抖阴社区

C4

499 40 0
                                    

D-1

Aku rasa fade up. Apa yang aku buat semua tak jadi. Semua formula yang aku buat, semua tak berhasil. Aku tak ada kemahiran teknikal disebabkan course aku yang bertentangan dengan eksperimen aku sekarang. Aku cuba menggunakan formula chemistry tapi hanya kegagalan yang aku dapat. Aku sembamkan muka aku di atas meja. Perasaan aku bercampur baur sehingga aku tak tahu apa yang aku rasa. Sungguh, situasi ini sangat mencabar kehidupan aku. Aku rasa, aku kena tarik diri daripada projek untuk semester nih. Aku dah taka da semangat. Semangat aku dah luntur. 4 flat? Lupakan. Aku bergantung sangat pada anugerah sehingga lupa jaga hati dan perasaan orang lain. Aku selfish.

Aku bangun dari duduk. Aku nak jumpa dengan Prof. Minghyun, minta untuk tarik diri daripada projek kali ini. Ya, keputusan aku muktamad.

Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar, aku disapa oleh figura yang berada di depan aku. Perasaan bersalah lagi sekali timbul dalam diri aku.

"Nak pergi mana?"

Aku memandang Daniel. Riak wajah dia hanya kosong. Berbeza dengan sebelum ini.

"Nak jumpa Prof. Minghyun, saya nak tarik diri dari projek nih"

Dada aku rasa sebak. Aku memandang bawah. Aku malu kerana gagal menunjukkan kebijaksanaan aku kepada Daniel. Aku ingat dengan satu otak boleh selesaikan projek ini.

"Kita selesaikan projek itu. Lagi cepat lagi bagus, kan?"

Aku mengangkat kepala aku. Aku mula rasa tidak percaya dengan Daniel, dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Apa tunggu lagi, jomlah"

Daniel melangkah masuk ke dalam dewan fakulti. Aku tak tahu kenapa tapi saraf aku menghantar maklumat ke otak aku untuk memberhentikan Daniel dengan memegang tangannya. Daniel memandang aku.

"Saya minta maaf"

Tangan aku genggam erat tangan Daniel. Daniel memandang tangan aku yang memegang tangannya. Lantas, aku mendekatkan diri aku kepadanya lalu mencium dia di bibir sekilas. Mata Daniel terbuntang sambil memandang aku. Muka dia penuh dengan riak wajah tidak percaya.

Tanpa aku sangka, Daniel senyum ke arah aku. Dia memegang pipi aku lembut.

"Saya dah lama maafkan awak. Jomlah, kita buat projek kita"

"Projek kita?"

Mata aku terbuka luas. Perasaan takut mula menghantui aku. Takut dengan perangai sebenar Daniel.

"What? Eksperimen kitalah, apa lagi?"

"Ouh"

Bodoh.

[C]TEMPTER | K. DANIEL |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang