抖阴社区

part XIV : Simpati

6.9K 193 9
                                    

"tu bilik apa you? " tanya Bella sambil menunjuk dengan jari telunjuknya terhadap pintu bilik bawah tanah

Harry memandang ke arah jari yang ditunjuk oleh Bella. Harry terdiam seketika apabila dia sedar yang Bella menujuk ke arah bilik bawah tanah itu

"you? You dengar tak ni?! " kata Bella sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Harry. Harry baru sedar ke realiti

"oh bilik tu... "




"jangan masuk tau... " kata Harry dengan serius. Bella hanya angguk sahaja tetapi mata Bella masih tidak terlepas dari pintu bilik tu

"ada apa dalam bilik tu? " kata Bella dalam hati. Bella cuba hiraukannya dan masuk ke bilik tidur bersama Harry

xxx

"you selesa ke tidur sekatil dengan i? " tanya Harry. Bella ketawa kecil

"ni bukan kali pertama i tidur dengan lelaki la... " kata Bella sambil senyum. Bella memang ada pengalaman tidur bersama lelaki lain sebelum ini sebab ini bukan kali pertama dia mempunyai hubungan dengan lelaki

(bukan bermakna Bella ni playgirl -author)

Harry terasa tercabar sedikit dengan kata-kata Bella tetapi dia cuba menenangkan dirinya

Harry hanya angguk kepala sahaja menandakan dia faham dengan kata-kata Bella

xxx

RING! RING!

Bunyi alarm dari telefon bimbit Bella berbunyi menandakan sudah pukul 7:00 pagi

Bella bangun dan menutup alarm tersebut lalu dia bangun dari baringnya

Bella menoleh ke arah Harry dan merenung muka Harry sambil senyum

"i yakin you tak buat benda terkutuk tu... " kata Bella sambil mengusap rambut Harry. Lalu Bella bangun dari katil dan melangkah menuju ke bilik air untuk bersiap

xxx

Semasa Bella sedang mendandan dirinya. Tiba-tiba Harry terbangun. Bella ketawa kecil melihat gelagat Harry seolah Harry baru sedar yang dia wujud dekat muka bumi ini

Harry memandang Bella dari cermin membuatkan Bella malu sedikit

Harry bangun dari katilnya dan melangkah ke arah Bella. Dengan sekelip mata Harry telah memeluk Bella dari belakang sambil melepaskan ciuman sekilas di batang leher Bella

"good morning angel... " kata Harry dengan suara serak basah kerana waktu pagi membuatkan Bella tersenyum

"good morning babe... " kata Bella sambil memusingkan badannya dan mencium pipi Harry membuatkan Harry tersenyum

Lalu Harry pergi ke bilik air untuk bersiap ke sekolah

xxx

"sila tabah Bella.. "

"you kuat... "

"nak story pape datang je kat kitorang ok? "

Ramai orang mengucap takziah dan menunjuk simpati kepada Bella atas kematian mak Bella. Bella hanya mampu senyum sahaja

Harry di sebelah Bella tidak habis-habis mengusap di belakang telapak tangan Bella untuk menenangkan Bella. Harry tahu Bella masih sedih dengan kematian mak Bella






"sorry Bella... Aku terpaksa" kata Harry dalam hati kerana dia berasa bersalah membuat Bella terluka dan sedih. Tetapi dalam masa yang sama dia bahagia kerana...






Tiada siapa boleh halang percintaan mereka berdua...

"Harry? Harry! " jerit Bella untuk menarik perhatian Harry kerana Harry asyik termenung jauh saja

Harry kembali ke realiti dan memandang ke Bella dengan muka blur. Bella ketawa kecil

"you okay tak ni? " tanya Bella sambil mengucup pipi Harry dengan kedua-dua belah tangannya. Harry angguk kepala sambil senyum

"jom pergi kelas? " tanya Harry. Bella angguk kepala dan menarik tangan Harry ke kelas menbuatkan Harry tersenyum dengan gelagat comel Bella

xxx

"nanti you balik lah rumah dulu sebab i ada hal kat luar" kata Harry. Bella hanya angguk kepala sahaja sambil makan

"ni kunci rumah... Jangan pergi ke bilik bawah tanah tau" kata Harry dengan wajah serius

Bella meneguk air liurnya dengan kesat kerana pandangan tajam Harry itu menyeramkannya. Bella angguk kepala saja

xxx

"take care balik! Jangan melencong kemana-mana okay?! " jerit Harry sambil melambai tangan ke Bella. Bella ketawa kecil dan beredar pulang ke rumah Harry

xxx

"ah penatnya... " keluh Bella sambil baring ke sofa. Tiba-tiba dia terdengar bunyi

Bunyi itu sama dengan bunyi yang dia dengar semasa dia bersama dengan Harry

Bella menjadi takut. Dia mahu menelefon Harry tetapi langkahnya terhenti kerana dia fikir yang jika dia menelefon Harry maka dia akan menganggu Harry

Jadi dia bernekad untuk tidak menelefon Harry dan cuba mengabaikan bunyi itu

xxx

Bella pergi ke bilik kongsian dia dan Harry tetapi sebelum dia masuk ke bilik itu dia mesti pandang pintu bilik bawah tanah itu

Hatinya tidak habis-habis memaksa dirinya untuk memeriksa apa isi di dalam bilik itu

Tetapi kepalanya berkata disebaliknya. Kepalanya berkata yang dia tidak perlu memeriksanya kerana dia seolah menganggu privasi Harry

"orang kata ikut kata hati kan? Lagipun aku girlfriend dia. Tak kan la dia nak marah aku kan? " kata Bella seorang diri

Lalu Bella melangkah ke pintu itu dan membuka pintu itu dengan perlahan. Nasib baik menyebelahinya kerana pintu itu tidak berkunci

Bella turun ke bilik itu dengan tangga. Tiba-tiba Bella dapat menghidu suatu bau yang hanyir seolah bau mayat

Semakin ke bawah dia menurun tangga itu semakin kuat bau itu menusuk ke rongga hidungnya

Bella mahu menghentikan pergerakannya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu. Kerana dia curious untuk tahu apa yang ada di dalam bilik itu sehingga Harry pun tidak membenarkan dia masuk

Tiba-tiba Bella terkejut dengan apa yang dia lihat di hadapan matanya



















































































"Sera?! "






HI GUYS! jangan lupa vote dan comment tau :")

Promote la story i dekat kawan2 korang🙏

Guys kalau ada typo tegur tau😔

Love you! 💜

BUDAK NERD ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang