抖阴社区

BAB 21?

15.6K 767 47
                                        



ELVIRA menoleh ke arah Riaz yang sedang memandu kereta dengan speed yang agak laju. Terkedip-kedip matanya ketika ini. Tegang sahaja riak wajah Riaz. Urat di dahi juga kelihatan menandakan Riaz sedang menahan amarahnya.

Elvira meneguk liur. Dipegang kemas tali pinggang di tubuh.

"You.. kita.. nak pergi mana? Ni bukan jalan ke kafe you." Ujar Elvira tergagap-gagap. Takut juga ingin bersuara tatkala melihat mood Riaz tak okey.

Riaz mengerling sekilas. "Jumpa kawan aku jap. Ada urgent." Elvira mengangguk. Fuhh.. nasib baik Riaz tak tengking.. takut gegirl.

Riaz menghela nafas perlahan. Akal masih ligat berfikir apa yang dikatakan Izzul sebentar tadi. Dan sekarang dia harus menemui Izzul secepat yang mungkin..

Riaz menghentikan kereta dihadapan sebuah rumah hitam yang cukup gah. Terkedip-kedip mata Elvira melihat rumah tersebut.

Kelihatan ramai lelaki yang berada di meja luar rumah. Terbit rasa takut dalam dirinya tatkala melihat ada tatu di lengan lelaki-lelaki itu.

Kemana Riaz membawanya ni?

Riaz menanggalkan tali pinggang di badan. Dia menoleh ke arah Elvira yang sudah berpeluh.

"Kau nak tunggu dalam kereta atau nak ikut aku?" Elvira menggigit bibirnya.

"Eerr.. kalau.. i ikut boleh? I takut.." Riaz mengangguk. "Jom." Riaz keluar dari kereta diikuti Elvira.

Elvira terus berlari mendekati Riaz sambil mata melilau melihat sekeliling. Riaz melangkah ke pintu masuk. Sempat dia menyapa lelaki-lelaki yang sedang berborak di luar.

Elvira pula sudah seperti ekor Riaz. Dia mengikut rapat belakang Riaz. Takut juga jika dia diapa-apakan namun silap telahannya apabila lelaki-lelaki tadi langsung tidak memandang atau mengganggunya.

"Rumah siapa ni you?"

"Kawan aku."

Elvira mengangguk. Banyak soalan yang dia ingin lontarkan namun serasa ada liur tersekat di kerongkong sahaja ketika ini. Jadi, diamkan diri dahulu la..

"Wow! Riaz Ridhuan! My brother!" Jerit satu suara yang bangun dari sofa tatkala kawan yang ditunggu sudah tiba.

Riaz senyum tipis lalu memeluk kejap tubuh rakannya itu. Hidung berkerut tatkala ada bauan yang terbit dari tubuh lelaki tadi.

"Kau hisap rokok lagi ke?"

Izzul sengih lalu menggaru kepalanya. "Come on la.. rokok dah jadi kawan aku. Kau jangan nak membebel pula."

Riaz berdecit lalu menggeleng. "Nanti beritahu aku dekat mana kau nak aku tanam kau. Aku boleh beli batu nisan terus."

"Wuishhh.. dark gurauan kau ni Riaz.." ujar Izzul sambil menyentuh dada dengan riak cemas. Saja buat-buat macam tu..

Riaz menggeleng kepada Izzul. Mata memberi isyarat pada gadis yang berdiri di tepinya. Izzul mengerling Elvira lalu memejam mata kejap. Dia mengangguk pada Riaz.

Lupa pula Riaz berahsia tentang kematian ibunya. Kerana itulah Riaz tidak mahu Izzul melanjutkan lagi perbualan tentang rokok..

"Wow.. pretty lady. Who's she?" Tanya Izzul dengan senyuman. Elvira meneguk liur. Dia takut akan Izzul. Lihat muka memang la kacak, tapi cara Izzul memandangnya seumpama pandangan maut pula.

Riaz mendengus. "Jangan tengok dia macam tu. Dia tak suka."

Izzul mengangguk. "Good. Protective." Ujar Izzul lalu dia duduk di sofa. "Duduklah. Nak wine?"

Berkerut dahi Elvira mendengar itu. Automatik kepala tertoleh ke arah Riaz dengan riak tertanya-tanya.

Riaz menoleh ke arah Elvira. "Jangan layan dia. Dia sewel. Tak ada wine pun dekat sini." Ucap Riaz sebelum dia melangkah ke sofa.

Izzul ketawa terbahak-bahak. Dia memang suka bergurau bodoh seperti ini.

Elvira mengangguk. Dia mengikuti langkah Riaz lalu duduk di tepi Riaz. Izzul mengeluh lalu berpeluk tubuh. Dia memberi isyarat mata kepada Riaz.

Riaz mengemam bibir. Dia berdehem lalu menoleh ke arah Elvira.

"El, kau taknak tengok-tengok dulu ke rumah ni? Rumah ni banyak aksesori.. aku yakin kau suka.."

Elvira yang sedang memerhati sekeliling terus menoleh ke arah Riaz. "Boleh ke? Dia.. tak bunuh i ke nanti?" Bisiknya pada Riaz.

Izzul tergelak. "Girl, i memang la bunuh orang ta--"

Riaz mencerlung Izzul tanda diam. Izzul mengemam bibir lalu mengangguk. Aih. Tak boleh jujur sikit..

Manakala Elvira terkedip-kedip. Entah ingin percayakan Izzul atau tidak kerana dari tadi lagi Izzul asyik bergurau.

"Tak, just go. Orang disini tak berani apa-apakan kau. Aku ada." Elvira senyum lalu mengangguk.

"I.. pergi tengok dulu tau.. you jangan tinggal i pula.." Riaz mengangguk. "Okay. Take your time." Bisik Riaz pada Elvira.

Elvira senyum. Dia menunduk kejap ke arah Izzul sebelum kaki mengorak langkah ke ruangan lain untuk melihat aksesori rumah Izzul.

Riaz menoleh ke arah Izzul. Izzul menjungkit kening.

"She is?"

Riaz mengangguk. "Ya, dia anak Puan Danisha." Izzul mengangguk. "Jadi kau berdendam dengan dia?"

Berkerut dahi Riaz. "Kenapa aku nak berdendam pada dia sedangkan dia tak tahu apa-apa? Yang terlibat adalah Puan Danisha dan Idlan je. Dia? Tak tahu apa-apa.."

"Are you sure? Dia tak bersekongkol dengan mak dia?"

Riaz mengeluh lalu mengangguk. "Dia sendiri tak suka ayah tiri dia.. dia kata mummy dia berkahwin setahun yang lalu dan dia langsung tak kenal siapa Idlan tu. Jadi, aku taknak libatkan dia dalam hal ni."

Izzul mengangguk. "Habis tu kenapa kau bawa dia ke sini?"

Riaz senyum. "Dia semangat aku."

Terjungkit kening Izzul. "Wow. Chia chia hm?" Riaz tergelak lalu menggeleng.

Izzul senyum. "Someone in love? Hm?" Tanyanya nakal. Riaz menggaru telinganya.

"Drop that topic. Sekarang beritahu aku macam mana kita nak selesaikan hal ni."

Izzul mengangguk. "Kau ada beritahu aku yang siapa tu nama perempuan kau tu?"

"Elvira. Panggil El."

"Haa ye. Kau ada beritahu aku, El tak jawab soalan kau tentang kau tanya Idlan ada buat apa-apa tak senonoh pada dia kan?"

Riaz mengangguk.

"It's mean, ada. Kalau dia diam, bermakna ada. Cuma dia tak beritahu kau sebab dia taknak aibkan keluarga dia."

Riaz kemam bibir. "Maksud kau.. Idlan pernah cabul dia? Atau.. ro--" Riaz menggeleng tidak mahu menyebut tentang perkara jijik itu.

Izzul menjungkit bahu. "Aku tak tahu. Rahsia itu hanya El sahaja yang tahu. Kalau dia tak jawab, kau pergi la cari sendiri tentang hal tu."

Riaz mengeluh. "Aku risaukan dia.. dia duduk sebumbung dengan jantan tu. Aku takut dia diapa-apakan.."

Izzul senyum. "Kau risaukan dia? Maknanya kau ada hati pada dia la kan?"

Riaz berdecit. "Bukan topik tu yang aku nak bahaskan." Izzul tergelak.

"Kalau kau risaukan dia, apa susah? Kahwin la dengan dia. Automatik dia selamat dalam genggaman kau."

Berkerut dahi Riaz. "Kahwin?" Izzul mengangguk. "Yup kahwin."

Riaz gelak. "Merapu kau ni. Kahwin bukan perkara main-main."

Izzul senyum. "Dia akan jadi perkara yang tak main-main kalau nasi dah jadi bubur. Kau faham maksud aku kan?"

Riaz menggigit bibir. Benar apa yang dikata Izzul. Kalau.. Idlan menyentuh Elvira macam mana? Dia yakin Elvira tidak akan ceria seperti ini lagi.

Dia yakin.. Elvira.. akan berubah 100%.

TBC🤍
Abe Izzul.. ehem ehem. Hye. *sambil pintal rambut

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang