Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"ASTAGHFIRULLAHALAZIM!" Kedengaran suara seseorang di depan pintu utama yang terbuka luas. Membuatkan Caden dan Sofea kelam-kabut bangkit dari menyandar. Sofea ditolak ke tepi. Baju dibetulkan. Begitu juga Sofea yang kalut membetulkan baju di tubuh.
"Buat dalam biliklah." Jasmine mengusik. Mujur bukan suaminya yang masuk. Mahu masak Sofea dan Caden dikerjakan Thariq. Suaminya tu boleh tahan juga bab menyakat orang.
"Pergi pakai tudung." Caden bersuara. Kalut-kalut Sofea bangkit berlari anak ke tingkat atas. Boleh pula lupa yang Jasmine dan Thariq masih ada.
"Nah, kuih pelita yang Caden nak." Plastik berisi kuih diletakkan di atas meja. Tak lama kemudian Thariq masuk sambil membawa barangan dapur.
"Ahmad mana?"
"Ada dekat kereta." Jasmine berlalu ke dapur. Suaminya yang uruskan Ahmd dan barangan yang mereka beli. Awal-awal dia dah dihalau Thariq masuk ke dalam. Nak tak nak terpaksalah dia akur masuk ke dalam lenggang kangkung.
"Dah makan dah?" soalnya bila kelibat Sofea muncul di ruang dapur. Barangan dapur yang dibelinya dikeluarkan dari plastik.
"Dah. Banyaknya akak beli."
"Tak apalah. Ni anggap saja akak belanja." Jasmine tersenyum sambil tangan ligat mengeluarkan barang dari plastik. Serba salah pula kalau tak beli barang. Sedangkan mereka dah berhari tidur di rumah Caden. Biarpun lelaki itu tak cakap apa tapi dia tetap rasa segan. Dia cuma menumpang. Dan kalau pun dia tinggal disitu, memang taklah dia nak goyang kaki biarkan Caden keluarkan duit untuk beli barangan dapur.
"Patutnya Caden yang beli barang sebab Caden yang minta akak dengan abang temankan Sofea." Caden menyampuk. Jasmine cuma tersenyum.
"Seganlah akak kalau tak keluarkan duit untuk beli barang dapur," balasnya. Caden akhirnya diam dan akur. Nak buat macam mana kalau Jasmine dah bertegas.
"Akak dah makan ke?" Kerusi ditarik bila Sofea hidangkan secawan coklat panas. Kuih pelita turut Sofea hidangkan.
"Dah. Sempat singgah dekat restoran tadi." Thariq muncul tidak lama kemudian setelah meletakkan Ahmad yang masih tidur di atas tilam di ruang tamu.
"Tengah-tengah hari minum air panas," ujarnya bila melihat cawan Caden masih berasap. Caden cuma tersenyum kecil. Dah Sofea hidangkan, dia minum sajalah. Takkan nak membazir pula.
"Akak kalau nak makan lagi, lauk masih ada."
"Sofea masak apa?" soal Thariq.
"Sup daging dengan sayur kubis tumis ikan kering."
"Sedapnya."
"Abang nak makan?" soal Jasmine. Thariq mengangguk. Jasmine segera bangkit mencapai pinggan lalu diisi nasi dan lauk. Sup pula diletakkan ke dalam mangkuk sebelum dihidangkan pada suaminya.
"Tak pernah tak sedap." Thariq memuji setelah merasa sup dan sayur yang Sofea masak. Sofea cuma tersenyum. Thariq kalau disuruh puji orang memang nombor satu.