抖阴社区

?23?

272 22 5
                                    

Ezra buka mata perlahan. Tangannya dia angkat ke muka untuk menghalang cahaya matahari yang menyerang kornea mata.

Rasanya lain. Adakah ini mimpi?

Mata dipincinkan kecil seraya kepala bergerak ke kiri memerhati sudut ruang itu. Pandangan masih kabur tapi yang dia pasti cuma satu. Ini rumah Pierre. Bukankah dia sedang berada di Malaysia? Mimpi lagi?

Badanya rasa sakit. Tak selesa namun masih dia paksa angkat tubuh untuk bersandar pada bahu katil.

Kini matanya kian cerah. Perabot mewah yang menghiasi biliknya buat dia tambah yakin. Iya, dia berada di rumah Pierre. Apa yang sedang terjadi?

Kepalanya rasa berpinar seperti dipukul kuat pada tempurung kepala.

Tok tok tok

Daun pintu dibuka kecil oleh seseorang. Datangnya jejaka itu buat mata Ezra terbuka luas.

"Zyran." Panggil Ezra tak percaya. Lama dia tidak berjumpa dengan jejaka ini. Terakhir kali dia berjumpa Zyran sebelum Ezra larikan diri ke Malaysia.

Zyran hampir lepas dulang berisi air suam ke atas lantai. Tujuannya ingin bersihkan tubuh Ezra pagi ini. Matanya membulat. Langkahnya laju ke samping Ezra. Dulang diletakkan pada meja kecil tepi katil.

"You're awake." Zyran hembus nafas lega. Enam hari Ezra hanya terbaring di atas katil. Cecilia dan Cairo juga berpendapat yang dadah baru mereka mempunyai kesan sampingan yang boleh membuat seseorang koma melihatkan Ezra tak pernah sedarkan diri untuk beberapa hari.

Nasib saja semuanya masih stabil. Organ tubuh Ezra tak ada yang terkesan teruk akibat dadah itu.

"Why... why am I here? Since when am I here?" Soal Ezra agak bingung. Tak kira berapa kali dia cuba ingat, dia tak pernah jejakkan kaki di Sepanyol. Kelmarin dia sibuk di bilik rawatan Ariths Security. Kenapa tiba-tiba dia dia sini? Di rumah agam Pierre.

Kini mata Zyran jadi redup. Dadah itu berkesan. Ingatan Ezra benar lenyap.

"What's the date today?" Soal Zyran.

"Date? It's 15 January." Jawab Ezra pasti. Baru sahaja kelmarin dia siapkan laporan rawatan untuk tanggal 14 Januari. Dia tak pernah lupa semua kerja yang dia lakukan.

Zyran duduk di tepi katil Ezra. Ezra lupa ingatan untuk jangka masa tujuh bulan. Maknanya semua yang berlaku selepas 14 Januari, dilupakan oleh Ezra. Lenyap begitu sahaja.

"No Carl. Today is 18 August. Not 15 January." Zyran gelang kelapa.

Berkerut halus dahi Ezra. Dia betulkan lagi duduk supaya selesa. Jujurnya belakang badannya sakit yang teramat.

Tiba-tiba ketawa kecil lepas dari bibir Ezra. Sayup saja pada pendengaran Zyran.

"Don't play around Zyran. I know what happened yesterday. I clearly make my report for 14 January so today is 15 January." Jelas Ezra. Mungkin Zyran yang salah lihat tarikh.

Sekali lagi Zyran geleng kepala.

"You don't even realised when you come here Carl. You've been here for a week." Zyran keluarkan telefon pintar dari dalam poket sebelum skrin ditekan hidup. Ditujukan skrin telefon pada wajah Ezra.

"Today is 18 August. Don't you remember what happened to you?"

Benar hari ini 18 Ogos. Tapi... Ingatannya cuma sebatas 14 Januari. Dia sudah di Sepanyol selama seminggu dan dia sendiri tak sedar.

Sejak bila dia di sini? Kalau benar hari ini 15 Ogos, apa yang terjadi sepanjang 7 bulan yang lalu? Kenapa dia tak ingat apa-apa? Terlalu banyak persoalan yang berlegar di benak fikiran Ezra.

Ezakiel Ezra I : The Soulless PuppetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang