Seung Hee membuka surat pemberian Taehyung sesampainya di rumah. Kemudian dia memulakan pembacaan. Perlahan-lahan dia membaca setiap bait perkataan yang ditulis Taehyung semasa berada di atas katil hospital.
Seung Hee~ah
Maafkan aku kerana tinggalkan kau begitu awal. Aku tidak pernah salahkan kau dengan kemalangan yang berlaku. Tujuan aku tulis surat ini adalah untuk menyuruh kau melupakan aku. Aku nak kau cari lelaki lain yang boleh bahagiakan kau. Jangan hidup dalam kenangan yang kita cipta bersama. Biarlah aku seorang sahaja yang mengingati segala kenangan kita. Jadi hiduplah dengan sangat bahagia selepas aku tiada di dunia kau. Lupakan perasaan cinta aku terhadap kau. Aku pernah cakap yang aku akan mencintai kau sehingga aku mati, ya itu benar. Setiap saat aku berbaring di atas katil hospital aku akan merindui kau. Aku akan menunggu kehadiran kau untuk melawat aku. Kau dah tunaikan permintaan aku untuk memeluk aku selama 10 saat. Dalam 10 saat itu aku terasa sangat bahagia. Seung Hee~ah aku tersalah masa untuk mencintai kau. Aku telah silap kerana tidak mencari masa yang tepat. Jadi selamat tinggal!
After all love is all about timing
Daripada Kim Taehyung
-The End-
Cerita ni dah sampai ke pengakhirannya. Jadi daripada prolog pun korang dah tau cerita ni sad ending. Jadi harap semua berpuas hati. Jangan lupa vote.
Lot of love from me😘

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Hug Me | Kth
Fanfiction? I will love you till the day I die,?- Kim Taehyung ? Taehyung, saya dah ada teman lelaki ?-Hwan Seung Hee Dia Kim Taehyung dan dia mencintai kawan baiknya sendiri. Start:080219 End:300519