抖阴社区

?35?

376 29 4
                                    

Mata Ezra tetap pada dinding putih. Langsung tak dihiraukan setiap soalan yang ditanyakan oleh pihak polis. Jiwanya rasa kosong. Semalam dia berfikir cara keluar namun masih tak jumpa jalan yang sesuai.

"Encik Carl sila beri kerjasama" Ujar polis yang bernama Ikhwan itu tegas. Hampir satu jam mereka menyoal siasat Ezra tapi jejaka itu langsung tak mahu buka mulut.

Ezra hanya tutup mata rapat. Bila pandangan kian gelap, bayangan kejadian tempoh hari berputar kembali. Tak tahu kenapa hari itu, dia cuma fikirkan Yumna. Kalau masih ada kudrat dia masa itu, memang dia akan berlari ke arah Yumna. Pastikan wanita itu tidak terjadi apa-apa.

Cumanya dia tak pasti kenapa? Kenapa ada perasaan mahu melindungi sedangkan wanita itu bukan sesiapa? Saban hari Ezra jadi yakin yang dia dan Yumna ada ikatan.

Istimewakah ikatan itu?

Dua pegawai polis di situ memandang satu sama lain. Dua-dua angguk kepala. Nampaknya, Ezra tak mahu buka mulut.

"Kalau aku buka mulut... boleh pihak polis pastikan keselamatan seseorang?" Buat pertama kali Ezra buka mulut. Dia buka kelopak mata sebelum dipandang salah satu pegawai yang berdiri menyilang dada di hadapan katil.

Dia yakin Hanafi boleh lindungi diri sendiri. Dia yakin Aleeq boleh lindungi diri sendiri. Dia yakin keluarga Ariths boleh lindungi diri sendiri.

Tapi Yumna... Siapa yang boleh menjamin keselamatan gadis itu?

Kalaulah...

Kalaulah dia dan Yumna pernah ada ikatan, pasti nyawa wanita itu dalam bahaya. Jiwa dia kuat berkata, musuh dia sedang hunuskan pistol pada wanita itu dalam semak.

Tuhan...

Tolong jaga wanita itu.

Berkerut dahi pegawai polis di bilik itu melihat ada cecair jernih mengalir jatuh daripada anak mata hijau Ezra.

Ezra juga tak faham diri sendiri. Kenapa rasa risau ini terlalu menghentam hati? Dia sendiri pujuk diri, wanita itu bukan sesiapa. Bahkan, wanita itu langsung tak ada dalam memori.

"Siapa seseorang itu? Dan kenapa kami nak jagakan dia atas permintaan seorang suspek penjenayah?" Tanya Inspektor Khai.

"Sebab dia tak boleh jadi mangsa hasad dengki orang lain." Itu saja jawapan di bibir Ezra tapi hatinya berkata lain.

'Sebab wanita itu tak layak rasai sakitnya dunia. Nama Siti Yumna, layaknya hidup bahagia bukan tersekat dalam kegelapan seperti aku'

"Boleh jadi dia ada kaitan dengan jenayah Encik Carl" Ujar Inspektor Khai lagi.

Ezra geleng kepala laju.

"Dia langsung tak ada kaitan. Saya tak ada niat nak membuka mulut kecuali pihak polis mahu berjanji untuk menjaga keselamatan orang yang saya minta"

Pandai jejaka ini tawar menawar. Tawar menawar atau ugutan?

Melihat mata putih Ezra bertukar merah, polis yakin pasti orang yang mahu dilindungi itu berharga. Kalau tidak, buat apa air mata Ezra mengalir seperti ketakutan. Ketakutan orang itu akan sengsara

"Siapa?" Tanya Inspektor Ikhwan.

"Saya nak sebuah perjanjian. Janji antara pihak polis dan saya"

Dua pegawai berpangkat inspektor menghantar pandangan antara satu sama lain. Kalau itu saja cara untuk buat Ezra buka mulut, mahu tak mahu mereka harus setuju.

"Apa jaminan orang yang bakal pihak polis lindungi tak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlaku?" Soal Inspektor Khai dengan wajah bengis. Sebelum mereka setuju dan mengambil risiko, mereka perlukan sebuah jaminan.

Ezakiel Ezra I : The Soulless PuppetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang