抖阴社区

?BAB 35?

1.7K 108 23
                                        

Naim p.o.v

"Assalamualaikum."

Suara Mama menjengah di muka pintu. Kemudian, Papa pun masuk.

"Waalaikumussalam,"aku terus menjawab salam dan pergi ke arah mereka sambil mendukung Harraz.

"Hai cucu nenek.. Sihat tak ni. Sini, Mama nak pegang,"kata Mama. Aku terus memberikan Harraz kepada Mama.

Aku salam tangan Papa.

"Hah, Pa. Nanti kat office tu macam mana?"tanya aku kepada Papa. Kami berdua duduk di sofa.

"Naim boleh pergi kerja minggu depan. Minggu ni, rehat-rehat dulu. Luangkan masa dengan Harraz, cari orang yang boleh jaga dia. Biar nanti taklah kerja kamu kelam-kabut kalau mula sekarang,"kata Papa.

Aku hanya mengangguk faham. Aku hanya berkerja di syarikat Papa yang berada di KL sahaja. Tak payah cari kerja lain.

"Habistu, siapa nak jaga Harraz Ma?"tanya aku.

"Nanti pandai-paindalah cari. Penganggur-penganggur perempuan banyak je dekat luar tu. Ambil je seorang yang baik, pandai jaga baby. Kan senang. Itu pun nak tanya Mama," bebel Mama sambil mengacah Harraz.

Zass jugak ayat mak aku walaupun dah dapat cucu.

"Hah, yelah. Esok Naim cari,"kata aku.

"Nani mana Nani?"tanya aku setelah lama kami berdiam diri.

"Ada dekat taman bunga tu. Tak tahulah apa adik kamu berangan,"seloroh Mama.

Aku tergelak mendengar Mama berkata sebegitu.

Aku pun berjalan ke luar rumah. Aku jalan senyap-senyap untuk terkejutkan si Nani ni.

Nani sedang syok berbalas mesej hahh.

"Bahhh!"

"Woi mak kau meletop,"latah Nani.

"Hoi, aku tak meletop lagilah!,"jerit Mama dari rumah.

Bahahah😂😂😂.

Aku tergelak sakan.

"Hei, biadap betul. Biadap, biadap, biadap!"jerit Nani.

Tak ubah macam Mak Tarzan. Hebat betul.

"Hahaha. Aduh, sakit perut aku gelakkan kau Dik,"kata dengan masih bersisa gelak tawa.

Kemudian, gelak aku pun reda.

"Kau buat apa tu?"tanya aku sambil menjeling ke arah Iphonenya.

Dia cepat-cepat sorokkan.

"Ouh, aku tahu siapa. Amir dah bagitahu aku dah. Dia selalu cerita fasal kau Dik dekat aku,"teka aku.

"Ma..mana ada siapa-siapa,"jawab Nani dengan tergagap-gagap.

"Eleh, nak Abang call dia ke? Nanti dia kata busy. Busy sebab apa? Chat dengan kaulah,"kata aku.

Syok betul aku kenakan dia.

"Abang ni kan.. Eeee, macam nak cubit-cubit je telinga tu biar putus,"marah Nani.

Hahahaha.

"Ok, ok. Abang dah tak kacau. Kau ni, nak gurau pun tak boleh."kata aku.

"Dahlah. Nak tengok anak buah Nani kejap,"kata Nani dan terus bergerak ke arah muka pintu.

Taknak dengar aku tanya soalan macam-macam lahtu...😂

🐰🐰🐰

"Assalamualaikum..."aku terdengar suara orang memberi salam di luar rumah.

Kau Aku Punya??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang