抖阴社区

Bab 55

50 13 2
                                        

"Mak Cik Yam balik dulu ya, Adam."

"Baik. Terima kasih, Mak Cik Yam." Adam menghantar pembantu rumah separuh hari yang diupahnya itu ke pintu utama. Setelah itu, tali leher yang tersangkut di kolar kemejanya dicabut dan dicampak ke bakul pakaian kotor. Lengan bajunya disingsing ke paras siku sambil kakinya menapak ke bilik tidurnya.

Di atas katil di dalam bilik itu, terbaring sekujur tubuh dengan mata terpejam dan raut wajah yang bersih tenang.

Bagaikan puteri beradu yang menunggu masa untuk dikejutkan puteranya.

Malangnya, Adam bukanlah putera yang ada kuasa untuk mengejutkan puteri beradu itu.

Adam melabuhkan punggungnya di sisi katil tersebut.

Wajah Hawa yang masih koma itu dibelai lembut. Adam menunduk, mengucup dahi isterinya penuh kasih.

"Assalamualaikum, baobei. How are you today?" Ucapnya lembut.

Namun seperti biasa, tidak ada lagi suara manja yang akan membalas soalannya itu.

Sudah lima bulan Hawa koma. Para doktor yang merawatnya semuanya telah mempersiapkan Adam dengan kemungkinan yang Adam perlu menunggu lebih lama untuk Hawa sedar semula.

Mungkin setahun. Dan mungkin juga lebih.

Setiap hari yang Adam lalui sendirian, cuma bertemankan tubuh Hawa yang koma, pada awalnya dilalui dengan penuh seksa.

Namun lama-kelamaan, jiwanya mula berdamai dengan takdir.

Setiap hari, Adam meneguhkan kepercayaannya, yang Allah tidak akan menjadikan semua ujian ini sia-sia.

Mujur dia ada Fawwaz serta ibu dan bapa mertuanya yang menyokong dan menguatkannya. Dan mereka juga menanti bersama dengannya.

Menanti agar suatu hari nanti Hawa yang disayangi mereka membuka mata kembali.

"Sayang tahu tak, hari ni Adam dapat offer projek besar. Projek untuk design resort baru Blue Peace. Dan manager syarikat tu specifically request untuk Adam yang jadi chief designer diorang." Seperti kebiasaannya apabila pulang berkerja, Adam mula bercerita.

"Tapi, Adam tolak offer tu. Adam bagi pada Yusry. I know, mesti Hawa tak puas hati kalau tahu Adam tolak offer besar ni. But... " Sambil bercerita, Adam mengelus-elus rambut lurus Hawa yang sudah panjang melepasi dada.

"Resort baru tu buat dekat Terengganu. Kalau Adam terima offer tu, Adam kena banyak kali pergi lawat site kat sana. I can't bear to part with you, sayang..."

Hari ini pun, apabila Adam pulang lebih lewat dari biasa, dia sudah tidak senang duduk di pejabat.

Walaupun ada Mak Cik Yam yang akan menjaga Hawa setiap kali Adam pergi berkerja, Adam lebih tenang menjaga Hawa sendiri di hadapan matanya.

"So, please, jangan marah Adam ya. Siapa suruh sayang tak bangun-bangun." Adam berkata sambil tersenyum tawar.

Kemudian dia mengerling jam di dinding.

"Okay, masa untuk Adam bacakan Quran untuk Hawa. Sayang tunggu ya, Adam ambil wuduk kejap." Kedua-dua belah pipi Hawa dicium lembut sebelum Adam bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

.......................

"Adam, sit here."

Sebaik sahaja Adam menjejakkan kaki ke ruang tamu rumah agam milik ayahnya, Tan Sri Khalid terus memberi arahan.

Mr. A.H.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang