抖阴社区

BAB 20?

17.2K 757 28
                                        



"BETUL apa yang makcik cakap ni, El. Budak ni nakal ni dulu. Sekarang je macam lelaki sikit. Dulu nakal dia Nauzubillah.." ucap seorang makcik sambil menepuk lengan Elvira.

Elvira sengih mendengar itu. Dia menoleh ke arah Riaz lalu menjungkit kening berulang kali. Riaz memejam mata kejap.

Geram! Habis aib ketahuan disini!

"Dulu dia datang sini asyik panjat pokok rambutan belakang rumah tu haa.. lepas tu kena gigit kerengga, mula la dia menjerit minta tolong. Risau betul makcik dengan budak ni dulu.."

Elvira terkekeh ketawa. Dia hanya mendengar sahaja kutukan dari makcik disini terhadap Riaz. Riaz pula hanya redha sahaja mendengar semua itu. Malu juga dia dihadapan Elvira. Tapi nak buat macam mana kan?

Orang tua memang suka berbual. Jadi biar je la dia jadi topik terhangat sekalipun..

"Makndak, dah la tu. Malu la Riaz.." ucap Riaz perlahan.

Elvira tergelak. "Atleast i tahu sikap nakal you, Riaz." Riaz senyum lalu menggeleng sahaja.

"Haa ni, macam mana perniagaan RNR tu? Okay tak?" Tanya seorang makcik kepada Riaz. Berkerut dahi Elvira.

"You ada buka RNR ke Riaz? Kawasan mana?"

Riaz menghela nafas perlahan lalu menepuk dahinya. "Makcik, RR Cafe la makcik. Bukan RNR. RNR tu perhentian rehat di highway sana. Ramai orang salah faham sebab makcik tau?" Marah Riaz manja-manja.

Elvira mengekek ketawa mendengar itu. "I pun tertanya juga, kenapa you tak buat nama RNR terus? Comel apa, kan?"

Riaz menjeling Elvira yang sedang terhibur itu. Dia sembunyi senyum melihat Elvira kemam bibir menahan tawa.

Riaz menyeluk tangan ke dalam poket tatkala telefonnya bergetar.

~Izzul incoming call~

"Erm, makcik, kejap Riaz jawab call dulu. Urgent ni. Jap eh." Pinta Riaz sebelum dia bangun dari duduknya. Dia melangkah keluar dari rumah untuk menjawab panggilan.

Elvira senyum melihat Riaz dari belakang. Makndak menoleh ke arah Elvira lalu senyum. Disentuh tangan Elvira lalu diusap.

Terhinjut bahu Elvira. Dia senyum lebar pada Makndak.

"Terima kasih hadir dalam hidup Riaz.. selama ni hidup Riaz sunyi.. tapi lepas El hadir, Makndak nampak yang Riaz bahagia dan ceria kembali.."

Berkerut dahi Elvira. "Sunyi? Apa maksud Makndak?"

Makndak kemam bibir. Dia memanjangkan leher mengintai Riaz yang masih bercakap telefon di luar sana.

"Riaz.. anak yatim.. hidup dia sunyi selepas kematian ibunya." Berkerut dahi Elvira. "Mak Riaz dah tak ada?"

Makndak mengangguk. "Ya.. mak dia meninggal dunia waktu dia berumur 19 tahun.. dari kecil lagi dia selalu datang ke sini dengan mak dia.. tapi selepas je mak dia meninggal, dia datang seorang je la ke sini.."

Elvira mengangguk. "Ooo El tak tahu pasal tu.. Riaz tak pernah cerita pada El. El tak pernah kenal ibubapa Riaz.."

Makndak senyum. "Tak pelik pun El tak tahu sebab Riaz tu tak pernah ceritakan hal keluarga pada sesiapa kecuali kawan-kawan dia.."

Elvira senyum kelat. "Tapi El kawan dia juga.. kenapa dia tak ceritakan pada El?" Tanya Elvira perlahan.

Makndak mengusap pipi Elvira tanda memujuk. "Masih terlalu awal El.. Riaz tak mudah percayakan sesiapa.. sekarang ni Riaz dan El baru je berkawan kan? Tunggu la lama sikit.. nanti kalau dia dah percayakan El, Makndak yakin dia akan ceritakan segalanya."

Elvira senyum lalu mengangguk. "Err kenapa mak Riaz meninggal?"

Makndak senyum. "Itu El kena tanya dia sendiri. Makndak tak berani nak beritahu hal privasi dia. Takut dia marahkan Makndak pula. Makndak cuma ceritakan hal umum je pada El.."

Elvira senyum lalu mengangguk. Dibalas genggaman Makndak. "Terima kasih Makndak kerana bercerita pada El. Kalau tak, sampai bila-bila pun El tak tahu.. nasib baik El tak pernah sebut tentang mak depan dia.."

Makndak mengangguk. "Tak apa.."

Elvira menggigit bibirnya kejap. "Err Makndak, pernah ke Makndak dengar perempuan bernama.. Fara?"

Terkedip-kedip mata Makndak mendengar itu. "Ooo Fara ke? Fara tu kawan rapat Riaz.. kenapa?"

Elvira mengangguk. "Fara tu orang yang macam mana?"

Makndak senyum. "Kenapa nak tahu?"

Elvira menggigit bibir. "Sebab.. Riaz.. pernah jatuh cinta pada dia.. El.. nak tahu juga taste Riaz.. mana tahu El boleh ubah diri El supaya Riaz.. nampak El? Kan?"

Tanya Elvira malu-malu. Makndak senyum.

"El, jangan pernah ubah diri kerana manusia.. jadilah diri sendiri dihadapan semua orang.. contohnya sekarang, Riaz tetap berkawan dengan El walaupun El bukanlah orang yang dia minat."

Berkerut dahi Elvira. "Maksud Makndak?"

Makndak mengeluh. "Riaz tak suka orang seksi." Damn. Terpejam kejap mata Elvira mendengar itu.

"Dia lebih suka ketenangan.. dia tak suka glamour." Elvira menggigit bibir. Perghh.. semua tu ada pada aku!

"Dia introvert.. suka yang lemah lembut.. suka yang baik.. tak suka kekecohan.. cepat rimas."

Elvira mengemam bibir. Alamak.. kenapa semua yang Riaz tak suka tu ada pada dia?! Kenapa?!

Makndak mengelus tangan Elvira tatkala melihat reaksi Elvira berubah.

"Semua tu ada pada El?"

Elvira mengangguk mengiyakan.

"Tapi dia tetap berkawan dengan El kan? Kenapa? Kerana hati nurani el.. kerana diri El sendiri.. El jadi diri sendiri depan dia.. El ada kelebihan yang dia suka.. jangan jadi orang lain semata-mata untuk mengambil hati Riaz..

....jika ditengok balik, El dan Fara jauh berbeza.. Fara tu baik, lemah-lembut, tak suka berinteraksi bebas, hanya buat kerja dia je, berusaha keras demi keluarga dia.."

Elvira senyum kelat. Dia mengangguk. "Jauh beza dengan El.." bisik Elvira perlahan.

"Ya.. tapi hati manusia ni Allah pegang.. kadang-kadang apa yang kita tak suka tu lah yang kita akan suka kelak. Dan apa yang kita suka boleh jadi kita akan bencikan ia suatu hari nanti. Jadi, Makndak nasihati El jangan berputus asa..

....Riaz tu umpama bulan.. yang bersendirian di malam hari.. yang sunyi tanpa bintang.. jadi, El jadi lah bintang.. terangi hidup dia.. jadi sesuatu yang berkilau untuk cerahkan kehidupan malap dia."

Elvira senyum mendengar itu. Dia mengangguk perlahan.

"El cuba.."

Makndak senyum. "Good.. Makndak tahu El kuat berusaha.. Makndak selalu doakan El yang terbaik.."

Elvira senyum lalu mengangguk. "Terima kasih Makndak.."

Riaz masuk ke dalam rumah sambil membalas mesej di telefon. Dia melangkah menghampiri Elvira.

"El, jom balik. Aku ada emergency." Elvira menoleh ke arah Riaz lalu mengangguk.

Riaz senyum pada Makndak. "Makndak, kami balik dulu. Nanti ada masa, Riaz datang lagi."

"Ye lah.. pastikan datang nanti bawa kad kahwin." Riaz sengih lalu menggaru telinga. Elvira senyum sahaja. Bukannya dia tidak faham apa maksud tersirat Makndak.

TBC🤍
Noh emergency apa la pulak tu. Terkejarkan tok kadi ke?

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang