dee menurunkan aku di kafe kolej sahaja. Senang. Lagi pun kata Dee, dia menetap di blok yang jauh dari kafe. Tak mahu menyusahkannya, aku meminta turun di kafe sahaja. Alang-alang itu, aku pun ada mahu membeli sesuatu sebelum naik ke rumah.

"Bye! Hati-hati!"

Aku melambai sebagai balasan. Langkah mula diatur masuk ke dalam kafe. Baru beberapa langkah, tiba-tiba aku terdengar pula ada satu suara yang melaung namaku. Pada awalnya aku hiraukan sahaja. Mungkin sahaja ada orang lain bernama Nuri dalam kolej ini. Bukan aku sahaja.

Langkah aku termati bilamana satu figura tak asing tiba-tiba menghalang laluanku. Dia sedang tercungap-cungap mencari nafas yang hilang. Aku yang mula tak selesa dengan kehadirannya mula memusing tubuh berpaling darinya.

"Nuri!" Panggilnya. Jelaslah aku yang dia panggil dari tadi. Aku mengerling padanya.

"Kenapa Iskandar?"

"I have something wanna talk with you. Could you mind?"

Berkerut dahiku.



TBC...

Perfect Strings Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang