D-DAY
"Tahniah Siyeon, Daniel. Saya bangga dengan kamu berdua"
Prof. Minhyun kelihatan kagum dengan hasil kerja aku dan Daniel. Aku pun. Aku kagum dengan kepintaran yang tersembunyi pada Daniel. Dan aku baru tahu dia antara pelajar yang selalu mendapat gred 4 flat. Selama nih, aku pandang rendah tentangnya. Aku ingat dia bodoh. Rupanya, dia lebih mengetahui dan arif tentang unsur-unsur kimia. Dia lebih berpengetahuan daripada aku. Pada masa yang sama, aku terpikat dengan diri sebenarnya. Dia suka mengoda perempuan. Tapi pada masa yang sama, dia lebih berpengetahuan daripada perempuan. Setahu aku, perempuan lebih pandai daripada lelaki. Ok, gurau.
"Daniel, terima kasih"
Aku berdiri di depan Daniel. Daniel tersenyum manis. Dia membelai lembut kepala aku.
"Tahniah. Terima kasih. Maaf. Saranghae"
OH. MY. GOD.
Adakah jejaka idaman dunia, Kang Daniel baru sahaja melafazkan kata cintanya kepada aku?
"Terima kasih. Sama-sama. Maaf juga. Saranghaeo"
Ok, klise.
Daniel ketawa riang. Dia memegang tangan aku lembut lalu mencium pipi aku sekilas. Wauu, pandai betul dia ambil masa.
Dan aku hairan, ada juga lelaki macam nih. Dahlah gatal, tapi pada masa yang sama pelajar top 10 di fakultinya. Macam...wau. Dan tak sangka lelaki tuh aku minat. Aku terjatuh kat dia. Padahal aku benci lelaki macam dia. Nak buat macam mana. Jodoh katakan bahawa dialah lelaki pilihan saya. Cewahhhh!
THE END

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]TEMPTER | K. DANIEL |
Short StoryDahlah gatal, tapi pada masa yang sama pelajar top 10 di fakultinya. Macam.....Wau. Dan tak sangka lelaki tuh aku minat. Aku terjatuh kat dia. Padahal, aku benci lelaki macam dia. Nak buat macam mana. Jodoh mengatakan bahawa dialah lelaki pilihan s...