THALEA duduk di ruang makan, baby Aurelya dalam riba, sambil Carl sibuk siapkan sarapan ala 'papa panik tapi manja'.TV di ruang tamu terpasang. Saluran berita bisnes tengah buat liputan terkini.
Dan saat suara wartawan menyebut nama Empire Synergy membuatkan Thalea secara refleks menoleh.
"...dan kini secara rasmi, Empire Synergy mengumumkan penutupan 4 anak syarikat utama. Kejatuhan ini mula dikesan sejak penahanan bekas CEO mereka, Rezza Hakimi, atas pelbagai tuduhan jenayah digital dan percubaan menculik figura awam."
Carl yang tengah kacau telur dadar angkat kening. "Eh, dia masuk berita lagi?"
Thalea senyum nipis. "Kali ni bukan dalam gala dinner. Tapi dalam laporan kejatuhan."
Berita bersambung, memaparkan keratan saham yang menjunam, temubual beberapa pelabur besar yang tarik diri, dan kenyataan ringkas dari lembaga pengarah "Kami tidak lagi percaya dengan struktur dan integriti dalam pengurusan."
Carl duduk sebelah Thalea, tenung skrin.
"I rasa puas hati bila benda jahat jatuh bukan sebab kita serang... tapi sebab kebenaran buka jalan sendiri."
Thalea pandang baby dalam dakapan. Baby Aurelya pegang jari mamanya.
"You tahu, sayang..." Thalea bisik perlahan.
"...dulu mama pernah rasa dunia ni tak adil. Tapi hari ni, mama belajar ... sabar tu bukan kalah. Sabar tu strategi Tuhan."
Carl angguk. "Empire Synergy... fall."
Thalea senyum. "Dan Royal Global... rise."
"Assalamualaikummm ya ahli kubur" laungan salam membuatkan Carl dan Thalea salign menoleh sesama sendiri.
"Datang dah" ujar Thalea dan Carl serentak bersama keluhan lemah
"Everyonee sihat tak?!!!" Muncul Tasha dan Izzati. Izzati tu dah jadi macam bff Tasha pulak dah. Si Izatti pun ikut saja.
"Puan Muda, Tuan muda" Izzati di belakang tersengih, dia lambai tangan.
Tasha mula mengukir senyuman tapi senyum pelik. Pelik yang macam... ada simpan rahsia besar.
"Kau kenapa senyum macam baru dapat tiket pergi Korea jumpa Jungkook?" soal Thalea sambil goyang kaki.
Tasha peluk bantal. "Promise jangan jerit?"
"Nope. Jerit tu nature aku."
Tasha hela nafas. "Aku... nak kahwin."
Thalea duduk tegak. "Dengan siapa?!"
"Of course lag denganThariq. Kau ingat aku ni simpan banyak jantan ke"
Carl kat dapur jerit, "ALLAHUAKBAR!"
"Kau tak payah buat terkejut Carl, Thariq dah bagitahu kau awal-awal lagi kan!" Tasha menjerit semula.
"Woii jangan jerit anak aku tidur" bantal di baling ke arah Tasha.
_________HARI yang di nanti tiba. Dewan dihias penuh dengan bunga putih dan baby's breath. Pelamin minimalis, tapi elegan sebab Tasha cakap dia nak "nampak mahal tapi tak macam funeral."
Thariq pakai baju Melayu hitam bersongket emas. Tenang, tapi telinga merah nervous tahap maksima.
Carl duduk sebelah. Bisik, "Kau sure, bro? Dia boleh pecahkan meja kalau kau cari pasal." Dia pun trauma kena bebel dengan Tasha kalau dia buat Thalea sakit hati.
Thariq senyum. "Bro... dia boleh pecahkan hati aku pun, aku still nak kahwin dia."
Carl ternganga. "Well. You're dead. But in love."
Tasha muncul, gaun putih off-shoulder, rambut ikat tinggi, muka confident. Jalan penuh gaya macam runway. Tapi mata dia cari satu je, Thariq.
Thalea duduk depan, Aurelya atas riba. Baby tu senyum kecil, macam tahu bestie mama dia nak jadi isteri orang.
Dengan satu lafaz... Tasha sah bergelar isteri.
Tasha tunduk. Nafas dia tersekat sikit. Thariq pegang tangan dia, genggam kuat. Macam dia tahu dari semua luka, semua takut, semua dinding yang pernah Tasha bina... hari ni semua itu jatuh.
Dan yang tinggal... Hanya kasih.
.
.
.
.
.SELEPAS MAJLIS
Tasha dan Thalea berdiri tepi pelamin.
"Kau kahwin dengan Thariq... antara semua manusia atas muka bumi ni," kata Thalea sambil ketawa.
Tasha jeling, senyum lebar. "Sometimes... jodoh tu bukan yang kita rancang. Tapi yang Tuhan hantar masa kita tak ready dan dia tunggu."
Thariq datang dekat. "Sayang..."
Tasha pusing. "Yes, suami?"
"Aihh menyampahnya" Izzati menjulingkan mata.
"Padan muka single!" Serentak empat suara itu bergema.
Kemudian mereka sama-sama tergelak besar.
Dan malam itu, cinta seorang Tasha yang pernah hilang arah... akhirnya berlabuh di pelabuhan yang sabar tunggu dia datang. Dengan laut bernama Thariq.
Dan angin bernama tenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
C| Healed: Thalea Reanne (edit)
Romance[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi s...