Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
MESEJ balasan dari Caden dibaca buat seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menelefon Zain. Pembesar suara turut dihidupkan sebelum dia membungkus lauk yang baru siap dimasaknya.
"Ya ada apa, puan?" Kedengaran suara Zain di dalam talian. Laju betul lelaki itu menjawab.
"Zain? Bos awak masih tengah miting ke?"
"Ya, puan."
"Kalau macam tu awak ambil saya dekat rumah. Saya datang ofis bawa lauk untuk tengah hari kejap lagi."
"Baik puan." Setelah mematikan panggilan, Sofea bangkit menuju ke tingkat atas. Caliph yang sedang menonton tv di ruang tamu dibiarkan.
Selesai menukar pakaian, dia berlalu turun ke bawah semula.
"Mama nak pergi mana?" Sofea tahan senyum. Aduhailah anak. Langsung tak boleh nak tengok ibunya berhias.
"Mama nak pergi jumpa papa." Mata si kecil membulat. Laju dia bangkit menghampiri Sofea.
"Boboi nak ikut. Boboi pun nak jumpa papa."
"Yalah. Tunggu kejap. Kita tunggu acik Zain jemput." Hampir tiga puluh minit kemudian barulah Zain datang membunyikan hon kereta. Beg kertas berisi lauk dicapai sebelum berlalu keluar. Pintu dan grill dikunci.
"Puan masak lauk apa? Tercium sampai kat depan ni." Zain bersuara. Matanya fokus memandang ke depan.
"Rendang daging. Nanti makanlah sekali. Saya masak banyak." Sengih Zain terbentuk. Ini yang kita suka ni. Isteri bos tak kedekut cuma bos saja yang kedekut taik hidung masin.
"Terima kasih puan. Langkah kanan saya hari ini." Sofea cuma ketawa kecil. Sampai di ofis, Sofea menunggu di dalam bilik kerja lelaki itu. Caliph pula mengekori Zain.
Tengah ralit membelek-belek hiasan di dalam bilik kerja lelaki itu, pintu dibuka dari luar. Sofea berpaling.
"Eh, kau siapa? Siapa benarkan kau berada di dalam bilik Tuan Caden?" soal seorang wanita yang Sofea tak pernah lihat. Selama dia datang ke ofis, tak pernah dia jumpa wanita itu.
"Eh! Pekak ke?" herdik wanita itu. Sofea cuma diam. Tidak tergugat langsung. Selamba saja dia duduk di kerusi kerja Caden. Siap menyandar lagi. Wajahnya yang tenang membangkitkan lagi amarah wanita itu.
"Kau tunggu!" Wanita itu berlalu keluar semula. Sempat pintu dihempas. Berdentum bunyinya sampai mata Sofea terpejam. Marah sangat tu namun dia tak peduli langsung.
Bunyi suara-suara yang semakin dekat kedengaran. Sofea betulkan duduk. Sempat ditilik pakaiannya. Pintu ditolak dari luar. Masuk beberapa orang termasuklah Caden, Zain dan Wildan. Tidak lupa wanita itu yang terjerit-jerit sedari tadi.
"Itu perempuan tu!" Caden pandang seketika Sofea sebelum dia ketawa kecil.
"Tak cakap nak datang pun." Sofea dihampiri segera lalu kerusi Sofea dipusing menghadapnya. Badan menunduk separas Sofea yang ketika itu duduk di kerusi kerjanya. Bukan main lagi Sofea berlagak macam mem besar. Mereka bertentangan mata buat seketika. Tapi Sofea memang mem besar pun. Mem besar dihatinya.