抖阴社区

part IV : Sayang

11.2K 284 20
                                    

"kenapa asyik senyum je tu? " kata mak Bella sambil membuat sarapan untuk Bella

Bella menunduk malu. Mak Bella memandang Bella dengan reaksi keliru tetapi senyumannya masih kekal di bibirnya

"kalau Bella kata Bella dah jumpa seseorang mama okay tak? " tanya Bella dengan nada perlahan kerana dia risau dengan reaksi maknya

Mak Bella menghentikan pergerakannya dan memberi perhatian sepenuhnya kepada Bella

"baby mama ada jumpa seseorang ke? " perli mak Bella membuatkan senyuman Bella semakin lebar

Bella menganggukkan kepalanya. Mak Bella terkejut

"siapa lelaki yang bertuah tu? " tanya mak Bella dengan teruja. Mak Bella tidak sangka anaknya sudah jumpa lelaki yang boleh buat anaknya mengenali apa itu 'cinta' kerana hubungan Bella sebelum ini tiada pengakhiran yang baik membuatkan mak Bella risau dengan hubungan Bella yang baru ini

"Harry... Dia pendiam orangnya. Kali pertama Bella tegur dia kan Bella dapat rasa yang lelaki itu perlukan Bella kerana dekat sekolah ramai orang tidak suka dengan dia. Bella pun tidak tahu kenapa orang tak suka dia" kata Bella dengan nada perlahan pada ayat akhirnya

Mak Bella pergi ke Bella dan terus memeluk Bella dengan erat sambil melepaskan ciuman di kepala Bella

"mama tahu Bella baik orangnya dan suka menolong orang tetapi mama harap Bella suka Harry sebab 'sayang' tau? Bukan sebab 'kesian' " kata mak Bella sambil mengusap badan belakang Bella dengan lembut. Bella hanya angguk kepala sahaja

xxx

Harry:
Hey my baby ;)

:Bella
Ye kenapa you?

Harry:
Jom date?

:Bella
Today? Seriously babe?

Harry:
Why not? Btw this is our first date tau

:Bella
Finee. See you at xxx at 5pm

Harry:
Aye ma'am ;)

Bella menutup telefon bimbitnya dengan senyuman sangat lebar di bibirnya

"omg ni first date aku doooo!! Kena pakai lawa-lawa ni! " kata Bella sambil berlari ke almarinya untuk memilih baju

xxx

"mama! Mama dekat mana?! " jerit Bella sambil menuruni anak tangga untuk mencari maknya

"mama dekat bilik sayang! " jerit maknya dari atas

"ops. Kena naik balik la ni aish" keluh Bella sambil memusing badannya untuk naik semula ke tingkat atas

Bella mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu lalu masuk ke bilik maknya

"kenapa sayang? " tanya mak Bella sambil membuat kertas kerjanya yang bersepah di atas meja itu

"mama kerja lagi? Harini kan hari cuti? " tanya Bella sambil membelek kertas kerja maknya

"i'm so sorry sayang but boss mama bagi kerja lagi. Alaa sikit je ni" kata mak Bella sambil mengusap tangan anaknya

Bella keluh kecil tetapi dia cuba menghiraukan

"Bella nak keluar boleh? " tanya Bella dengan nada berharap. Mak Bella senyum nakal

"dengan siapa? Harry? " kata mak Bella dengan nada gurau. Bella angguk kepala dengan senyuman malu

BUDAK NERD ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang