抖阴社区

C3

493 37 1
                                    


D-4

Tinggal hanya 4 hari sebelum pembentangan dan aku langsung tak jalankan tugasan aku. Mana taknya, bila jumpa dengan Daniel dia mesti buat benda yang sama. Pegang itulah, pegang inilah. Benci betul aku dengan dia. Takkan semester nih aku nak cemarkan nama aku sebagai dekan selama dua semester berturt-turut. Mahu malu aku. Aku ingat semester nih aku boleh dapat 4 flat. Tapi kalau situasi aku macam nih sekarang dengan mamat gigolo tuh, memang taklah aku nak dapat 4 flat. Haram jadah betul!

"Daniel, listen. Tinggal lagi empat hari dan kita still tak buat apa-apa. Boleh tak kali nih awak lebih serius?"

Daniel ketawa sambil meramas kasar rambutnya. Gila betul dia nih. Aku ada buat punchline ke?

"Ouh, baru saya tahu yang saya berurusan dengan pelajar dekan macam awak. Mesti awak nanti naib canselor kan?"

Dada aku bergelombang dengan rasa amarah. Aku ketap gigi rapat sambil tutup mata rapat.

"Daniel, kalau perangai awak terusan macam nih, biar saya jer lah yang buat semua projek nih 100%! Kalau awak nak balik, awak baliklah! Saya dah bosan dapat teman sepasukan macam awak! Dasar gigolo gila seks!"

Kata-kata aku berada di hujung noktah. Senyuman Daniel mula hilang. Aku kemamkan mulut aku. Aku tak sangkal dengan kata-kata aku di hujung tadi. Tiba-tiba, perasaan serba salah menguasai diri aku.

"Why not"

Daniel pun bangun mengambil jaketnya lalu keluar dari dewan fakulti. Dia melangkah keluar melalui pintu masuk utama dewan fakulti. Ya ampun, apa yang aku dah buat nih? Aku dah hina dia dengan kata-kata murahan.

[C]TEMPTER | K. DANIEL |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang