SOFEA mencerlung tajam ke arah Luth. Gelang yang tersarung cantik di tangan lelaki itu dipandang bergilir-gilir dengan wajah Luth yang tersengih bersalah itu.
"Kau cari masalah kenapa, Luth? Ingat aku rajin sangat ke nak keluar rumah semata-mata untuk jumpa kau dekat hospital gila ni?" soal Sofea pasrah.
Ya, dia di hospital gila. Luth kembali dimasukkan ke situ kerana lelaki itu tidak untuk mengambil ubat dan mengamuk di tempat umum.
Semuanya berlaku setelah Luth bertemu Sofea dan tahu kebenaran. Lelaki itu benar-benar seperti orang gila yang mengulangi ayat sama iaitu 'aku minta maaf.'
"Tapi kau keluar juga, kan? Nampak sangat kau sayang aku." Luth senyum simpul. Ditolak lembut bahu Sofea dengan sudu yang digunakannya untuk makan itu.
Sofea menjeling. Sejak bila Luth jadi macam ni? Takut pula dia rasa.
"Sayang lah. Kau aje tak betray aku. Kau buat salah, kau minta maaf. Kau jujur. Walaupun sakit, tapi aku suka, sebab kau tak tipu aku." Jujur Sofea.
Luth terdiam. Sebenarnya ada sesuatu yang dia sorokkan daripada Sofea. Sesuatu yang buatkan dia tak akan maafkan diri dia sendiri andai sesuatu berlaku kepada Sofea.
"Janji dengan aku, Luth. Walaupun kau pernah cuba bunuh suami aku, janji dengan aku untuk jadi kawan baik aku sampai akhir nafas aku. Aku tak pernah ada kawan yang betul-betul ikhlas kawan dengan aku macam kau," luah Sofea setelah lama membiarkan keheningan melanda.
Luth pandang wajah Sofea. Wajah cantik itu mengukir senyuman nipis buatkan dia semakin rasa bersalah.
"Kau cakap macam esok kau nak mati," komen Luth bersama jelingan.
Sofea ketawa.
"Mana tahu. Ajal maut di tangan Allah."
Jeda lagi. Masing-masing hanyut dalam fikiran sendiri. Luth kembali melahap makanannya, namun otaknya ligat memikirkan cara untuk memberitahu Sofea kenyataan yang jika dipendam sangat menjerat hatinya.
"Cepat lah sikit sihat, Luth! Aku nak ajak kau lepak pantai lagi ni." Sofea bersuara. Bibir di cebikkan. Dia dah bosan menangis. Air mata dia dah kering. Bekalan makanan kegemarannya yang disimpan juga dah hampir habis.
"Kau ingat senang ke nak keluar? Nanti doktor nak check macam-macam. Otak lah, kaki lah, badan lah, gigi lah, mata lah. Semua nak check. Leceh betul," Luth mencebik. Ikan goreng di dalam pinggannya dicucuk-cucuk dengan garfu.
"Salah kau lah, siapa suruh buat gila depan orang ramai."
"Bukan aku yang gila. Otak aku yang gila!"
Sofea tayang wajah tak berminat. Patut lah duduk dalam hospital gila, memang gila rupanya.
"Pia,"
Sofea menggumam sebagai jawapan. Cincin di jari hantunya dimain-mainkan.
"Aku nak jujur dengan kau,"
"Cakap aje lah. Tak payah nak bermukadimah bagai." Sofea angkat kepala, pandang wajah tampan Luth.
Luth gigit bibirnya sebelum mula bercerita segala yang menganggu fikirannya dan buatkan dia berakhir di hospital gila ini. Kembali.
Mulut kecil Sofea terbuka. Dia terkejut! Matanya berkaca. Badan mengeras. Tak sangka Luth sanggup lakukan hal seperti itu.
"Maafkan aku, Pia. Aku tahu aku salah. Aku berdosa, aku gila. Aku betul-betul minta maaf. Aku... Aku tak tahu apa yang merasuk aku waktu tu." Luth kini melutut. Dia sangat menyesal.
"Bangun, Luth." Ujar Sofea. Mutiara jernih yang mengalir di pipinya dikesat.
"Maafkan aku, Pia. Aku tak sengaja. Sampaikan maaf aku pada Hariz, Pia." Luth tak bangun, dia terus menerus memohon maaf.

ANDA SEDANG MEMBACA
SOFEA
Romance[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketin...