Adam mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Tan Sri Khalid.
Di sebelah ayahnya ada sekali Natasha yang seperti biasa, cuma menjadi pendengar.
"Kenapa papa nak jumpa Adam?" Soal Adam.
"Takkan papa nak jumpa anak sendiri pun tak boleh? Kebelakangan ni susah betul nak jumpa kamu." Tan Sri Khalid membalas dengan nada kurang senang.
Sejak berkahwin dengan Hawa, dia perasan yang anaknya itu semakin kerap menolak jemputannya untuk menghadiri majlis sosial bersama.
Geram betul Tan Sri Khalid apabila Adam kerap memberi alasan sibuk setiap kali dia menyuruh lelaki itu untuk pergi makan malam bersama dengan Tan Sri Edzual dan anaknya, Maria, sedangkan keluarga Tan Sri itu boleh mendatangkan keuntungan yang besar kepada kerjaya Adam.
Adam pula tersenyum tawar mendengar bicara ayahnya. Sejak bila papa saja-saja bertemu dengannya? Setiap kali Adam diseru pulang, pasti ada saja arahan veto yang akan dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid.
"Papa dengar dari bos kamu yang Adam tolak offer projek dari Blue Peace? Why, Adam? Projek ni untung beratus ribu." Tan Sri Khalid tidak lagi berbasa-basi dan terus kepada tujuan utamanya memanggil Adam.
Dahi Adam berkerut kurang senang. Kenapa bosnya sibuk melaporkan segala perkara kepada ayahnya? Walhal Tan Sri Khalid tak terlibat langsung dalam syarikat Top Edge.
"Papa juga dengar yang kamu asyik ambil cuti dan banyak work from home saja. What's wrong with you, Adam?" Soal Tan Sri Khalid lagi.
Adam rasa hendak tergelak sinis mendengar soalan ayahnya itu.
Isterinya sedang terlantar koma di rumah, logiklah dia banyak mengambil cuti dan juga banyak berkerja dari rumah sahaja.
Takkan itu pun ayahnya tak boleh fikir? Ataupun sebenarnya Tan Sri Khalid terlupa yang Hawa koma?
Yalah, kan sepanjang lima bulan Hawa tidak sedarkan diri ini, cuma sekali saja ayahnya pernah datang melawat. Itupun masa awal-awal Hawa dimasukkan ke hospital dahulu.
Sekurang-kurangnya, ibu tirinya Natasha kerap juga melawat Hawa di rumahnya.
"Papa, Hawa kan tengah sakit di rumah. Adam ambil cuti untuk jaga dia. Offer tu pun Adam tolak sebab Adam tak nak tinggalkan Hawa." Adam menerangkan dengan sabar.
Namun wajah Tan Sri Khalid semakin berkerut mendengar jawapan anaknya itu.
"This can't go on, Adam. Kalau sampai jejaskan prestasi kerja kamu, better kamu ceraikan sajalah Hawa tu." Tan Sri Khalid melafazkan dengan mudah.
Terbuntang biji mata Adam mendengarnya.
Adam mengepal penumbuk, menahan rasa marah yang meruap-ruap di dadanya. Urat-urat tegang timbul di leher tanda berang yang ditahan.
Semudah itu Tan Sri Khalid menyuruh dia melepaskan Hawa?
Hatta Natasha di sebelah Tansri Khalid turut berkerut wajahnya memandang sang suami.
Adam ketawa sinis. "Papa, papa ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Papa suruh kahwin, Adam kahwin. Papa suruh cerai, Adam bercerai. Macam tu?"
"Adam, mind your tone!" Tan Sri Khalid mengingatkan keras. Tidak gemar dia mendengar nada sinis dari anaknya itu.
Sebelum ini, mana pernah Adam bercakap kepadanya dengan nada sebegitu.
Semuanya selepas Adam berkahwin dengan anak si Azhar itulah! Dia terasa Adam semakin terlepas dari kawalannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. A.H.
RomanceAdam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menja...
Bab 55
Mula dari awal