Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HARI-HARI Sofea mulai kembali tenang setelah Caden tidak memunculkan diri. Mungkin dah sedar diri. Elok juga. Tak adalah otaknya kusut. Cukup-cukuplah dia rasa sesak dengan sikap Caden yang suka memaksa dan anak bos yang suka mengganggunya. Dia dah banyak kali tolak tapi lelaki itu yang tak faham-faham.
Perlukah dia guna kekerasan baru lelaki itu faham. Dia tak gila lagi nak mencari suami sedangkan dia memang sudah berkahwin dan kalau pun dia bujang, tetap anak bos itu dia takkan pilih untuk di jadikan pasangan hidup. Dia takkan pertaruhkan hidupnya demi lelaki buaya seperti itu. Bertukar-tukar teman wanita serupa baju. Tak sampai sehari putus. Esoknya keluar dengan perempuan lain.
Baru mahu bernafas lega, kelibat yang di benci muncul sambil tersenyum buaya.
"Nak apa?" soalnya mendatar.
"Keluar makan dengan I, nak?" Sofea mendengus.
"Eh, kau memang tak faham bahasa ke atau buat-buat bodoh? Kalau orang tak nak, tak payahlah nak terhegeh-hegeh. Aku tak ingin pun." Langkah dibuka besar selesai menghamburkan kata-kata itu. Tak senang hidupnya bila diganggu terus.
Tamat waktu kerja petang itu, beg di dalam loker dikeluarkan. Wajahnya ketat buatkan rakan-rakan sekerja takut nak menyapa.
Rumah kediaman Jasmine dituju. Tengah hari tadi Caliph ajak dia ke taman. Pandai si kecil membodek. Kononnya dah lama mereka tak ke taman. Padahal baru beberapa hari yang lepas mereka ke taman.
Ikut perangai siapa entah. Ada saja akalnya.
Jasmine yang kebetulan berada di luar rumah dihampiri. Ralit wanita itu membelek bunganya.
"Sofea, awal balik." Dia balas dengan senyum hambar. Fahamlah Jasmine dengan riak yang terpamer.
"Caliph dah balik." Jasmine bersuara. Sejam yang lepas Caden minta izin untuk bawa Caliph pulang. Katanya nak lepas rindu. Dia pula hanya akur memandangkan lelaki itu ada hak ke atas Caliph.
"Apa kak?" Sofea terkejut. Takkan Caliph balik sendiri. Kunci rumah bukan dia kasi dengan si kecil. Lagipun mana dia berani nak biarkan si kecil bersendirian.
"Ayah dia jemput." Jasmine bersuara lagi. Diam dia memandang reaksi Sofea.
Terpusing kepala Sofea memandang bangunan bilik sewanya.
"Sofea balik dulu." Dia berpaling lalu melangkah pergi. Jasmine pula sekadar mengangguk kecil. Pening nak fikir masalah yang Sofea hadapi. Dia tak tahu nak berpihak pada siapa. Mendengar penjelasan dari Caden dan cerita Sofea benar-benar memeningkan kepalanya.
Pintu bilik Sofea tolak sedikit kasar. Sunyi isi bilik itu buatkan dia risau. Takut Caliph dibawa lari Caden namun bila melihat Caliph sedang duduk menyandar pada perut Caden buatkan dia lega.
Dada yang berdebar tadi kembali tenang.
"Mama.." Caliph letak jari ke mulut tidak mahu mama bersuara. Papa tengah tidur. Sempat dikerling papa yang sedang berdengkur kecil.