Matahari terik memancar di atas kepala. Laut di hadapan berombak tenang, namun sejuknya menggigit tulang.
"Latihan pagi ini – ujian stamina laut. Semua doktor sukarelawan diwajibkan berenang 1.5 kilometer mengikut laluan pelampung yang ditetapkan," umum Pegawai PASKAL, Leftenan Muda Farez dengan nada tegas.
“Kau dengar tak tu? Satu perpuluhan LIMA kilometer?!” bisik Hanim panik. “Aku pun tak berenang lebih dari dua puluh meter seumur hidup!” Hanim mengangkat tangan. “Boleh guna pelampung unicorn tak?”
Seluruh barisan PASKAL dan sukarelawan ketawa. Dayyan di sebelah hanya geleng kepala sambil menahan senyum, manakala Leftenan Taufiq Luthfi iaitu abang Intan, berdiri bersama pegawai-pegawai lain sambil bersilang tangan dan wajah serius.
Intan membetulkan goggles di matanya dan memandang laut seperti seorang yang sedang menyahut cabaran, bukan menghindar.
"Awak okay?" tanya Dayyan perlahan. "Kalau saya tak okay, saya takkan berdiri kat sini," jawab Intan tenang, lalu menuju ke tepi pantai.
Latihan bermula
Satu demi satu peserta masuk ke laut. Ada yang mendayung perlahan-lahan, ada yang kelam-kabut mengayuh macam kapal hampir karam. Tapi Intan? Intan meluncur.
Dengan rentak gaya bebas yang stabil, dia memotong ombak satu demi satu. Badannya seolah-olah menyatu dengan air laut. Tidak tercungap, tidak panik, malah tenang dan penuh fokus.
“Ya Allah… siapa tu?” bisik salah seorang anggota PASKAL. “Doktor ke tu?!” seorang lagi menambah.
Di tebing, Taufiq tersenyum lebar. “Itu adik aku.” Dayyan yang memerhati dari bot pengiring hanya mampu menggeleng kecil, terpesona? Iya, terpesona dengan kelajuan dan disiplin Intan di dalam air.
“New code name: Dolphin, dia memang sesuai dengan kau. ” kata Farez sambil mencatat masa dan memandang kearah Dayyan. “Kau dengan dia, sama laju kalau berenang.” Disebabkan itulah, Name code Dayyan adalah Shark.
Afiq, yang baru berenang 400 meter dan dah mula terapung, menjerit, “Weyh! Dia tu doktor ke askar rahsia?!”
Beberapa minit kemudian...
Intan menjadi peserta pertama yang sampai ke garisan akhir. Jauh mendahului yang lain. Dia keluar dari laut dengan basah kuyup, tapi senyum penuh kemenangan di wajahnya.
Salah seorang anggota PASKAL menyambutnya dengan tuala. “Kalau saya pengsan, doktor boleh selamatkan saya sambil berenang balik ke pantai kot?” Intan hanya tersenyum sambil mengambil botol air.
Dayyan menghampiri, membuang rasa formal untuk seketika. “Saya kagum... dan saya rasa tercabar sebagai lelaki,” katanya separuh bergurau.
“Awak patut belajar berenang dengan saya, Tuan,” balas Intan, menjeling nakal. Dayyan ketawa perlahan, “Saya terima cabaran tu.”
Kemudian di tepi khemah...
Taufiq mendekati Intan sambil hulurkan sebotol air isotonik. “Dulu masa kecil hang degil tak mau belajar berenang. Tapi sekarang... Abang bangga gila, Tan.” Intan tersenyum,
“Sebab masa tu abang paksa Tan masuk kolam tu pukul 5 pagi. Trauma.”
Mereka berdua ketawa. Taufiq tepuk bahu adiknya perlahan. “Teruskan jadi luar biasa, Tan. Tapi jangan lupakan... walau macam mana hebat kita dalam air, dunia sebenar lagi dalam cabarannya.” Intan angguk perlahan. Dia tahu... abang dia bukan cakap pasal laut saja.

ANDA SEDANG MEMBACA
OPERASI RAHSIA: BLACK CODE
ActionIntan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yan...