抖阴社区

Bab 3

8.3K 237 3
                                        



          THALEA tersenyum senang, udara segar itu dihirup dan dihembus tenang, sudah lama tidak menikmati percutian seperti ini. Dia dah Tasha selamat sampai di perkarangan resort keluarga Tasha.

"Cantik resort family kau" puji Thalea ikhlas. Tak dinafikan resort ini tenang dan indah. Tak rasa macam resort dekat Malaysia pun macam dekat Dubai sebab mewah sangat!

"After this kalau aku hilang boleh cari aku dekat sini" seiring dengan tawa. Dia sendiri pun sukakan suasana resort ini sebabtu dia ajak Thalea sekali untuk menikmati keindahan pantai itu bersama.

"Aku dah Berjaya Tarik regular customer untuk resort bapak aku" gurau Tasha lagi.

"Dah jom! Aku dah dapat kad bilik kita, 369" Kad bilik yang bewarna hitam emas ditayangkan bersama sengihan. Dia Berjaya dapatkan bilik VVIP secara percuma tau!

Dua gadis itu sama-sama menuju ke arah lif untuk ke bilik mereka.

"This floor khas untuk VVIP" terang Tasha, jadi lantai ini agak sunyi dan lebih tenang.

"Patutlah" komen Thalea. Sebab dekorasi di Aras ini agak berbeza kerana tersangat exclusive dan tampak berganda lagi mewah. Dekorasi hitam emas menambahkan lagi gaya mewah di setiap sudut.

"Wahhh" terus terpegun dibuatnya, pantas Thalea berlari ke arah balkoni yang menghadap pantai. Angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi sangat menenangkan.

"Tak sangka bumi Terenganu seindah ni" puji Thalea kagum. Lima tahun meningalkan Malaysia membuatkan dia mudah terpengun dengan keindahan bumi Malaysia. Pergi lah ke mana pun, keindahan tanah air sendri tidak dapat di bandingkan.

"Dah lah kau, dari tadi duk wahh wahh. Aku nak mandi nak tidur jap jangan kacau aku" pesan Tasha spontan.

_________

​         KEESOKAN paginya, selepas sarapan yang penuh dengan pilihan makanan tempatan dan antarabangsa, Tasha menyeret Thalea ke pantai untuk menikmati pelbagai aktiviti. Mereka memulakan hari dengan menaiki jet ski. Angin laut yang menyapa wajah mereka terasa sangat menenangkan.

"Fuhhh! Aku dah lama tak rasa bebas macam ni!" jerit Thalea sambil mengendalikan jet ski.

"Kau kena bersyukur sebab aku bawa kau ke sini!" balas Tasha sambil ketawa. Dia sengaja memecut lebih laju untuk menyaingi Thalea.

Selepas puas dengan jet ski, mereka mencuba parasailing. Ketika Thalea terapung di udara, dia melihat pemandangan indah pantai dan resort yang dikelilingi hutan hijau. Segala kekusutan dalam fikirannya terasa hilang seketika.

"Ni baru betul cuti," bisik Thalea pada dirinya sendiri, tersenyum puas.

"Lea, kita kena cuba semua aktiviti hari ni!" Tasha bersorak sambil menarik tangan Thalea ke pantai.

"Semua? Kau ingat kita ada sepuluh hari kat sini ke?" balas Thalea, cuba mengelak namun akhirnya tersenyum juga dengan semangat Tasha. Dia pun dah lama teringin nak rasa aktiviti-aktivi begini.

Mereka memulakan pagi dengan menaiki jet ski. Tasha, yang lebih berani, terus memecut ke tengah laut, meninggalkan Thalea yang masih perlahan-lahan membiasakan diri dengan kawalan jet ski itu.

"Fuhhh! Aku dah lama tak rasa bebas macam ni!" jerit Thalea, akhirnya berjaya mengendalikan jet ski dengan lebih yakin.

"Kau kena bersyukur sebab aku bawa kau ke sini!" balas Tasha sambil ketawa. Dia sengaja memecut lebih laju, mencabar Thalea untuk mengejarnya.

Thalea yang pada mulanya ragu-ragu, mula menikmati perasaan angin laut menyapa wajahnya. Dia menambah kelajuan dan akhirnya menyamai Tasha. Mereka saling mengejar dan bersaing, ketawa tanpa henti sambil merasakan kebebasan yang jarang mereka nikmati.

C| Healed: Thalea Reanne (edit)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang