Semenjak pergaduhan di kafeteria itu, Taehyung sering kali bertemu dengan Seung Hee bersama David. Sungguh menyakitkan hati apabila lelaki itu sengaja melakukan adegan mesra bersama Seung Hee semasa Taehyung berada berdekatan dengan mereka.
"Kalau nak tunjuk perbuatan 18 tahun ke atas tolong cari bilik. Ni perpustakaan bukan hotel," Perli Taehyung dengan pedas apabila dia sedari tadi melihat adegan manis pasangan itu.
Pelajar yang duduk berdekatan mula memandang ke arah mereka.
Seung Hee mulai menjauhkan diri daripada David apabila Taehyung memerlinya. Malu apabila dirinya dipandang oleh beberapa orang oelajar yang berada di situ.
"Kau cemburu?" Tanya David dengan sinis apabila Taehyung memerli dirinya. Tidak salah rasanya ingin bermanja dengan teman wanita sendiri.
"Heh, buat apa aku nak cemburu. Ramai je orang nak kat aku tapi aku yang tak nak," Jawab Taehyung dengan sinis sambil mata menghadap bukunya.
"Tapi tak dinafikan kau tiada teman wanita lagi kan?" David cuba memprovok Taehyung. Dia memandang Taehyung dengan pandangan yang sinis.
Taehyung menggenggam tangannya apabila mendengar kata-kata David.
"Sebab kau dah rampas hak milik aku!" Kata-kata itu hanya mampu diucapkan Taehyung di dalam hati.
Akhirnya setelah lama berdiam diri, Taehyung menutup buku tebalnya dengan kasar. Bunyi buku itu ditutup dapat didengar dengan jelas.
Setelah itu, dia mengemas barang-barang yang berada di atas meja. Dalam beberapa saat dia sudah selesai mengemas dan berura-ura ingin beredar.
"Aku tahu ada siapa dalam hati kau. Jangan ganggu hak aku," Ugut David dengan perlahan sekali. Tidak mahu Seung Hee disebelahnya mendengar.
Panas hati Taehyung apabila mendengar ugutan David. Dia menggenggam penumbuknya dengan kuat.
"May the best man win,"
Kata Taehyung sebelum melangkah laju keluar daripada perpustakaan.
---
"David apa yang awak cakap kat Taehyung tadi?" Tanya Seung Hee kepada teman lelakinya. Tidak senang apabila lelaki itu terlalu cemburu dengan Taehyung.
Bukan dia tidak sedar setiap kali Taehyung berdekatan dengan mereka berdua ada sahaja keinginan lelaki itu untuk bermanja dengan dirinya.
Rimas pula jadinya apabila dirinya itu digunakan untuk menimbulkan perasaan cemburu kawan baiknya suatu ketika dahulu.
"Nothing," Ucap lelaki itu sambil tersenyum.
"Seung Hee saya ada benda nak buat. Jadi boleh saya pergi?"
Lelaki itu segera mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja. Tanpa menunggu jawapan daripada Seung Hee lelaki itu berjalan dengan lajunya untuk keluar dari perpustakaan itu.
"David awak ingat saya tak tahu ke yang awak curang?" Kata-kata itu hanya mampu diucapkan Seung Hee di dalam hati.
Kemudian, dia meneruskan pembacaan buku-buku berilmiah yang tergendala sebentar tadi.
---
To be continue...

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Hug Me | Kth
Fanfiction? I will love you till the day I die,?- Kim Taehyung ? Taehyung, saya dah ada teman lelaki ?-Hwan Seung Hee Dia Kim Taehyung dan dia mencintai kawan baiknya sendiri. Start:080219 End:300519