抖阴社区

E M P A T P U L U H E M P A T

400 7 0
                                        

"Bella, you kat mana ?" Tanya Arrieya ditalian. Sampai sahaja di hospital itu, phonenya segera dikeluarkan untuk menghubungi Bella.
Bella ni pun satu. Tak bagitahu aku awal-awal. Bukannya aku tahu dia ada kat mana.

"You dah sampai ke ?"

"Haah. Baru sampai" Jawab Arrieya ringkas. Dia menjengukkan kepala mencari kelibat Bella. Tapi, tak ada.

"Oh. You naik tingkat 4. I ada depan first ward" Jelas Bella sebelum Arrieya meletak panggilan. Arrieya dan Adam segera naik ke tingkat 4 seperti diberitahu Bella tadi. Adam hanya mengikut Arrieya. Soalan-soalan di kepalanya dibiarkan sahaja.

Tiba sahaja, di tingkat 4, kelibat Bella terus dicari. Arrieya menarik sikit hujung bahu Adam bila dia ternampak Bella yang sedang duduk di tempat yang disediakan.

"Bella" Bella segera berdiri bila Arrieya tiba di hadapannya. Mata dia terpacak pada lelaki disebelah Arrieya. Adam.

"Hye Rya. And this ?" Arrieya tersenyum sedikit. Senyum nak ambil hati je. Bukan ikhlas sangat pun.

"Adam" Jawab Adam dengan senyuman nipis.

"Ouh, i Bella. Nice to meet you" Adam memandang sepi huluran tangan Bella. Tak tahu adab ke perempuan ni ? Detik hati Adam.

"Ehem !" Arrieya berdehem kuat. Bukannya dia tak kenal Bella. Pantang nampak lelaki handsome. Terus nak try.

"So ? Kenapa suruh i datang sini ?" Tanya Arrieya ingin Bella berterus terang.

"At least, duduk lah dulu" Arrieya mencebik sebelum di duduk disebelah Bella. Adam hanya berdiri tegak di tempatnya tadi.

"Kita tunggu Lisa keluar dulu" Arrieya mengerutkan dahi.

"Lisa pun ada kat sini ? What happend actually ? Boleh tak cakap terus je ?" Arrieya sedikit membentak. Bukannya dia free sekarang. Banyak lagi benda yang boleh dibuat.

"Sebenarnya—"

Klik !

Lisa yang baru keluar dari ward mematikan ayat Bella. Muka Lisa jelas kelihatan baru lepas menangis. Arrieya semakin buntu. Kenapa ni ?

"Lisa, dia okey ?" Lisa hanya mengangkat bahu menjawab soalan Bella.

"No, i tak faham. Siapa kat dalam tu ? Boleh i masuk ?" Bella dan Lisa berpandangan sebelum tersenyum serentak.

"Kita masuk sekali lah sebab i pun tak masuk lagi" Ajak Bella. Arrieya hanya mampu bersetuju.

"I tunggu luar je" Ujar Lisa. Dia tak sanggup melihat orang yang dia sayang terlantar begitu.

"Adam, you nak tunggu luar ke nak masuk sekali ?" Tanya Arrieya ingin kepastian Adam.

"Err.. Aku ikut kau je lah" Bella memandang Arrieya dan Adam sebelum dia melangkah masuk ke dalam ward.

Sampai sahaja di katil pesakit, Arrieya tercengang. Adam juga terkelu.

"Bella ?"

"Ameer accident pagi tadi. Masa tu kitorang baru lepas makan" Jelas Bella terketar-ketar. Ya lah, Ameer betul-betul dilanggar depan dia dan Lisa. Trauma betul. Adam pula masih terkelu. Patut lah umi beria-ria suruh jenguk Ameer. Rupanya—

"Macam mana boleh accident ?" Tanya Arrieya risau. Dalam kepalanya terfikirkan Cik Aini. Dah tahu ke dia ?

"Langgar lari. I pun tak tahu siapa yang langgar Ameer" Arrieya menggeleng kepala. Dia memandang Adam disebelahnya.

"Adam. Macam mana ni ?" Adam sedikit tersentak. Tak sangka Ameer accident. Dia risaukan Cik Aini yang mungkin terkejut.

"A— aku tak tahu" Mata Adam masih setia memandang Ameer yang kaku di atas katil. Wayar-wayar berseleraka di badannya. Perasaan kesian mula menerpa.

"Call umi ? Bagitahu umi. Umi perlu tahu" Bella memandang Arrieya sebelum memandang Adam. Siapa Adam pada Arrieya ?

"Kalau apa-apa jadi kat umi macam mana ?" Soal Adam. Dia tak nak kalau Cik Aini terlampau terkejut atau pengsan.

"Habistu ? Takkan kita tak nak bagitahu. Ameer pun anak dia juga. Macam mana pun, dia akan tahu juga" Balas Arrieya. Adam menghela nafas perlahan

"Rya, you mean Ameer's mother ?" Bella mencelah.

Arrieya hanya mengangguk mengiyakan kata Bella. Jelas sekali riak terkejut di wajah Bella. Dia tak pernah tahu yang Ameer ada adik. Adam ingin keluarkan phonenya untuk menghubungi Cik Aini.

"No ! No ! Jangan" Tahan Bella segera. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Minta supaya Adam tidak menghubunginya.

"Masa Ameer accident, dia cakap kat i jangan bagitahu family dia. Dia tak nak orang risaukan dia. Lagi-lagi his mother. Please" Arrieya memandang Adam sebelum Adam mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Doktor cakap apa ?" Tanya Adam pada Bella. Dia rasa kesal sangat sekarang. Walaupun dia tidak pernah sebulu dengan Ameer, Ameer tetap abang dia. Darah daging dia.

"Doktor cakap tangan Ameer patah. Lepastu ada luka sikit kat kepala dia and doktor pun tak tahu bila Ameer akan sedar. But, don't worry,  he's okay" Jawab Bella. Sebagai kawan baik, dia turut bersedih atas apa yang jadi pada Ameer.

Adam mengetap bibir. Dia bersyukur bila Bella mengatakan yang Ameer baik-baik sahaja. Memang dia bencikan Ameer. Tapi, tak lah sampai nak tengok Ameer mati. Dia sedikit sebanyak turut terasa sedih bila Ameer terlantar begitu. Terbaring kaku dengan wayar-wayar di tangan.

"Adam, i think we should inform this to umi" Adam bersetuju dengan Arrieya. Takkan nak sorokkan pula.

HER | ADAM X ARRIEYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang