抖阴社区

BAB 11?

15.5K 778 74
                                        



HARI ini merupakan hujung minggu. Dan semestinyalah Riaz akan bekerja keras di hujung minggu. Kafenya hanya cuti pada hari isnin sahaja. Hari lain kafenya berjalan seperti biasa.

Baginya adalah sebaiknya jika dia membuka kafe waktu hujung minggu kerana dia yakin ramai yang akan datang ke sini untuk meluangkan waktu.

Ting!

"Welcome.." ucap Faris dengan senyuman kepada pelanggan yang baru masuk ke dalam kafe. Namun memudar senyumannya tatkala dia kenal akan gerangan itu.

"Why? Kenapa you tengok i macam tu, sloppy boy?" Terhenti pergerakan tangan Riaz tatkala dia terdengar suara yang amat dia kenali.

Dan.. sloppy boy? Itu adalah gelaran Elvira kepada Faris. Ia bermakna...

Riaz panggung kepala melihat adegan di hadapannya. Terbit senyuman di bibir melihat Elvira yang sedang berpeluk tubuh dihadapan Faris ketika ini. Terkulat-kulat member tu dicerlung begitu.

Faris gelak buat-buat. "Hehe awal..cik datang? Kafe baru je buka.."

Elvira menjulingkan mata. "Nak buat macam mana? I dahaga cappuccino waktu macam ni. Salah ke i datang awal? Nak halau?"

Beria Faris menggeleng. "Ehh tak tak.. jemput la duduk dulu, cik.." Elvira mengangguk. Sempat dia mengibas rambutnya dihadapan Faris sebelum kaki mengorak langkah ke arah Riaz.

Terpejam mata Faris. Wuish.. nasib baik rambut semerbak wangi. Kalau busuk, memang aku ambil gunting chicken chop potong rambut dia..

Riaz yang perasan akan langkah Elvira menghampirinya itu terus berdehem dan kembali melakukan kerjanya agar Elvira tidak perasan kedatangannya dinantikan Riaz.

"Hye you.." ucap Elvira lalu berpeluk tubuh dihadapan Riaz. "Hmm." Riaz menjawab acuh tak acuh. Elvira memuncung.

"You're still mad at me?" Riaz menjungkit bahu. Saja buat-buat tak layan. Tak nak nampak sangat yang dia menanti kehadiran Elvira.

"I'm sorry Riaz.. tak sepatutnya i simbah air yang you buat tu pada pekerja you. Sepatutnya i hargai dengan apa yang you lakukan pada i. I'm really sorry about that."

Bibir di sebalik mask muka mengoyak senyuman tipis mendengar itu. Dia mengangguk. Sekurangnya Elvira tahu cara untuk meminta maaf padanya.

"Ermm.. by the way, i ingat i nak minta satu permintaan pada you untuk tebus balik kesalahan i.." berkerut dahi Riaz. Dia panggung kepala memandang Elvira.

Tersenyum Elvira apabila matanya berlanggar dengan mata koko Riaz.

"What? Kau nak buat apa?"

Elvira senyum. Bibir dimuncungkan ke tangan Riaz. "Nak.. tu.." berkerut dahi Riaz. Dia memandang tangannya dan Elvira silih berganti.

"Tangan aku?" Elvira tergelak. Dia menggeleng. "Takk.. i mean tu.." bibir Elvira memuncung ke mesin epresso yang disentuh Riaz.

Riaz mengerdip mata lambat. "Kau.. nak buat air?" Elvira senyum lalu mengangguk. "I nak cuba.. i nak rasa kesusahan dia agar i lebih hargai you lepas ni.."

Riaz berdehem kejap. Digaru kejap keningnya. Mata melilau memandang sekeliling. Pelanggan masih tidak kelihatan. Jadi.. apa salahnya jika dia memberi kebenaran Elvira cuba membancuh air kan?

"Masuk." Riaz membuka kunci pintu dapurnya. Elvira senyum. Dia melangkah masuk ke dalam dapur air Riaz. Riaz perhatikan sahaja pakaian Elvira.

"Kau pakai baju putih. Kena pakai apron. Beg kau letak atas kerusi sana." Elvira mengangguk. Dia melangkah ke kerusi lalu diletakkan beg silangnya ke atas kerusi.

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang