抖阴社区

?BAB 50?

2K 122 42
                                        

Nana p.o.v

Selesai sahaja makan malam, aku meminta izin untuk naik ke bilik dahulu kerana sakit perut yang teramat. Salah makan rasanya.

Setelah dalam lebih kurang 20 minit, aku keluar daripada tandas.

"Eh, tak naik lagi?"monolog aku. Pelik, selalunya dia yang suka terperap dalam bilik.

Hmm, mungkin sedang berbual-bual di meja makan lagi.

DUMM

Tiba-tiba guruh berdentum kuat. Nak hujan rasanya.

Sedang aku melilau ke segenap bilik dia, aku terpandang almari pakaian dia. Terdetik hati aku nak buka almari pakaian dia.

Aku buka pintu almari pakaian itu. Mashakarat, bersepahnya baju. Alang-alang, meh nana yang comel gilos tolong kemaskan.

'Naim, Naim. Rushing sangat ke sampai main tarik je baju keluar?'kata hati aku sendiri.

"Who that, who that, who that boy,"aku menyanyi kecil lagu Bad Boy yang dinyanyikan oleh kumpulan dari negara Korea Selatan iaitu Red Velvet.

Ehem, saya minat Irene and Wendy.

K bai.

Tiba-tiba aku terpandang sebuah bingkai gambar yang bersaiz sederhana. Aku segera mencapai bingkai gambar itu.

Terkejut bukan kepalang aku bila ada gambar perempuan lain. Tak silap aku ni... ni..

RINA??!

Api kemarahan aku naik dengan mendadak.

KLIK

Pintu bilik dibuka.

"Kenapa awak selongkar almari saya ni?!"tanya Naim laju lalu mencapai bingkai itu. Aku sempat menangkapnya kemas.

"Kenapa gambar Rina ada dalam almari awak?"tanya aku dengan penuh perasaan yang berkecamuk.

"Masalahnya, awak pergi selongkar kenapa???!!!"jerit Naim lalu merampas bingkai gambar itu.

"Jawab dulu soalan saya. Awak suka dia? Ke awak kahwin dengan dia tanpa pengetahuan saya?"tanya aku bertubi-tubi.

Naim dah mengusutkan rambutnya.

"Eeee, awak tiada kaitanlah!"

"Oh, takde kaitan. Jadi, saya bukan isteri awak?"

"Awak masih isteri saya..."ayatnya dipotong laju oleh aku.

"Tapi kenapa awak tak pernah menceritakan hal ni?"

"Kau nak tahu tak?!"

Kata ganti diri yang biasa digunakan telah ditukar kepada aku-kau.

Aku sedang mengetap bibir dengan kuat dan menahan dari air mata aku jatuh ke pipi. Aku tak nak diperlekehkan hanya disebabkan air mata ni.

"Kau ingat Harraz??! Yang kau bunuh tu??!"

"Saya tak bunuh dia lah!!!!"

"Ya, kau yang bunuh dia. Perempuan ni isteri pertama aku. Ibu kepada arwah Harraz. Dan isteri pertama aku iaitu Rina telah amanahkan aku untuk jaga Harraz. Malangnya, kau musnahkan amanah aku,"marah Naim dengan dadanya yang turun naik untuk cuba menahan geram di hati.

"Berapa kali saya nak cakap yang saya tidak bunuh Harraz. Saya tiada kaitan dengan kes pembunuhan tu,"bela aku.

"Sekarang ni aku dah tiada sesiapa. Harraz dah meninggal beberapa bulan yang lalu. Rina pun dah tinggalkan aku selepas sahaja melahirkan Harraz. Kau masih nak bela diri kau?"

Kau Aku Punya??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang