抖阴社区

?BAB 13?

2.3K 128 10
                                        

No ones p.o.v

Tepat pukul 12.20 tengahari, mereka disuruh berkumpul di hadapan rumah Anak Yatim Senggarang untuk pulang semula ke Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

Rafi dan Naim sedang berpelukan sebelum pulang.

"Abang Naim, kalau ada masa lagi, datanglah sini tengok Rafi."kata Rafi dengan pipinya yang basah dek air mata yang berjujuran.

Naim yang sedang peluk Rafi menenangkan diri Rafi.

"Ya, In Shaa Allah kalau ada masa Abang Naim datang. Dah jangan nangis. Kata nak jadi lelaki sejati. Lelaki sejati mana boleh nangis macam ni."kata Naim yang sedang berlutut sambil mengesat air mata Rafi.

Taqi yang sedang melihat drama itu dah bergenang air mata melihat drama sebabak tu. Emir siap kesat hingus dia dekat lengan baju Taqi lagi. Taqi yang menyedari hal itu terus luku kepala Emir dan menyebabkan Emir mengaduh kesakitan.

'Sayang betul dia dekat Naim,'detik hati Nana. Dia juga turut rasa simpati terhadap budak lelaki yang masih berumur 5 tahun ini.

"Dah, jangan nangis. Abang nak kena gerak ni. Salam Abang."kata Naim sambil menghulurkan tangannya ke Rafi.

Rafi yang baru dipujuk mengesat air matanya dan salam tangan kanan Naim.

"Jaga diri baik-baik ya Abang Naim."pesan Rafi.

Naim tersenyum lega. Mujur budak ni dah berhenti nangis.

"Ya, Rafi pun sama. Nanti kalau ada masa, In Shaa Allah Abang Naim datang ya? Bye!!!"kata Naim sambil berjalan ke arah bas sambil melambaikan tangannya ke arah Rafi.

Rafi hanya tersenyum dan balas lambaian itu.

"Bye!!!"jerit semua anak-anak yatim di situ termasuk Rafi ke arah bas yang mahu bergerak pulang ke SEHEBAT.

Naim dan rakan-rakan yang lain melambaikan tangan ke arah mereka.

Beberapa saat selepas itu, wajah anak-anak yatim makin menghilang dari pandangan.

Naim yang penat melayan karenah budak-budak bersandar di tempat duduk di dalam bas.

"Rapat betul kau dengan budak tadi."tanya Haikal yang duduk bersebelahan Naim kepada Naim.

"Aku kenal dia baru tadi. Dia jatuh tadi. Lepastu si Nana angkat dia letak dekat bangku tapi dia tak pandai pujuk pulak. Aku yang kebetulan lalu situ terus pergi situ dan pujuk budak tu. Comelkan budak tu? Nama dia Rafi."kata Naim panjang lebar.

"Ouh, sebab tu ke. Comel betul budak tu. Dahlah , aku tengok kau penat sangat, tidurlah kejap. Nanti kang nak solat Jumaat penat pulak."kata Haikal.

Naim apabila diperkatakan sebegitu terus melelapkan mata. Dia terlalu penat melayan Rafi dan rakannya yang lain sehingga main tak ingat dunia. Sebab tulah dia penat sangat.

                                                🐰🐰🐰🐰🐰

Naim p.o.v

Selesai sahaja aktiviti di Surau Al-Azhar serta solat isyak. Aku terus balik dorm.

Aku baring di atas katilku sahaja memandangkan penat sangat.

Aku keluarkan telefon aku dari poket bag dan buka aplikasi image. Aku tengok gambar yang telah diambil waktu siang tadi.

Rafi comel sangat. Macam aku...Chiaaa..hahahaha

Hmm, gambar Nana kat sini kebanyakannya spoillah.

Tapi ada satu gambar ni dia macam tengah senyum ikhlas. Mungkin sebab baru lepas disakat dengan Rafi.

"Comel."

Jap, apa aku cakap ni.

Tak, tak. Jangan, dia musuh kau. Jangan kata dia comel. Dia tak comel langsung. Anjing kurap belakang rumah lagi comel dari dia.

Aku baru sahaja mahu terlelap, aku terdengar bunyi ketukan pintu. Terus terbangun aku. Faris rupanya, budak form 2 a.k.a adik dorm aku tahun lepas masa jaga dorm form 1.

Disebabkan di dalam dorm ni ada aku seorang je, yang lain aku tak tahu hilang ke mana, aku panggillah dia masuk.

"Ada apa?"tanya aku.

"Nak tahu satu rahsia tak Bang?"tanya Faris.

Apa masalahlah budak ni. Aku nak tertidur, dia boleh pulak tanya aku macam-macam.

"Apa dia?"tanya aku.

Faris mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Haaa,henfon...Kantoi...

"Abang jangan salah faham ya. Saya terbawa balik sini masa balik bermalam haritu."kata Faris.

Tahu-tahu je aku tengah judge dia.

"Apa yang rahsia sangat ni?"tanya aku.

"Cuba tengok video ni."tunjuk Faris kepada aku.

Aku terkejut bila lihat Rina yang selama ni aku sayang, tolak Nana jatuh tangga.

"Cerita ni bukan 2 bulan yang lalu ke? Kenapa baru bagi sekarang?"aku soal siasat Faris.

"Abang kan tahu, saya ni pelupa orangnya. Saya baru ingat saya ada video ni dalam henfon saya."jelas Faris.

"Macam mana kau boleh ada video ni?"tanya aku lagi.

"Saya nak turun ke aras 2 dari aras 3 hari tu. Pastu saya nampak Rina, awek Abang tu bergegas keluar. Saya rasa pelik dengan kelakuan dia, terus saya keluarkan henfon saya dan ambil video senyap-senyap. Lepastu, lepas dia kena tolak tu, saya sakit perut pulak memandangkan saya cirit-birit hijau haritu. Terus saya bergegas naik ke tandas dan tak sempat tolong Kak Nana."jelas Faris panjang lebar.

Muka aku tengah serius mendengar cerita dia.

"Kalau iyer pun syok bercerita, tak payahlah cerita fasal kau cirit-birit hijau tu. Geli aku dengar, nak termuntah pulak tu."kata aku.

Selepas sahaja aku kata nak termuntah, aku rasa tekak aku berasa loya. Terus aku berlari keluar dari dorm dan pergi ke tandas yang hanya terletak di sebelah dorm aku je.

Muka aku baru menghadap jamban, terkeluar semua isi perut aku. Yulks, meloyakan betul.

"Bang, okey tak?"tanya Faris yang sedang menggosok belakang aku.

"Okey,okey. Kau balik dorm aku jelah. Tolong forwardkan video tadi dekat aku."aku memberi arahan kepada Faris dan Faris bergegas masuk ke dorm aku.

Setelah beberapa minit di dalam tandas, aku pun keluar dari tandas. Aku perasan muka aku pucat dekat cermin masa aku nak keluar dari tandas tadi.

"Dah forward?"aku tanya kepada Faris.

"Dah, saya rasa Abang demamlah. Abang rehat jelah. Okey, saya balik dorm saya dulu. Babai."kata Faris.

Dia terus berlalu keluar dari dorm aku.

Betullah aku rasa badan aku demam. Hmm, dah lama tak kena demam. Harini kenalah..

Aku hiraukan masalah tadi agar aku dapat tidur dengan tenang.

Kejap, asal ramai sangat yang takde ni?

Ouh, baru aku ingat, diorang kemaruk nak beli ayam cucuk semalam dekat kantin Pak Jebat. Tapi, budak-budak perempuan yang maha pelahap terus habiskan dua dulang. Hah kau, balik-balik semua muncung kalah itik tak dapat makan.

Tulah harini diorang balas dendam agaknya. Jangan pulak diaorang bawak ayam cucuk satu baldi balik dorm. Siapa nak habiskan?

Aku dahlah demam.

Oklah,cakap fasal demam, apa aku membebel macam Nana ni?

Oklah, aku tidur dulu sebelum perutku disumbat dengan ayam cucuk.

Dah update..

Love youu😙🐰🐰

Kau Aku Punya??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang