Lokasi: Pantai Kem PASKAL
Bulan sudah mula meninggi, sinarnya memantul di permukaan laut yang tenang. Suasana di pantai kem sedikit luar biasa hari ini bukan kerana misi besar, tapi kerana satu aktiviti latihan khas yang ditetapkan untuk pasukan sukarelawan perubatan.
Latihan berendam laut selama 1 jam untuk membiasakan diri dengan suhu malam dan cabaran fizikal laut terbuka. Satu sesi ‘mental endurance’ yang biasanya hanya dilakukan oleh anggota PASKAL.
“Okay semua! Masuk air, rendam sampai leher. Jangan keluar sampai diberi arahan!” jerit Leftenan Rizal, ketua latihan hari itu. Hanim menggigil.“Aku bukan doktor laut la, aku doktor klinik!”
Zetty pula dah pasrah, “Sah… aku cair dalam air ni. Jangan lupa kenang aku kalau aku tak naik-naik nanti! Tak cukup dorang seksa aku dulu waktu latihan, harini pun aku kena lagi? ” Intan Cuma tersenyum. “Ala… belum sejuk macam laut selatan.”
Rizal sempat pandang Intan sambil bisik pada Leftenan muda Azim, “Dia ni betul-betul askar sesat masuk bidang perubatan.”
Beberapa minit kemudian…
Semua peserta dah mulai terketar. Ombak perlahan-lahan membasuh wajah-wajah pasrah mereka. Suasana agak diam sehinggalah…
“Weh… nyanyi lagu. Biar tak rasa sejuk sangat.” Salah seorang daripada mereka bersuara. “Nyanyi lagu apa??” Jawab Hanim yang telah menggigil.
“Upin Ipin jom! Lagu ‘Sahabat Selamanya’!” Dan dengan serta-merta, seluruh kumpulan termasuk doktor dan beberapa anggota, mula menyanyi perlahan:
“Dua tiga kapal belayar di samudera,
Ayuh sahabatku kita bergembira.
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia,
Kerna....”
Satu demi satu suara menyambung bait lagu tersebut, dan tanpa dijangka… dari belakang, muncul satu suara serius tapi sedap.
“Sahabat untuk selamanya,
Bersama untuk selamanya.
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya setia."
Semua menoleh. Leftenan Dayyan sedang berdiri di tepi laut… dan ya, dia dah mula buka jaket taktikalnya. “Bos tak perlu sertai, ni latihan untuk dorang je.” Kata Rizal, pelik.
Tapi Dayyan hanya senyum sinis. “Kalau doktor yang saya minat pun berendam, saya patut ikut. Tak adil kalau saya duduk sedap dekat darat.” Dan dengan selamba, Dayyan melangkah masuk ke laut, berdiri sebaris bersama yang lain. Basah kuyup, tapi tetap tenang.
Hanim menjerit kecil, “Aduhhh... romeo askar ni betul-betul turun padang!” Zetty tergelak, “Eh tapi suara dia tadi sedap la. Serius!” Dengan kuat mereka sambung menyanyikan lagu tersebut sehingga akhir.
“Berakit-rakit kita ke hulu,
Berenang-renang kita ke tepian.
Kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan kita,
Menjadi...
Sahabat untuk selamanya,
Atasi semua perbedaan.
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya.
Selama-lamanya,
Setia...”
Intan pula… senyum terbit tanpa sedar. Dia melihat Dayyan dari sisi, dan buat pertama kalinya dalam hati dia berkata… ‘Hang pelik, tapi tak tau kenapa aku suka.’
Akhir latihan…
Mereka keluar dari laut, semua menggigil. Tapi suasana tetap gamat dengan gelak tawa dan sindiran manja. Dayyan lalu di sebelah Intan, rambut masih menitik air laut.
“Lain kali, awak jangan berendam sorang-sorang. Bahaya. Saya akan pastikan ada kat sebelah awak… setiap masa.” Intan menoleh, masih tersenyum. “Tuan tak penat ke berlakon sweet macam ni setiap hari?”
Dayyan angkat bahu. “Awak nampak macam saya berlakon ke? Muka saya ni, nampak macam layak ke jadi hero Tv3?”Dengan senyum nakal, Intan menjawab, “kalau jadi hero TV 3 memang tak layak la. Tapi kalau nak jadi hero hati saya, mungkin ada kesempatan.” Dan Intan hanya berjalan pergi meninggalkan Dayyan yang tersenyum.
Dayyan menyepak pasir pantai dengan tersenyum malu, “Ala comel, nasib baik belum halal. Kalau tak, dah lama aku gigit-gigit.”

ANDA SEDANG MEMBACA
OPERASI RAHSIA: BLACK CODE
ActionIntan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yan...