抖阴社区

Bab 34

9K 225 2
                                        



        THALEA dan Tasha masih terus bekerjasama menyiasat dalang sebenar di sebalik insiden khalwat yang menghancurkan reputasi mereka. Dengan bantuan Roy, mereka kini menemui dokumen rahsia yang menunjukkan transaksi kewangan mencurigakan melibatkan individu-individu yang pernah dekat dengan mereka.

Rezza, Faiq, dan Thania. Agak terkejut terkejut apabila mendapati nama-nama ini muncul berulang kali dalam penyiasatan tersebut.

"Tak pernah aku jangka diorang dalang semua ni" ujar Tasha dengan nada penuh kecewa, memegang dokumen yang baru diterimanya. Thalea turut mengurut pelipis. Jadi semua yang terjadi adalah rancangan disebalik orang yang sama?

"Apatah lagi aku Tasha, even she already admit it, I'm still shock actually" balas Thalea tenang sambil mengatur dokumen di tangannya. Dia cuba kelihatan profesional walaupun emosinya bercelaru. Dia cuba menidakkan.

"Diorang memang cuba untuk jatuhkan kau"

"About Thania? Takkan dia sanggup perangkap Carl, tunang dia sendiri semata nak balas demdam. Thania tu cinta gila pada Carl" Dia masih tak percaya bahawa Thania turut terlibat, cukup kes sabotaj projek, ini kes tangkap khalwat pula.

"Puan Muda, Cik Muda Thania sebenarnya tak pernah cintakan Tuan Muda Carl pun. Dia hanya ambil kesempatan bila tahu Tuan Muda Carl cari Puan Muda Thalea." Baru Thalea ingat Thania pernah mengaku .

Thalea terdiam lama, pandangannya kosong menatap dokumen yang berada di atas meja. Kenyataan yang baru diterimanya terasa seperti ribut yang melanda jiwanya. Jika benar apa yang dikatakan, maka segala yang dipercayainya selama ini hanya sekadar ilusi.

"Bagi aku nak masa," akhirnya Thalea bersuara, suaranya perlahan namun jelas.

"Masa?" Tasha mengangkat kening, kelihatan kurang puas hati. "Lea, kau tak boleh biarkan benda ni tergantung. Lagi lama kita diam, lagi senang diorang hapuskan bukti."

Thalea menghela nafas berat, tangannya mengusap wajah. "Aku tahu, Tasha. Tapi aku tak boleh buat apa-apa tanpa fikir betul-betul. Thania... dia adik aku. Kalau semua ni betul, aku tak tahu nak hadap dia macam mana."

"Lea, kau kena sedar siapa kawan siapa lawan. Dalam dunia ni, kadang-kadang orang terdekat yang paling mudah tikam kita dari belakang," Tasha membalas dengan nada keras, cuba menyedarkan Thalea.

Thalea memandang Tasha dengan mata berkaca-kaca. "Kau tahu aku jenis yang tak mudah percaya. Tapi bila aku nampak nama Thania, Rezza, Faiq... Aku tak tahu macam mana nak hadam semua ni. Aku perlukan masa, Tasha. At least bagi aku ruang untuk hadap benda ni."

Roy yang sedari tadi memerhatikan mereka bersuara. "Puan Muda, saya faham keadaan Puan sekarang. Tapi saya nasihatkan, kita tak boleh beremosi. Sebab itulah saya cadangkan kita kumpul bukti seterusnya sebelum buat apa-apa langkah. Dokumen ni belum cukup kuat untuk jadi kes solid."

Thalea memandang Roy, cuba menguatkan diri. "Okay. Kita teruskan siasatan. Tapi Roy, kalau nama-nama tu terbukti bersalah... aku takkan teragak-agak untuk dedahkan kebenaran."

Roy mengangguk dengan penuh keyakinan. "Baik, Puan Muda. Saya akan pastikan semuanya terurus."

Sementara itu, jauh di sudut hati, Thalea mula dihantui pelbagai soalan. Mengapa Thania, adiknya sendiri, sanggup melibatkan diri dalam permainan sebegini? Rezza, lelaki yang selama ini cuba memenangi hatinya, adakah dia begitu keji untuk turut bersekongkol? Dan Faiq, teman lamanya, mengapa dia sanggup mengambil kesempatan?

Thalea tahu dia harus bersedia dengan apa sahaja jawapan yang bakal diterimanya. Kali ini, dia tidak akan biarkan dirinya terjatuh lagi. Dia akan bangkit dengan kebenaran walau betapa pahit sekalipun.

.
.
.
.
.

        MALAM itu, Thalea dan Carl melangkah masuk ke rumah dengan suasana sunyi yang cukup mencengkam. Mereka berdua membawa beban emosi masing-masing selepas menerima kenyataan tentang penyiasatan yang mengaitkan orang-orang yang selama ini mereka percaya.

Carl duduk di sofa tanpa berkata apa-apa, melonggarkan tali lehernya sambil memandang kosong ke arah televisyen yang tidak dihidupkan. Thalea pula terus menuju ke dapur, menuang segelas air sejuk untuk menenangkan dirinya. Tangannya sedikit menggigil ketika memegang gelas.

"Kau tahu semua ni memang kerja diorang," akhirnya Carl memecahkan keheningan. Suaranya datar, tanpa emosi.

Thalea berhenti seketika sebelum memandang Carl dari jauh. "I tak tahu nak percaya siapa sekarang," balasnya perlahan.

Carl mendengus kecil, senyuman sinis terukir di wajahnya. "Sampai bila kau nak percaya yang dunia ni penuh orang baik, Thalea? Orang-orang yang paling dekat dengan kau pun boleh tikam kau dari belakang. Bukankah itu dah cukup jelas sekarang?"

Thalea mengetap bibir, hatinya mula panas dengan nada sinis Carl. Dia meletakkan gelas di atas meja dapur dengan sedikit kasar, kemudian melangkah ke ruang tamu.

"You fikir I tak tahu dunia ni macam mana, Carl? I cuma... I tak boleh terima Thania terlibat. Dia adik I!"

"Dan dia juga bekas tunang aku," Carl menjawab, nadanya keras. Dia memandang terus ke arah Thalea.

"Tapi kau tahu apa yang lebih menyakitkan? Kalau betul dia terlibat, itu bermakna dia bukan hanya khianati kau, tapi aku juga. Jadi, jangan anggap kau je yang rasa pedih, Thalea."

Thalea terdiam, dada terasa sesak. Dia tahu Carl betul, tapi hatinya masih cuba menidakkan kemungkinan itu. Dia melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Carl, memeluk lututnya sendiri.

"Mungkin kita salah, Carl. Mungkin semua ni cuma salah faham," Thalea cuba mencari alasan, walaupun suaranya terdengar lemah.

Carl mendongak, memandang Thalea dengan pandangan penuh keletihan. "Kau tak rasa letih, Thalea? Letih dengan semua alasan dan permainan ni?"

Mereka saling terdiam lagi, masing-masing terperangkap dalam emosi sendiri.

"Aku cuma nak tahu satu perkara," Carl akhirnya bersuara. "Kalau betul semua ni kerja Thania, kau akan tetap pertahankan dia?"

Thalea mengangkat wajah, memandang Carl dengan mata yang mula berkaca. Dia tidak tahu bagaimana harus menjawab.

"Dan kalau dia tak terlibat?" Thalea bertanya kembali, suaranya hampir berbisik.

"Kalau semua ni cuma salah faham, dan dia hanya tipu kita sebab ada orang ugut dia or something like that. Agaknya apa yang kita akan buat?" dia masih tak mahu terima walaupun sudah jelas Thania turut terlibat sama. Dia sayangkan Thania.

Carl tidak menjawab. Dia memandang ke luar tingkap, melihat malam yang kelam tanpa bulan. Soalan itu terlalu berat untuk dijawab sekarang.

Malam itu, walaupun berada di bawah bumbung yang sama, mereka berdua merasa terpisah oleh jurang yang dalam. Diam menjadi teman yang sukar diusir, menyelimuti mereka dengan rasa tidak pasti yang kian menekan jiwa.

Mereka perlukan ruang untuk terima kebenaran. Orang yang paling dekat dan paling mereka saya adalah dalang di sebalik segalanya. Agak sukar untuk di telan.

C| Healed: Thalea Reanne (edit)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang