抖阴社区

?? - ? ? ? ? ?

4.6K 218 7
                                    

"BETUL ke dah siap semua? Kalau ada yang bersisa lagi, siapkan aje lah. Aku boleh tunggu. Lagipun tempat ni seronok juga." Sofea masih memujuk Syahira.

Dia tahu, masih banyak perkara yang Syahira ingin lakukan di London, namun wanita itu tetap juga putuskan untuk pulang ke Malaysia petang ini.

"Dah siap semua lah. Kalau ada yang tertinggal, aku datang lah balik. Bukan aku pun yang tanggung kos semua." Mudah jawapan Syahira. Dia sudah siap mengemas segala barangannya.

Sofea hela nafas. Dah kalau itu keputusan kakaknya, apa dia boleh buat? Akhirnya dia pamit ke biliknya. Baju-baju dan barangan dia masih banyak yang belum kemas.

Masuk saja bilik, pemandangan matanya dijamah dengan beberapa frame gambar yang diisi dengan gambar sepasang suami isteri yang tersenyum lebar.

Gambar dia dan Hariz. Setelah pertemuan dia dan Harraz, otak dan hati dia terus mengenangkan suaminya yang telah lama kembali kepada Ilahi.

Punggung dilabuhkan, tangan kanan capai sebuah frame gambar. Foto dia dan Hariz di pantai tersenyum lebar. Bukan, mereka ketawa. Foto yang menggambarkan kehidupan dia bersama Hariz.

Bahagia, penuh gelak ketawa dan ceria. Tanpa sedar, air mata mula mengalir. Jauh dalam sudut hatinya, dia masih berharap Hariz hidup. Dia rindukan suaminya. Rindu yang teramat sehingga dia sudah tak mampu menanggung.

Rindu yang tiada ubatnya. Hanya doa yang mampu dia sedekahkan. Berharap agar mereka akan dipertemukan semula di syurga-Nya kelak. Itu pun, kalau Allah izinkan, kalau tidak, sampai bila-bila pun dia tak akan berjumpa dengan suaminya.

"Abang... Pia rindu. Hati Pia sakit sangat tanggung rindu ni. Rasa macam ada pedang yang menikam dada, tapi Pia tak boleh buang pedang tu. Sakit..." Perlahan-lahan dadanya dipukul.

Sakit, ya Allah.

Bibir bawah digigit. Sedaya-upaya menahan suara supaya tidak kedengaran. Dia takut Syahira akan risau jika wanita itu tahu yang dia masih berharap Hariz hidup.

Hanya ada satu cara untuk sakit di dadanya hilang, sama ada berkahwin 'semula' atau ikut 'jejak' Hariz.

•••

PINTU dikuak lebar, segala jendela dibuka, kipas dipasang kuat. Pewangi berjenama Febreze disembur ke atas sofa, langsir dan segala fabrik yang ada di dalam rumahnya.

Baru tiga minggu meninggalkan rumah dia dan arwah Hariz, habuk dan debu sudah bermaharajalela. Nafas ditarik dalam. Lamanya rasa dia tak tarik nafas segar macam ni.

Alunan lagu Dionysus oleh kumpulan BTS yang berasal dari Korea Selatan itu menjadi peneman Sofea mengemas segala sudut di dalam rumahnya.

Untunglah rumah itu tak terlalu besar, tak ada lah dia penat nak mengemas. Melihat setiap sudut rumah itu membuatkan otaknya memutarkan pita memori saat pertama kali dia datang ke rumah ini bersama Hariz.

Kata Hariz, saiz rumah ini sudah cukup untuk dia, Hariz dan bakal anak-anak mereka... yang memang tak akan pernah wujud. Tambah pula, setiap sudut yang ada di dalam rumah itu, semuanya akan dihisab di akhirat kelak.

Jika ada ruangan yang ditinggalkan tak berguna, mungkin boleh membawa pemilik mereka kepada neraka Allah. Dan kini, dia bersyukur kerana Hariz berfikiran jauh. Bukan sahaja boleh menyelamatkan mereka dari neraka, malah boleh mengurangkan kerja dia dalam mengemas rumah.

Kring!

Bunyi telefon bimbit menganggu lamunan Sofea. Kaki pantas melangkah mendekati telefon bimbit. Nama pemanggil dibaca, lantas butang hijau digesek.

SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang