Siapa 'budak Nerd' sebenarnya? Kenapa dia lain? Kenapa dia berubah?!
"sebab kau... " katanya
Semua character dalam ni bukan orang islam?
#maturelanguage??
#abusivecontent??
Book 2 is out now!
"kenapa nak jumpa aunty? " tanya mak Bella. Harry ketawa kecil
"kenapa aunty tak izinkan Bella tidur rumah saya? " tanya Harry. Mak Bella mengeluh kecil dan duduk di sofa berhadapan dengan Harry
"aunty ni ada Bella seorang je. Dia lah satu-satunya anak dara makcik. Makcik risau dengan keadaan dia kalau tidur rumah kamu" kata mak Bella dengan serius
Harry memandang tepat ke mata mak Bella. Tiba-tiba Harry berdiri membuatkan mak Bella terkejut sedikit
Harry melangkah ke arah mak Bella dengan perlahan membuatkan mak Bella berasa takut
Harry berdiri di sebelah mak Bella dan membongkok dirinya supaya separas dengan muka mak Bella
"tetapi saya baik orangnya aunty... " kata Harry lalu dengan sekelip mata badan mak Bella jatuh ke lantai dengan lumuran darah
Harry menikam mak Bella dengan pisau kecil...
Harry menikam tepat di leher mak Bella membuatkan darah terpancut banyak dari leher itu
Mak Bella tidak sempat menjerit untuk meminta tolong kerana dia mengalami kesakitan yang amat sekali
"k-kenapa? " kata mak Bella dengan perlahan kerana dia sudah sampai ke paras nyawa-nyawa ikan
Harry melutut di sebelah mak Bella dan memegang tangan mak Bella dengan erat
"sorry aunty... Harry tak sanggup nak berjauhan dengan Bella... " kata Harry dengan titisan air matanya turun membasahi pipinya
Harry baring di sebelah mayat mak Bella sambil mengusap pipi mak Bella itu
"tiada siapa boleh halang kita bersama Bella..."
"tiada siapa... " kata Harry dengan perlahan lalu dia menutup matanya
xxx
"ah segarnyaaaa! " kata Bella sambil menghirup udara pagi di hutan itu
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hanya Bella seorang sahaja yang bangun kerana Liya dan Lisa masih tidur mati lagi
Semasa Bella sedang membuat sarapan untuk Liya dan Lisa. Tiba-tiba ada orang memegang bahu Bella membuatkan Bella menjerit kerana terkejut
"ni aku lah! Liya! " kata Liya dengan cuak kerana dia pun terkejut dengan jeritan Bella
Bella memegang dadanya kerana denyutan jantungnya sangat laju akibat ketibaan Liya secara mengejut
"eish kau ni! Lain kali tegur lah dulu! " kata Bella dengan mulut muncung membuatkan Liya ketawa kecil
"hehe sorry... Kau buat apa tu? " tanya Liya sambil mengintai apa yang dibuat oleh Bella
"aku buat roti tuna dan-" kata Bella terhenti kerana ada suara jeritan memanggilnya. Iaitu Lisa...
"BELLA! BELLA! KAU KENA TENGOK NI! " jerit Lisa dari dalam khemah. Bella dan Liya memandang sesama sendiri dengan muka keliru lalu mereka berdua berlari ke khemah mereka
Reaksi Lisa seolah baru lepas nampak hantu
"kau kenapa?!" tanya Liya dengan tidak puas hati kerana Lisa menjerit macam orang gila
"Bella! Tengok ni! " kata Lisa sambil menghulur telefon bimbitnya ke Bella. Bella memandang skrin di telefon itu dan terkejut
(on the phone)
<berita terkini>
Seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an telah mati dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Polis mengatakan mangsa tersebut seolah membunuh dirinya sendiri
<gambar mayat>
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 malam di tempat
*no 19,jalan malaysia, bumi*
Kepada sesiapa yang duduk berdekatan di tempat ini saya sarankan anda berhati-hati
End news
Bella terkejut dengan alamat rumah tersebut kerana itu adalah alamat rumahnya...
"no.. Tak mungkin... Mama tak kan buat macam tu... " kata Bella dalam hati. Air matanya sudah menurun seperti air terjun membasahi pipinya yang mulus itu
Liya dan Lisa berasa simpati dengan keadaan Bella. Mereka berdua memeluk Bella untuk menenangkan Bella
"jom balik... " kata Lisa. Liya hanya angguk kepala dan mula mengemas barang mereka semua
Bella masih dalam keadaan mengejut kerana dia tidak sangka benda ini berlaku dekat dirinya
Dia tidak sangka dia hilang kedua-dua ibu bapanya...