Taehyung memandang pelajar lelaki yang berpusu-pusu mengerumuni tingkap kelas 3. Mereka semua memegang telefon bimbit untuk menangkap gambar pelajar perempuan yang bernama Seung Hee itu.
"Yahhh tepi, tepi!" Kwon Hyun Bin musuh ketat Taehyung juga tidak ketinggalan ingin melihat wajah Seung Hee.
Hyun Bin serta rakan-rakannya mula menguasai tingkap tersebut. Mereka menompang(?) dagu sambil melihat wajah Seung Hee.
"Seung Hee~ah!" Hyun Bin memanggil nama Seung Hee untuk menarik perhatian gadis tersebut.
Tetapi Seung Hee membalas penggilan itu dengan menunjukkan jari tengahnya. Dia juga tidak langsung memandang wajah lelaki yang bernama Hyun Bin itu.
Bagi dia, melayan lelaki seperti itu hanya akan membuang masanya sahaja.
Semua pelajar bersorak teruja apabila Seung Hee menunjukkan jari tengahnya kepada Hyun Bin. Tidak menyangka gadis seperti itu pandai berbuat demikian.
Taehyung tersenyum sinis ke arah Hyun Bin apabila dia mendapat balasan sedemikian daripada Seung Hee.
Tanpa membuang masa, Taehyung segera berjalan melepasi Hyun Bin sambil meletakkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.
---
Taehyung asyik memerhatikan pelajar perempuan yang bernama Seung Hee itu.
"Apa yang kau pandang Taehyung?" Tanya Jimin sambil memusingkan kepalanya ke belakang. Ingin melihat apa yang sedang dilihat oleh kawan baiknya itu.
"Hwan Seung Hee,"
Taehyung menyebut nama Seung Hee dengan perlahan.
"Jimin, aku rasa kesian kat budak baru tu. Asyik kena kacau dengan Hyun Bin je," Taehyung memulakan perbualan apabila dia mengalihkan pandangan daripada memandang Seung Hee.
"Dah tu kan nak buat apa? Nak bertumbuk lagi dengan Hyun Bin?" Jimin bertanya sambil menguyah makanan tengah harinya.
Taehyung mendiamkan diri.
Kalau diikutkan hati, memang pecah muka Hyun Bin ditumbuknya kerana asyik memikat pelajar baru itu.
Tetapi dia perlu bersabar. Banyak lagi masa yang dia ada untuk menumbuk wajah Hyun Bin yang perasan tu.
Lebam yang dicipta buatnya untuk Hyun Bin pun tidak surut lagi. Tetapi hati Taehyung mahu sahaja memberikan buku lima kepada lelaki itu hanya disebabkan dendam.
Dendam kepada Hyun Bin yang tidak surut-surut disebabkan dia dibuli semasa baru mula berpindah di sini.
"Park Jimin!" Taehyung secara mengejut bangun dari duduknya dan menjerit nama Jimin.
Suasana kantin yang riuh-rendah dengan kekecohan para pelajar mulai sunyi apabila Taehyung berkelakuam sedemikian.
Kreett....
Kerusinya juga jatuh apabila Taehyung bangun. Belum termasuk lagi kelakuannya menumbuk meja dengan kuat. Semua kelakuan Taehyung menyebabkan pelajar yang berada di situ berasa gerun.
Gerun sekiranya Taehyung naik marah.
"Wae?" Jimin bertanya dengan nada polosnya. Tidak tahu mengapa kawan baiknya itu melakukan perkara seperti sedang marah.
"Hehehe....aku dah habis makan. Aku pergi dulu," Taehyung tersenyum menampakkan giginya.
Barulah Jimin sedar bahawa Kim Taehyung sedang bergurau dengannya. Dia kembali menyambung aktivitinya iaitu menjamu makan tengah hari.
Semasa Taehyung berjalan keluar dari kantin, sempat lagi dia memandang Seung Hee buat kali yang terakhir.
"Kim Taehyung!" Hyun Bin menjerit nama Taehyung diikuti dengan balingan kotak susu yang sudah kosong.
Malangnya, balingan Hyun Bin tidak terkena pada sasaran kerana Taehyung sempat mengelakkan dirinya daripada terkena kotak susu tersebut.
"Kalau tak pandai baling, tak payah baling. Kan dah memalukan diri," Dengan sinis Taehyung memerli Hyun Bin.
Dia gembira apabila kotak yang dibaling Hyun Bin tidak mengenainya. Jikalau tidak, pasti dirinya akan diejek Hyun Bin lagi.
---
Jadi macam mana untuk bab kedua okay ke tak. Lepas ni kita kasi dorang berkenalan pulak

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Hug Me | Kth
Fanfiction? I will love you till the day I die,?- Kim Taehyung ? Taehyung, saya dah ada teman lelaki ?-Hwan Seung Hee Dia Kim Taehyung dan dia mencintai kawan baiknya sendiri. Start:080219 End:300519